Friday, October 5, 2018

AGROBAZAAR DI KLIA2, Segala Produk Tempatan Ada Di Sini

Hi Korang, 

Produk tempatan ni memang menjadi kegemaran kak lily sebab ianya mempunyai citarasa kita rakyat Malaysia ni. Yelah kerepek-kerepek, pes masakan, kopi tempatan dan memacam lagi. 

Selalunya kalau produk-produk sebegini kita hanya boleh dapati di ekspo-ekspo makanan, pameran dan beberapa hypermarket yang ada section produk IKS ek, so agak limited di situ. 

What if kalau kak lily bagitau sekarang ni dah senang nak dapat??? 

Korang mesti geleng kepala cakap ’yo yo la tuh kak lily ni kan‘ 

Seriously dah mudah wokeh!! 

Semuanya di hujung jari anda, klik klik je terus bayar. Itulah kuasa teknologi masa kini. 

Tapi kalau yang nak tengok jugak barangan secara fizikal cam ne ? Yelah lain orang lain ragamnya mesti nak kena tengok jugak then baru beli. 


Wokeh kak lily cadangkan korang ke Agrobazaar KLIA2 untuk dapatkan produk-produk tempatan ni tau. 

Kalau korang nak tau, Agrobazaar merupakan platform yang mana usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia boleh mempromosi dan memasarkan produk keluaran mereka tanpa rasa was was. Produk-produk dari Agrobazaar adalah dari pengusaha yang terlibat samada dalam sektor pertanian, perladangan, ternakan dan perikanan, hah betul kak lily cakap semuanya sekali ada kat sini. 


Untuk pengetahuan korang, outlet Agrobazaar telahpun dibuka di KLIA2 Sepang sejak dari Januari 2017. Lokasinya begitu hampir dengan kawasan balai Perlepasan Dalam Negara, sekaligus menjadikan lokasi outlet ini begitu strategik terutama bagi pengunjung KLIA2 atau penduduk sekitar seperti Sepang dan Banting bagi mendapatkan produk-produk keluaran pengusaha tempatan di sini. 

Kalau nak naik flight tuh, selalu jugak kak lily singgah ke kedai ni yelah beli jajan kudap-kudapan. 

Cuba korang tengok ruangan dalam kedai ni ?? 





Sangat-sangat tersusun kemas dan teratur mengikut jenis produk yang ditawarkan. Paling menarik kita boleh dapatkan lebih daripada 700 produk-produk pengusaha tempatan yang cukup terkenal tau VIRAL lah orang sekarang katakan di sini. Banyak betul tuh ek!! 

Yesza jajan atau kudap-kudapan memang menjadi pilihan bila masuk ke Agrobazaar ni. Kak lily suka keropok ikan, kerepek ubi kayu, kuih gunting dan pelbagai lagi merupakan produk yang dihasilkan dari sumber pertanian dan perikanan juga boleh didapatkan di sini. Yang paling keropok ikan memang awesome dan senantiasa menjadi pilihan kak lily lah kan. 


Cantik je packagingnya dan mudah untuk di bawak kemana saja, even kalau korang nak hadiahkan atau di buat buah tangan pun cun jugak sebab cantik. 

Yang best tuh, Agrobazaar memang akan sentiasa adakan promosi untuk produk-produk yang terpilih. Di mana kita boleh dapatkan pada harga yang cukup murah dan berbaloi. 

Inilah yang kak lily nak show off ni, pes masakan yang macam-macam jenis ada, mestilah pes masakan tradisi popular yang kak lily suka seperti kari, asam pedas, ayam kicap dan banyak lagi. 

Produk dalam tin dan botol juga ada seperti seperti sardin, sambal, kicap dan pelbagai lagi produk yang menarik hati. 

Bagi pencinta kopi macam kak lily jugak mesti jangan ketinggalan untuk minuman segera seperti 3 dalam 1 (3in1). Antara jenama yang cukup popular dalam menghasilkan kopi pra-campur adalah jenama Agromas. 

Bayangkan ada lebih 700 produk tempatan yang korang boeh dapatkan di sini, penat jugak kalau kak lily nak citer satu per satu ek hehehehe. Segala-galanya ada di sini, dari A-Z so senang kita nak dapatkan tak yah pening-pening nak ke tempat lain kan. 

Yang penting Ia semestinya HALAL dan selamat dinikmati seisi famili. 


