Wednesday, December 16, 2015

TIPS Pakaian Dinner Muslimah

Hi Korang,

Ada sedikit info yang aku nak share kat korang mengenai fesyen pakaian dinner muslimah ek

Fesyen adalah sebuah industri yang mempunyai sifat yang cukup dinamik. Betapa uniknya fashion industry ini kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang popular pada hari ini mungkin akan menjadi trend yang lapuk dan tidak digayakan lagi kerana sudah ketinggalan pada hari esok. Dengan kata yang lebih mudah, pengisian dalam setiap koleksi fesyen itu bergantung kepada trend yang sedang popular dalam pasaran. 

Tidak mudah untuk sesuatu trend itu untuk terus kekal diminati bagi tempoh masa yang panjang. Ianya seperti angin bayu yang menghembus, terasa sapaannya namun dalam beberapa ketika ianya lenyap berlalu begitu sahaja. Dunia fesyen di Malaysia sudah terbiasa dengan koleksi pakaian wanita terkini yang moden. Namun sejak kebelakangan ini kita dapat lihat trend fesyen terkini di Malaysia mengalami perubahan yang cukup ketara. Perubahan yang dimaksudkan ialah tentang perkembangan trend fesyen Muslimah terkini yang semakin menjadi pilihan dalam kalangan fashionista di Malaysia. 

Jom dapatkan tips menggayakan Muslimah dress dan ketahui dua jenis pakaian dinner Muslimah yang paling popular di Malaysia! 


Muslimah dinner dress yang semakin popular dalam pasaran ialah baju dress Muslimah terkini yang mana mempunyai rekaan yang lebih moden dan bergaya. Ianya merupakan pilihan yang sangat popular terutamanya dalam kalangan wanita berhijab yang urban.


Senarai ini tidak akan lengkap rasanya tanpa pakaian Muslimah terkini yang paling popular iaitu baju kurung moden. Baju kurung wanita ini mendapat sentuhan rekaan yang lebih glamour dan hasilnya adalah koleksi baju kurung moden terkini yang cukup cantik. Sehingga kini ianya menjadi antara pilihan baju Muslimah yang paling popular dalam kalangan wanita di Malaysia.

1 comment :

Shila Azizi said...

Kita pun banyak koleksi baju kurung moden...hehe...