Thursday, April 20, 2017

Keseronokkan PET FIESTA 2017 di Setia City Convention Centre

Hi Korang,

Wah pet, binatang peliharaan!!!

Siapa yang tak suker kan, kitaorang sekeluarga memang suka dan ada pet kat umah. Itu yang sampai mak aku bela ayam, angsa, kucing, burung kann ehh itu dah lebih dari pet tuh hehehehee.

Even kat umah aku sendiri ada seekor kucing diva tuh, alah si DakUban tuh lah.

Disebabkan dia seekor je dalam rumah tuh, so segalanya mewah bagi dia. Makan mahal, pasir mahal yelah barulah diva kann hehehehe

Itu citer Uban, now nak citer pasal Pet Fiesta ni


So last week, tak de apa nak buat aku ajak Mr Big ke Pet Fiesta ni kat Setia City Convention Centre. Alah sekadar release tension tengok binatang-binatang comey ni. Sebab jauh so pepagi lagi dah luar dari rumah, kitorang sampai dalam pukul 11.30pagi cam tuh, mak oi dah penuh hall dengan ramai orang. 

Ni kat sebelah luar, ada booth untuk badan NGO bagi kucing dan anjing. Sini pun dah seronok dah sebab dapat main dengan kucing

Ini Adan dari S.I. Home  Shelter. Glamer kucing ni tau kat social media, kira cam duta untuk S.I. ni. Behave je ramai orang nak bergambar dengan dia

tengok anjing naik stroller, comey nau

Ada 2 entrance ye, satu untuk yang tak bawa binatang dan satu lagi mostly untuk yang bawa anjing. Bayaran masuk RM5 je untuk dewasa, bukan mahal pun so bayar jelah. 

Mini Zoo, tengok boleh main dengan binatang kat sini


Masuk-masuk je ada mini zoo yang comel kat sini. Dalam tuh ada arnab dan ayam. Jadi parents boleh masuk bersama-sama anak mereka untuk bermain sekali. Itulah kalau bawak Aakif ni best ni. 

Tengok betapa gebunya kucing ni kan macam carpet


tengah tunggu untuk di juri, so rehat tidur dulu lah

Ada jugak pertandingan kucing yang di adili oleh juri profesional. Kucing-kucing ni di adili dari pelbagai aspek termasuklah kelebatan bulu, aktifnya kucing tuh tau. Aku pun leka duduk tengok diaorang ni, siap interview tanya pasal penjagaan kucing kat umah. 

eh engko buek apo tuh


sila cari saya yang tengah sembunyi ni

Pameran binatang reptilia pun tak ketinggalan juga, Mr Big sukalah menyakat aku sebab aku kan penakut ular, mau terperanjat satu dewan dibuatnya kalau aku takut 

si anak beranak ni, sampai nak balik pun tak habis-habis lagi nak shopping hehehee

ermm makanan kucing cantik packgingnya


murah gak ni

nampak semua keperluan kucing semua ada kat sini

tershopping jugak hah


tengok tempat berak kucing pun pun hado, canggih

Selain daripada itu terdapat juga jualan-jualan produk makanan khas untuk haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, arnab dan banyak lagi. Sempat jugaklah aku shopping makanan untuk si Uban tuh. Ermm terbang RM125 beli Royal Canin huahauhauahuaha


Ada sedikit video amatur untuk korang tengok, biasalah tangan pengko so video jadi gegarlah kan hehehehe

apa pulak nama binatang ni, lupa plak. jinak ya ampun

si pencinta kucing suke nau dengan si Simba ni, diva tapi behave je hehehee


Itulah ceritanya kan

Seronok dapat main-main dengan binatang comel ni, memang sesangat release tension. Kalau ada lagi event cam ni memang aku nak pi lagi..



4 comments :

Adam said...

kucing dia cantik2.
ayam pun ada kat situ.
boleh gi melawat ni.

thanks, kongsi ni.

hainom OKje said...

Ahad lepas gi jugak Aeon Setia Mall ni tp tak pergi pulak.
Anjing tu tak berjalan jalan sendiri ke CL...

Uncle Zuan said...

alaaa tak tau plak ada event macam ni :(

Rikajue said...

Saya pun pergi event ni, best dpt jimat beli cat food, siap beli treats. Yg tu sugar glider, bestnya dpt sentuh dekat2.