Wednesday, April 5, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | Chakri Palace KLCC “Tantalizing Tastes of Thailand”

Hi Korang,


Ermm citer pasal buffet Ramadhan 2017 ni memang tak akan habis ye, senantiasa ada je selagi tak bulan Ramadhan kan hehehhee

Meh aku kongsikan pada korang mengenai buffet special ni ek


Ramadhan ini, Chakri Palace sekali lagi mengadakan hidangan bufet masakan Thai dan masakan kegemaran tempatan khusus untuk promosi bufet “Tantalizing Tastes of Thailand” yang akan diadakan di Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL dari 30hb Mei 2017 dan seterusnya.

Wah makanan Thai, of courselah i like it!!

Lebih daripada 50 jenis hidangan kegemaran Thai dan tempatan yang moden dan asli yang bakal menjerat tekak korang kan hahaaha 






Dimulakan dengan ulam-ulaman dan Kerabu, Salad mangga Thai Thai, salad betik, pembuka selera thai yang terkenal dengan bahan-bahan tujuh "Mieng Kam", Samosa, popia rangup Thai, Thai Mee goreng yang rangup dan banyak lagi. 










Hidangan utama pula, korang boleh menikmati pilihan masakan Thai seperti kari hijau kambing thai, udang dengan sos mentega yang ditambah dengan telur masin, sotong goreng dengan telur masin, Tomyam seafood, daging dengan sos lada hitam dan ikan dengan sos manis & pedas. Untuk memberi penghormatan Khas masa tahun ini, pihak restoran juga akan memperkenalkan pelbagai kegemaran Malaysia, termasuk Ayam Kapitan Tok, dengan Lemak Gulai Daging, Rendang Daging dan Nasi Beriani.







Akhir sekali, mestilah pemanis mulut Thai yang sangat special dan sedap seperti Red Ruby Waterchestnut, Thai mango sticky rice tak ketinggalan juga kuih-kuih tradisional kita seperti  kuih-muih melayu, bubur jagung & pisang dan pelbagai lagi. 

Jom makan beramai-ramai di bulan puasa nanti

Untuk buffet Ramadhan 2017 ni, ianya bermula dari 30hb Mei 2017 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Imperial Chakri Palace ni ada dekat 2 tempat iaitu di Suria KLCC dan di Pavilion. Setiap outlet berbeza bayaran buffetnya

Harga buffet ramadhan 2017 adalah

Outlet di Chakri Palace Suria KLCC

RM95.90++ untuk dewasa 

RM49.90++ untuk kanak-kanak (6-12 tahun) dan Warga Emas

Outlet di Chakri Pavilion KL

RM85.90++ untuk dewasa

RM42.90++ untuk kanak-kanak (6-12 tahun) dan Warga Emas

Early Bird Offer

It pays to plan and book early for great sumptuous savings!
(minimum order 4 persons) 

Purchase before 30th May2017 at RM75.90++ Per Adult (KLCC)
Purchase before 30th May 2017 at RM65.90++ Per Adult (Pavilion)
Early birds offer is applicable for period from 10th April 2017 – 30th May 2017 only.

Group Bookings BUY 5 FREE 1

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03 23827788 (KLCC) dan 03 21431141(Pavilion) or 016 2277182 atau pun email je ke : marketing@chakri.com.my or visit us online at http://berbuka.chakri.com.my


Jom kita ke:-

IMPERIAL CHAKRI PALACE SURIA KLCC
Lot 417B, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2382 7788
Fax : 03-23820269

Outlet lain:

CHAKRI PALACE PAVILION
Level 4 Connection, Pavilion KL
55100 Kuala Lumpur

Tel : 03-21431141
Fax :03-21441141



So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

2 comments :

mama tisya said...

mmg sedap menu buffet thai kt chakri....rindu dessert sedap tu

Nour Adieb said...

kenapa makanan thailand sodap2 eh? sy pon suka makanan thai terutama somtam <3