MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, April 18, 2017

Resipi Mee Goreng Istimewa Raja Yang Mudah dan Sedap

Hi Korang,


Di hujung minggu ni lah masanya untuk berumah tangga kat dapur. Kalau nak test skill masak time ni jugaklah ye. Alah belajar masak sket-sket je, aku ni manalah pandai masak yang masakan melayu yang bersantan tuh kalau masak menu western ok sajorrr.

Kebetulan laki mak si Mr Big ni dah 2-3 kali menyanyi kat telinga aku nak makan mee goreng.

Aku suruh je kalau nak teringin sangat pi beli kat kedai depan tuh tapi dia cakap mee goreng kedai tuh kosong, so aku cakap weekend nanti aku buat lah. 


Sabtu petang tuh sibuklah dia ajak aku pi beli barang masak.

Kitaorang ke Jaya Groccer Bangi Gateaway je senang sebab majority bahan-bahan mentahnya semua dah siap dibersihkan. Ye aku memang malas dan laki aku tau dah perangai aku hehhehe

Ini yang di beli


udang pun dah siap kopek separuh


kerang dah siap kopek, so senang sket nak masak. lagipun saiz kerang ni besar-besar jugak

Banyak kan!!

Balik tuh bersihkan apa yang patut then simpan dalam fridge 

Esok paginya Ahad tuh baru aku masak.

Nak masak mee goreng tak tau bahan? Ermm ni aku kongsikan ek

Bahan-bahan: 

· Cili kisar/boh – ikut tahap kepedasan
· 4 biji bawang merah
· 4 ulas bawang putih
· Minyak untuk menumis
· Bahan mentah macam ayam/udang/sotong 
· Sayuran seperti sawi/taugeh/
· Fish ball and fish cake
· Kicap Manis
· Gula/Garam (Jika Perlu)
· Sebungkus Mee Kuning
· Bawang goreng, lada besar hiris dan daun sup untuk hiasan

Itu kira bahan-bahan asas lah, korang boleh tambah ikut suka korang ek

Kemudian masaklah cam biasa, actually tak de apa yang special pun tapi di sebabkan bahan-bahan mentah yang banyak dan awesome tuh yang jadi istimewa sesangat.

meh tengok video cara masak mee goreng

Lepas je masak tuh, terus makan panas-panas hah ko amik terangkat ooo dengan rasa jus-jus makanan laut tu tadi kan lagi menambah selera Mr Big makan. Sudahnya seharian kitaorang makan mee goreng tuh sebab Mr Big suruh masak sampai 3 bungkus mee kuningnya 

Ermm tak perlah janji tak kepunan kan

Ok Selamat makan semuanya


9 comments :

Dkna Abza said...

dah boleh bayangkan macam mana nikmat makan tengah panas tu ha... memang tak pandnag kiri kanan dah

atiehilmi dot com said...

hee~ terliur !! nanti boleh try sebab resepi pun simple jek.. sesuai sangat dengan orang tak brape reti masak macam saya nih..

Rabiahtul Adawiyah said...

tq for sharing

Ana Suhana said...

mee goreng makan masa panas2 memang terbaik sis. =)

tp 3 pek tu banyak sangat tu. hehe

Ronaldmohoni said...

3 bungkus? Banyak tu cik lily. Apa apa pun, terima kasih dengan perkongsian resepi.

Jueliza Jamani said...

3 bungkus.. makan berdua jenuh berulang makan. sedap kalo buat mee goreng letak bnyak udang sotong ayam ni.. yummy..

Azian Elias said...

sesekali tunjuk skill kan. sama ler macam i youuu.

y i e n said...

Wuuuuu sedapnya.. Terliur makyong tau , haha~

hainom OKje said...

Banyaknya CL goreng sampai 3 bungkus. Takuak weyh makan mee goreng sampai mlm haha...

Aduh betul kata MB tu...mee goreng kedai mmg kosong tak puas makan ek.