Kalau korang nak tau jugak, ada café comel di dalam Agrobazaar ni tau iaitu Kedai Kopiesatu Agrobazaar. Di sini terdapat pelbagai jenis makanan pagi dan tengahari yang enak, terbaeklah menu-menu tempatan kita jugak ye 


Ada WiFi percuma untuk para pelanggan yang menikmati hidangan di sini, so sambil makan sambil melayari internet so bolehlah update Instagram gambar makanan diorang dan TAG Agrobazaar hehehhe… Kalau datang sini, sila selfie atau wefie, tunjuk gambar korang pada mana-mana staf Kedai Kopiesatu yang sememangnya sangat peramah, baik dan sempoi. Dan sebagai ganjarannya korang akan diberikan teh tarik secara percuma. FREE the Tarik siapa tak nak kan!!! 



Setiap bulan ada promosi makanan mengikut negeri. Contohnya ada kalanya ditawarkan Nasi Dagang Terengganu, Nasi Ulam, Laksa Johor dan pelbagai lagi makanan yang menarik. Kalau nak merasai kehebatan hidangan tersebut kenalah datang ke Kedai Kopiesatu Agrobazaar KLIA2. 



Bukan sahaja kuih-muih tempatan bahkan pencuci mulut seperti kek ada juga ditawarkan. Pendek kata terdapat banyak pilihan makanan samada untuk dinikmati ketika waktu sarapan mahupun tengahari. 

Ok balik pada citer kak lily yang kat atas tadi pasal semuanya di hujung jari korang je kan, ni kak lily nak bagitau ni 


Kalau korang tidak berkesempatan datang Agrobazaar KLIA 2, jangan risau atau kecewa. Korang boleh juga dapatkan produk Agro melalui aplikasi Google Play atau Apple Store dengan memuat turun terus dari pautan ini 



Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:-

1) Muat turun aplikasi AgroBazaar Online di Google Play atau Apple Store
3) Log in sosial media – first time user
4) Carian “agrobazaar klia2”
5) Buat pilihan mengikut menuyang disediakan
6) Bayar atas talian atau COD 

Ada banyak diskaun diberikan. Memang berbaloi dan mudah. Betul kan apa yang kak lily cakap semuanya di hujung jari ini. 

Produk-produk tempatan dari IKS ni adalah salah satu kebanggan rakyat Malaysia so kalau bukan kita yang beli nak harapkan siapa lagi, kita kenalah support para pengusaha ni supaya diorang akan menghasilkan produk-produk berinovasi tinggi dan bermutu. 

Wei harga berpatutanlah, sebab tu kita kena sokong!! 

Untuk keterangan lanjut mengenai AGROBAZAAR KLIA2 dan promosi. Boleh layari terus :- 


FACEBOOK : 

WEBSITE : 


Selamat membeli belah...






22 comments :

Nina Mirza said...

Perghhh. .. Cayalah.!! Memang terbaik adanya Agrobazaar kat KLIA2 . bangga bila produk tempatan di naik taraf setanding jenama lain. Cantik laaaa cafe dia.. Nanti nak singgah

Syafiera Yamin said...

sesiapa pelancong yang dah nak balik negara sendiri, i rekomen dorang membeli belah di sini terlebih dahulu sebelum balik.. bawalah sikit makanan tradisional Malaysia... bila time tengah bebosan tu boleh kunyah kunyah kalau kerepek pisang tu hehehe... healthy gitu ;)

Sherry Go Sharing said...

good to know of this place. Next time if there can know where to dine and shop groceries too. I wanna buy snecks!

Suria Amanda said...

Menarik..dh la SA jenis suka sangat dengan product IKS sebab terjamin halal kan..selain tu banyak pilihan dan x banyak di pasaran...eh..nak lepak la kat Kopiesatu tu..katanya banyak makanan best

Ruby said...

Banyak produk disediakan. Akak, harga camana? okay tak? sebab nak makan kuih melayu di klia tu memang susah nak dapat. tapi kalau harga seketui mahal, telan air lioqqqqq. hahaha.

Qeela said...

memang bagus betul adanya Agrobazaar ni kat airport, strategik sungguh pemilihan kawasan tu hehe. Senang nak memperkenalkan secara meluas produk2 tempatan kepada para pelancong luar negara, selain org kita sendiri pon senang lah nak dapatkan mana2 produk tempatan yg kdg2 tak jumpa kat area kawasan masing2 kan. Menarik sgt diorg dah ada apps, bravo! 👍🏿😁

Abby Onety said...

