Friday, April 21, 2017

UMRAH 2017 | Hari 7 Mekah – Solat Jumaat Di Masjidil Haram

Hi Korang,


Kita sambung lagi ek hehehehhe lembab nau menulis nya ni.

Lepas hari je Umrah pertama tuh, kitaorang dapat rehat sepenuhnya. Langsung tak de aktiviti yang disediakan. So masa nilah kitaorang dapat melawat kawasan Kaabah sepenuhnya, disebabkan luas sangat kitaorang dapat bersolat banyak kawasan di dataran Kaabah ni. 
OOTD solat jumaat, kemain lagi ek. Jubah SAR30 je murah tapi cantik

Memang setiap solat fardu kitaorang akan ke dataran Kaabah, seronok sembahyang kat sini. Ramai orang berpusu-pusu masuk awal lagi ada sesetengah tuh tak balik hotel pun just duduk dapat kawasan masjidil haram dan beriktikaf.

Masa hari jumaat tuh, kitaorang dah plan memang nak solat jumaat di masjidil haram ni. Yelah kat Malaysia tak boleh kan so kat sini ada peluang so why not gunakan. 

dapat pun solat mengadap Kaabah

Takut berebut dengan Jemaah lain, pukul 9.30 pagi kitaorang dah masuk dalam kaawasan masjid. Orang belum ramai lagi, dapatlah pilih spot yang sesuai dan haruslah mengadap Kaabah. 

masa ni baru 10.30 pagi tau, dah nak penuh orang ni hah

So dari pukul 9.30 pagi tuh sampailah ke waktu nak khutbah, kitaorang mengaji, baca yaasin, berselawat sampai auntie Ujie cramp-cramp kaki di buatnya maklumlah duduk lama sangat. Yang best tuh, kita sebut lapar je tup-tup ada orang bagi coklat, bagi biskut, tuangkan air zam-zam ermm seronok tuh. Kira rezeki melimpah ruah bila duduk beriktikaf dalam masjid ni.


Dalam pukul 11.30 cam tuh khutbah pun di mulakan, dalam Bahasa arab ye.


Masa kitaorang masuk masjid tadi ada orang bagi earphone secara percuma untuk ktorang dengar khutbah tuh tapi majority kami ni pencinta iphone so tak dapatlah nak dengar sebab aplikasi khutbah tuh dalam android sajor. So masa khutbah tuh kitaorang duk perati Jemaah yang dengar kalau dia menangis maka mesti syadhu je bacaan khutbah tuh kan. Tapi tak de orang pun yang nangis sebab aplikasi khutbah dalam Bahasa Indonesia so maybe ada terms yang kita tak paham so tak dapat nak feel. 

Habis khutbah tuh terus sambung solat jumaat.

Ye bagi wanita yang tak tau solat jumaat tuh 2 rakaat ye bukan 4 rakaat macam solat zohor. Ada jugak yang terbabas sampai nak masuk ke rakaat ketiga. Itu biasalah kan sebab tak pernah solat jumaat pun.  

lepas habis solat jumaat keadaannya

Habis je solat jumaat terus balik hotel sebab dah lapar dan tak tahan nak kencing. Nasib baik tempat kitorang solat tuh boleh amibil air sembahyang so senang sket tak yang nak pi ke toiletnya yang amat jauh sungguh. 

membahagiakan dapat makan makanan malaysia time ni tau

Sangat-sangat bermakna untuk aku yang tak pernah pi solat jumaat tuh kan.

Kalau khutbah jumaat dalam Bahasa melayu kan best boleh paham intipati kandungan tu ek

Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni

1. Umrah 2017 | Rezeki Yang Tak Di sangka







Ok nanti sambung lagi


8 comments :

Kesuma Angsana said...

Salam Jumaat... ALhamdulillah dh smpai di bumi suci. Sejuk hati baca n3 ni

Siti Rohaida Yusof said...

alhamdulillah..dapat jugak merasa solat jumaat kat sana..

Nadia Johari said...

doakan nad semoga dapat sampai ke sini..

Radhiah Izzati said...

Allah kak.. best nyer dapat pergi sana

Adam said...

Tak jemu saya baca entry ibadah. Tak jemy tengik gambar. Thanks.

el said...

alhamdulilah seronoknya tgk ciklily dpt pergi ke sana

MAY said...

Wah ciklily dah ke sana ye.bestnye. alhamdulillah. bila la masa kami pulak ni. ambik pakej andalusia ke?

*regarding komen ciklily kat blog sy : dekat sabun habatusauda yg saya sy masuk kan dlm entry lepas, kite guna biji habatusauda je dalam sabun tu. yg biji hitam tu la habatusauda nya.. ;)

siti hajar said...

bestnya sudah pergi ke sana