Wednesday, October 17, 2018

Dinner Di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall

Hi Korang,


Ya ampun boleh di katakan setiap 2 minggu sekali ktorang pi makan kat sini.

Tak tau nak makan apa ke terus ke sini, boring-boring je pi sini makan. Inilah tempat yang tak payah nak fikir sebab semuanya ada di sini. Nak makan dah siap masak, nak masak sendiri, nak makan dessert, nak makan mee, nak makan waffle semua ada.

First time kak lily makan Pak John ni dulu masa di PakJohn outlet di E-Curve Damansara, hah lama giler tuh. Memang teruja dengan kepelbagaian makanan yang ada sampai sakit-sakit perut makan kan hauhauha itu dulu.

Bila PakJohn bukak di iOi City Mall ni lagilah happy kan sebab bertambahlah lagi tempat makan untuk ktorg berdua. Bayangkan sampai bebudak waiter pun dah boleh kenal muka sebab setiap kali pi makan mesti extra 2 sup padahal yang makan hanya 2 orang je tapi mangkuk tetap 2, bayar je lebih sket je hah. 

senang duduk meja panjang, luas boleh letak makanan banyakkkk

Kebetulan hari tuh hujan lebat dan memasing balik lambat, so Mr Big cakap kita makan luar lah malam ni. I nak makan yang bersup-sup sebab hujan ni. Ermm start je kereta terus ke iOi City Mall, alah 10 minit je dari rumah hah. Tak fikir panjang terus jalan ke restoran Pak John ni. 

nak duduk kat sofa pun boleh jugak

inilah meja VVIP, kalau ada event bole buat kat sini

Settle buat bayaran terus je ambil tempat, di sebabkan tak ramai orang so bolehlah pilih nak duduk memana, of courselah kak lily pilih meja yang dekat dengan makanan hahahaha dasar pemalas nak jalan kan. 

Tengoklah susun atur bahan-bahan makanannya











pilihan sos pencicah pun kemain banyak jugak, hah pilihlah yang mana satu

Kemain cantik lagi ek, kemas je kak lily tengok terus menambahkan lagi selera nak makan dengan banyaknya. Ini sket je gambar kak lily letak ni sebenarnya ada banyak lagi ek.

Eh makan yang dah siap di masak pun ada jugak tau





So kalau rasa lama tunggu sangat nak makan bolehlah makan menu ni dulu ek hehehehe memang pelahap sungguh lah kak lily ni kan

Kalau korang nak tau supnya ada pelbagai jenis pilihan


Ada sup ayam, sup miso, sup tomyam, sup kari, sup udang. Hah lantaklah korang nak pilih yang mana satu idaman tekak. 

you sana, I sini ye dear...

Nampak? Memang setiap kali makan order 2 sup yang berbeza, sorang sup tomyan sorang lagi sup udang, maklumlah citarasa tekak kan tak sama so sup asing-asing. Eh tak gaduh pun tapi elok cam ni tak de nak masam muka di sebabkan sup hehehehe

Ok makan!!







Kan kak lily cakap pilihan makanan kitorang pun berbeza so pinggan pun asing, bangun amik je makanan sendiri settle masalah.






Selain daripada itu restoran Pak John Steamboat ni turut menyediakan pelbagai jenis minuman sejuk dan panas, ada ABC, ada kaunter aiskrim, dim sum dan waffle. Eh tidak ketinggalan dessert pun hado cuma larat atau tak nak makan lagi kan.

Ini list harganya


Berpatutan dan berbaloi di nikmati sessi keluarga, even ada sekali tuh ktorang celebrate birthday Mr Big duduk dalam bilik VIP tuh hah, makan sampai kembung perut lagi hehehehehe

Bagi kak lily, PakJohn ni sedap, murah dan variety pilihan. 

Nak singgah ni tempatnya :

Pak John Steamboat & BBQ 
GE 11, Ground Floor, 
IOI City Mall, Putrajaya

Operation time : 11.00am-10.00pm
Hotline : 0389571128


Mari LIKE dan FOLLOW Pak John di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

19 comments :

Ezna Khalili said...

