MY HISTORIC MOMENTS

Monday, April 17, 2017

Lunch Di Ikan Bakar Tanglin, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Memang tak terfikir pun sampai ke mari time makan tengahari ni.

Ni semua gara-gara food review tak jadi kat area sinilah. 

Sepatutnya ada makan-makan kat restoran Rebung hari tuh, so bersungguhlah aku sampai on time, biasalah aku kann punctual huahahuaua… Sekali sampai tengok lain macam je crowdnya bukan geng selalu so terus duduk tepi ek. Nampak pulak kakak reporter yang biasa tuh, so tanyalah dia rupanya hari dah betul dan tempat dah betul tapi masanya pulak di reschedule ke petang. Ermm malas aku nak tunggu so pi tempat lain dulu lah. 

Tak tau nak makan apa, penat fikir tup-tup teringat nasi lemak Tanglin tuh. 

Sebab tak tau jalan apa lagi WAZE kan sajor.

Rupanya tempat tuh dekat benau dengan area Rebung ni tapi tak tau jalan so bawaknya pusing satu alam hahaha maka bertabahlah.

Sesampai je nasi lemak Tanglin tuh tutup plak.

Ermm terus beratur sebelah gerai makan nasi campur dengan ikan bakar. 

Servis cepat tapi ya ampun ramainya orang, aku pun tak tau mana datangnya orang-orang office ni semualah. 


Just nice kitaorang dapat meja dan ikan bakar sampai terus ramai giler manusia

Ok rasa not bad, portion ikan parinya besar. Kuahnya di campur sekali pada ikan bagi menambah rasa dan aroma lah orang kata.

Nak datang makan lagi kat sini?

Ni alamatnya:-

Gerai Ikan Bakar Pak Din (Asli)
Stall No. 5, Tanglin Food Court,
Jalan Cenderasari
Kuala Lumpur


(Landmarks : besebelahan Taman Botani, Kuala Lumpur, bersebelahan Klinik Kesihatan Jalan Tanglin dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman)


Insyallah kalau terlalu lalang bolehlah singgah ke mari lagi ek

Selamat makan semuanya....


6 comments :

Adam said...

Saya komen semua yang baik2,

Hasliynda Umairah said...

berselera kita

Kakcik Nur said...

Masa masih bekerja dulu, selalu jugalah kakcik makan kat situ. Kakcik suka sayur-sayurnya... :)

Amanda Suria said...

Mak aii..mengancam sanubari la ikan pari bakar tu ha...sodap nampak eh

mama tisya said...

rmi juga ckp sedap ikan bakar tanglin..sebelum ni pernh mkn nais lemak tanglin yg ni blum pernh try sbb ikan bakar yg blkng istana takat ni fav..yg rmi org juga

Ronaldmohoni said...

Dah lama tak makan ikan pari bakar. Terliur dibuatnya.