Klo saja kemarin Abby tahu ada AgroBazaar di KLIA2 pasti singgah deh cuci mata. Itung itu g ada yang nyangkut dimata dan sesuai isi dompet ya belilah hehehe...

cre8tone said...

Great to hv this kind of bazaar.. time to buy a lot of agro stuff here.. shopping time! yoohoo!

Syaza Redzuu said...

Agrobazaar ni memang best. Ye lah kan inilah masanya untuk kita support lokal. hehe. Yang paling best pes makanan dekat situ. Siapa yang plan nak pergi travel or terbang untuk blaja ke luar negara boleh lah borong dekat sini.

Mahamahu said...

Besar juga Agroo bazar kat KLIA 2 ini baru macam ni pelancong luar nampak produk tempatan kita ni asyik jual kat kedai kecil jer hehehehe kalau terdesak mereka akan singgah juga untuk beli apa-apa sahaja barang negara kita bawa ke negara mereka hehehehe...

Angelpoiwoon said...

Is always good to support local~ and it follow the trend to have mobile app to shop online~ Good job Agrobazaar~

apekinahdotcom said...

Bagusnya ada Agrobazar di KLIA2 ni. Pelancong confirm akan singgah dan beli sebagai souvenier. Ehh ada apps yer, lagi la mudah lepasni. Order je

Zharif Azis said...

macam2 betul ye produk keluaran malaysia di jual di sini. ada tu yg tak pernah tahu pon wujud. baguslah wujudnya kedai seperti ini. dapat mempromosikan barangan tempatan di persada antarabangsa

Mawardi yunus said...

Oh siap ada tmpt makan lagi. Ingatkan kedai dia jenis jual barang macam tu je. Macam menarik ni kalau nak pergi terjah. Nanti nak ajaklah budak2 ni pergi sini.

mrsliez said...

Bagus ada agrobazaar dkt klia. Sebabnya klia adalah tempat pertama pelancong akan sampai dan tempat terakhir sebelum mereka berlepas pulang. So diaorang akan nampak dan beli ptoduk-produk tempatan kita.

adianiez AIDA said...

lama sungguh tak jejak ke klia2 sinun.
ofis kastam aje gi kat narkotik klia tu, lily. tugasan.
bagus gini. inisiatif ke arah memartabatkan produk iks kita, kan.
sebab situ org luar negara dtg.
sementara tunggu flight, the best spot utk diorang shopping brg kita and bwk balik ke negara diorang.
gift utk keluarga diorang gitu.
produk iks kita now da semakin bagus r&d nyer.
packaging pun dah cantik.

Hanny Abdullh said...

Beruntung betul buat penduduk area sepang, bleh shopping kat Agro Bazarr ni sebab dekat. Sis pun baru tahu ni..tak perasan pulak selama ni ada kat sana. Next time kalau balik dr mana2 bolehlah singgah sini beli apa2 dulu sebelum balik rumah

bossku said...

kalau pergi ke agrobazaar jangan lupa beli keropok seaweed (packaging warna biru) sedap ! Rasa keropok rumpai laut ! yang penting halal ! harga pn berbaloi . kalau nak balik kampung je mesti singgah situ borong untuk anak2 sekali dengan atok diorang haha

bossku said...

kkalau pergi ke agrobazaar jangan lupa beli keropok seaweed (packaging warna biru) sedap ! Rasa keropok rumpai laut ! yang penting halal ! harga pn berbaloi . kalau nak balik kampung je mesti singgah situ borong untuk anak2 sekali dengan atok nenek diorang haha

Nadiah Suhaidi said...

Wahh menarik! Sebelum ni ada nampak tapi x masuk. Kalut hantar orang je. Hehe.

Ibu Pantang said...

kakak dah pernah beli online dalam apps argo ni ke? nampak menarik la apps ni semua produk tempatan byk ada dalam tu....bagus utk ibu2 ni hahaha

Juls Julie80 said...

pernah pekena nasik dagang dengan nasik kerabu kat situ masa nak tggu flight nak balik Kch thn bile ntah... pas makan soping jajan2 kat situ..hihih

btw, jemput singgah blog kite yer sis http://julsjulie80.blogspot.com