Banyaknya pilihan. Scroll gambar sampai ke bawah ni haa....Suka sangat steamboat cuma tak pernah lagi merasa steamboat kat Pak John ni haa.....

amirnawawi said...

Alaaa sedapnya Pak John ni. Haritu makan yang dekat Curve tu. Sedap. Saya paling suka BBQ tu. yang grill tu.. Daging dia lembut je.

Cik Min said...

Bestnya kak heheh turn min hujung bulan nanti..tak sabar nak makan semua tu hahah tengok menu2 yang akk tunjuk ni adoiiiii terliur sungguh la

Qeela said...

wahh mmg menarik betul tengok Pak John Steambot ni, macam2 pilihan makanan ada yea geram pulak tengok. Mmg best lah bila sup pon bnyk pilihan dan jugak pencicah tu, ish dgn mcm2 lg side dish dessert bagai tu adoi kalau tak kenyang jugak mkn kat sini tak taula nk ckp ape kan haha.

Suria Amanda said...

Eh...pergi waktu malam pun macam best jer kan...nak pergi lagi la nanti..nak bawak mak abah makan kat sini..mesti diorang suka..hehehe....hari tu makan dengan dania..memang sampai kenyang betul...balik dari tu terus insofff...

cre8tone said...

I just dine there, too! So happy to steamboat with my love ones... yummy and lots of choices!

Mouse Mommy Treats said...

Yummy! Nampak gambor makanan tu dah rasa lapar ni! Nak pergi makan hjh minggu ni jugak dgn famili. Nampak sedddaaappp dan harga yg berpatutan.

adianiez AIDA said...

Hamboi. Sodap nyer stimbot! Sedap hirup sup nyer. Byk betul makanan yg disediakan! Antara muat atau tak aje perut kita ni ha ha ha...

Qaseh Dalia said...

Aduh dahla peminat steambot , nak kena try jugak ni .. harga pun murah dari seoul garden opss

AyuArjuna BiGoshh said...

aku mmg suka steamboat kat sini. sebab banyak pilihan dan sedap2...tak pernah makan kat cawangan ioi tapi yg curve pernah..dan mmg puas hati...

Hanny Abdullh said...

Lama betoi tak pekena steamboat kat Pak John ni. Pak John merupaka salah satu Restoran Steamboat yang sis suka sebab makanan dia sedap-sedap. Nantilah..kalau ada masa sis terjah tempat ni

Nadia Johari said...

Dah lama juga tak makan Pak John Steamboat.. Pakjon sedapnya daging dia tu..teringat-ingat..nanti nak pergi la..macam2 seafood ada..

Mimie said...

Banyaknya pilihan makanan kak Lily. Terliur tengok semua menu makanan steamboat ni.. Nanti nak try makan sini

Huda Halid said...

Wah, banyak yer pilihan, harga pun affordable. Next time jalan-jalan ioi nak singgah makan sini lah. Thanks sharing tempat makan best ni

JMR said...

Tetiba teringat yang kitorang pon dh lama tak pekena stimbot di Pak John ni..telan ailio la plak teringat sup tomyam tu..

nikkhazami said...

baru je makan steamboat hari tu memang seronok.. makanan best, banyak pilihan, pastu boleh main masak masak. hehe..

penting tau ada dessert macam aiskrim ni.. 3-4 kali tambah pun xde siapa nak marah.

dr-Life said...

i miss the food there so much and really have a lot choices.. for sure will hop in there makan again!

Rawlins GLAM said...

Memang best kan kalau dapat melayan makan kat Pak John sebab memang banyak pilihan dan sedap2 plak tu. Paling Rawlins suka adalah premium beef tu. Lazat!!!!

Mermaid said...

Last Ika makan Pak John last 4 year. Tapi masa tu memang murah dan sedap sangat. Harga yang ditawarkan murah dan berbaloi. Ika try dekat e-curve sedap cawangan tu.