Thursday, April 27, 2017

SURYA Apple Cider Langsung Tak Masam Malah Manis-Manis Buah

Hi Korang,


Siapa minunm apple cider vinegar?

Ermm tak pernah cuba lah tu kan. Eh bagus untuk kesihatan tau, dah lah murah mudah nak minum pulak tuh. Alah sebab korang tak pernah cuba itu yang tak tau kan. 


Baru-baru ni aku sempat ke majlis pelancaran SURYA Apple Cider di Kebun Mimpi Gita Bayu, dekat sangat dengan office so time lunch tuh singgahlah sekejap hehehhe




Kalau tak perasan mesti orang ingat dalam hutan, once dah masuk ermm cantik sungguh tempat ni. Dibuat macam resort tapi club house je tau. 


Jenama tempatan Surya memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman yang lebih sihat melalui penggunaan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli ke dalam produknya, penghasilan formulasi ini adalah untuk melakukan perubahan kepada perspektif penggunaan cuka epal dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang amat mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Cuka epal telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan pelbagai manfaat. Diperbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

Selama lebih 10,000 tahun, masyarakat telah menggunakan cuka dalam pelbagai cara seperti penggunaannya dalam makanan dan perubatan. Walaupun begitu,ia sentiasa mempunyai rasa masam dan bau yang kuat. Cuka dapat membantu merendahkanparas glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat. Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik, cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.

Sementara itu, pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa, dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, ia juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral.


“Cuka epal kami berbeza dengan jenama-jenama lain yang terdapat di pasaran kerana adanya tambahan madu semula jadi, yang memberikan rasa yang lazat dan menarik. Dengan semua kebaikan konvensional cuka epal, Cuka epal Surya dengan tambahan pemanis asli pastinya dapat mengubah cara rakyat Malaysia menjadikannya sebagai minuman turun-temurun selamanya,” ujar Douglas Lee, Pengasas Surya Malaysia.

Diilhamkan daripada ‘Matahari’, Surya juga memberikan kualiti yang bertenaga, mempunyai pembaharuan, dan penjagaan sokongan – antara elemen yang telah dijanjikan oleh jenama ini kepada rakyat Malaysia.

Mengambil tema #RasaSayangSemanisMadu, majlis pelancaran ini memberi peluang kepada para media mencuba sendiri kelazatan cuka epal dengan madu. Majlis tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran tukang masak terkenal negara Datuk Chef Wan yang berkongsi resipi cuka epal dengan madu istimewa dari jenama Surya yang digabungkan dengan buah-buahan dan jus segar. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Perunding Diet, Nurul Aziah Musa, yang berkongsi maklumat mengenai manfaat cuka epal.


"Terdapat banyak manfaat yang boleh kita dapati melalui cuka epal. Ia boleh membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.Potassium dalam cuka epal dikenali untuk membantu mengimbangi tahap sodium dalam badan dan mengekalkan tekanan darah yang sihat. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa serat seperti pectin boleh meningkatkan rasa kenyang individu selepas mereka makan, yang membantu mempercepatkan rasa kenyang seterusnya mengurangkan keinginan mereka untuk makan terlalu banyak atau boleh dijadikan snek kompulsif, sebagai salah satu kaedah untuk menurunkan berat badan," kata Nurul Aziah Musa.


Dengan tambahan madu asli tempatan dalam formulasi mereka, jenama yang mementingkan kesihatan ini hadir dengan rasa yang menonjol yang pastinyamembuatkan kita tertanya-tanya mengapa jenama ini tidak munculdengan lebih awal.Dengan keupayaan untuk menambah nilai dan meningkatkan rasa makanan kesihatan yang sedia ada di pasaran, cuka epal dengan madu boleh melakukan lebih daripada sekadar meningkatkan selera anda.

"Bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan akan datang, cuka epal ini boleh ditambah ke dalam air atau jus buah-buahan semasa berbuka puasa untuk membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang dan mendapat manfaat kesihatan yang berganda," kata Nurul.

Chef Wan pun ada sekali untuk memberikan pandangan mengenai Surya Apple Cider ni, celotehnya kemain kelakar lagi

Mahu menyebarkan khasiat cuka epal mereka melalui kempen Rasa Sayang, Surya mempunyai matlamat untuk membantu keluarga-keluarga di Malaysia menjalani gaya hidup sihat tanpa meninggalkan keperluan untuk rasa tempatan yang hebat.

"Bahan-bahan yang kami gunakan diambil sendiri daripada pembekal yang dipercayai, dengan epal yang didatangkan dari Amerika Syarikat serta madu mentah dari ladang tempatan. Dengan penghasilan sendiri cuka epal daripada jenama Surya, kami mahu menyediakan produk yang sihat, selamat, murah dan berkesan untuk semua rakyat Malaysia," kata Lee.

Dengan kerjasama daripada Bioalpha Holdings, Surya sudah memasuki pasaran sejak empat bulan yang lalu dan cuka epal ini berjaya dijual lebih daripada 20,000 botol. Ini menunjukkan bukti kejayaan formula istimewa mereka, dengan pengesahan daripada GMP, HACCP dan HALAL.


Cuka epal Surya dengan madu asli bersaiz 450ml boleh didapati di kedai Watsons dan farmasi-farmasi tertentu di seluruh Malaysia dengan harga RM21.09 (termasuk GST).

Haruslah aku minum bercawan cuka epal ni hari tuh sebab dia dah dicampurkan sekali dengan jus buah-buahan kan so sedap lagilah rasanya


No comments :