Tuesday, December 8, 2015

Ocean Hauz, Bandar Baru Bangi. Oklah Bolehlah

Hi Korang,


Aku baca ramai yang bagi review teruk pasal kedai makan ni ek. Mana lagi, kedai makan Ocean Hauz Bandar Baru Bangi ni lah.

Seriously diorang complaint pasal service, pekerja lah tak de pun yang complaint pasal makan. So setelah beberapa bulan kedai makan ala-ala Shell Out ni bukak aku pun pi lah last week dengan Mr Big

pilih jangan tak pilih kan

Lepas maghrib tuh terus kuar umah. Sesampai orang tak ramai pun so tak yah nak chop meja.

Disebabkan blur tak tau nak buat apa, ada budak kat cashier tu pun bagitau lah cam nak order kan.




brown crab - ktorang kira dalam RM108 seekor untuk ketam ni je

Depan table cashier ni, ada tempat segala mak neka seafood adalah. Ketam, udang, lala, pepahat, kupang, sotong kan, ada banyak jenis gituh. Pilih je apa yang korang nak makan then, cashier akan timbang dan bagitau berapa harga seafood semua ni sekilo gram. Ktorang tak amik ketam pun sebab hari tu puas makan ketam di JUST SEAFOOD Damansara.

sos yang berbeza

Dah timbang, diorang akan bagi suggestion apa sesuai di masak untuk ke semua seafood ni. Boleh add-on nasi putih ke butter rice ke, ketang goreng ke, jagung ke brokoli je mengikut senarai makanan yang terpapar. Jangan pulak korang sibuk mintak goreng pisang ke labu ek. Ikut yang tersenarai sajo, dah nama pun Ocean Hauz kan so seafood je ok..

nak masak ni dik? bagi idea sket

makan berdua, tu hah harganya

Dah apa lagi, bayo la. Semua sekali RM179.35 hah makan berdua dengan cinta hati. Boleh sekali sekala katanya padahal tiap-tiap minggu makan sedap kan. Sila bawak cash sebab mesin card diroang ni cam giler sket, kejap ada line kejap tak de line.

dah kenape plak, Mr Big boleh order mushroom soup ni ek


sos-sos untuk tambahan perasa

Masuk kat section tempat makan, tak nak berebut ek. Pilih yang mana satu nak duduk. Of course lah depan tv so takde lah main tepon menggossip kat whatsapp kan hahahha. So budak waiter tu tolong mentangkan kertas mahjong untuk alas makan. Tak de pinggan tau makan kat sini, semua atas kertas tuh ek. Apron pun hado tapi aku tak pakai lah sebab macam apron orang siang ikan kat pasar hehehhee. Tak de tulis Ocean Hauz Bandar Baru Bangi pun so tak yah nak selfie la kan.





Tak sampai 30 minit semua makan sampai, memang totally style Shell Out cara hidang makanannya. Semua budak waiter tu yang buatlah, aku tengokkan. Lepas letak je semua makanan so apa lagi meh kite seranggggg…

Ada masak garlic pepper, ada masak lemon butter dan ntah apa-apa lagi pun aku bukan ingat pun, bila dah masuk mulut kan. Bedal jelah tanpa was-was. Sekejapan licin bagi udang tuh tapi yang lelain its take time jugak nak abiskan ek. Daripada tempat tu kosong abis je ktorang makan terus jadi fullhouse. Memang ktorang pembawa rezeki betullah, ramai orang cakap cam tu lah kan hahahha

nampak! licin selicinnya

Apa-apa not bad makan kat sini, so far servicenya ok dan harga pun biasa-biasa jelah sesuainya dengan harga seafood tuh. Maybe yang ramai bagi bad review tu masa memula diorang bukak kot. Ni baru diorang mula improvise apa yang kurang.

Korang yang tak tau kat mana tempat ni,

OCEAN HAUZ
No. 13, Jalan 8/35, 
Seri Bangi Commercial Centre, 
Bandar Baru Bangi
(sebaris Bakar-Bakar Steamboat, Tutti Fruiti, kedai elektrik Onking)

Call untuk booking : 03-8912 3971

Tapi sebenarnya aku lebih SUKER MAKAN di SHELL OUT lagi hahahhaha, that’s the truth. Walaupun serving menda yang sama but still ada jugak kelainan sket tau.

Alah korang ni janganlah ikut aku, pi cuba dulu dua-dua tempat then baru tau..




6 comments :

Amanda Suria said...

Alahai...bila la dpt layan menda ni...nampak sedap..shell out pun x pi lagi

Diya Hanun said...

Mmmm,,,sedap nye..tapi sy allergik mkn seafood..sob3

Rizziela said...

Alamak... nak try ke tak.nak try ke tak

Cikna said...

Harga dia tp xpela skli skla ape slhnye... Mummy sllu pesan time sihatla kena mkn puas2 bila dh sakit ti lyn bubur je...;-)

sohoque Ismail said...

Perghhh menggugat iman aku nih. Dia x nak wat food review ke weyh

Sizzling Suzai said...

Heeehhehe tgh nk cri mkn ini malam kak oi singgah sni laaa bace