Wednesday, December 2, 2015

"ICE-WATCH- LIGHT UP THE NIGHT RUN" Anjuran ICE-WATCH Jom Join Ek!

Hi Korang,

Ada event best bagi marathon runner kan. Alah yang minat lari suke suki pun boleh join.

Larian malam yang penuh warna-warni di sekitar Shah Alam. Boleh bawak anak-anak dan seisi keluarga pun tau. Exercise sket apalah salahnye kan


ICE-WATCH dan The Marathon Company, hari ini mengumumkan bahawa ICE-WATCH telah menjadi penaja rasmi buat kali pertama bagi "ICE-WATCH- LIGHT UP THE NIGHT RUN". Jenama jam tangan Belgium ini mempunyai bekerjasama event larian malam di bandar Shah Alam ini yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 5 Disember 2015 yang bermula dan berakhir dari Plaza Shah Alam.Perlumbaan akan merangkumi 5km & 10km laluan di sekitar bandar Anggerik ini.


Sebagai penaja utama perlumbaan, ICE-WATCH akan memberi sokongan sebaik mungkin. Selain itu penganjur tempat, Plaza Shah Alam akan menyediakan lokasi F & B dan pilihan membeli-belah kepada peserta terlebih dahulu dan selepas perlumbaan dengan jam dilanjutkan hingga 12 tengah malam. Ultron akan menyediakan pakaian T-shirt untuk semua pelari. A one-of­ kind Finisher medals merupakan acara kemuncak bagi peserta-peserta yang menyertai perlumbaan ini bermain warna-warna terang ICE-WATCH. Antara penaja lain termasuk Redbull Habib, Rocktape, dan Revive Isotonic drinks. Majlis tersebut juga akan menampilkan media bekerjasama dengan Maskulin Magazine dan Running Magazine dengan meriah menjadi Digital Partner.


"Partnering with The Marathon Company is a strategic step forward for our brand awareness and instilling healthy and competitive competition among new and avid runners," kata Dato Sri Meer Habib, Pengarah Time Zone Sdn Bhd, Malaysia yang merupakan pengedar eksklusif tunggal jenama tersebut di sini. "As a Malaysian­ based business, we have always wanted to be a part of such an iconic race since there has been other day-time races held in Europe & Asia and we could not be more thrilled to join The Marathon Company as the title sponsor."



"ICE-WATCH has achieved prominence across the global timepiece market and we look forward to delivering an unforgettable race experience here in Shah A lam, which is a first for this wonderful town" kata oleh Hafiz Md Khas, Pengarah projek The Marathon Company.

Setiap pelari yang sudah berdaftar di sini


(bayaran boleh rujuk kepada pautan) akan menerima sehelai t-shirt..

Apa yang menarik setiap pendaftar no. 6 untuk acara larian ini bakal menerima hadiah sebuah jam tangan ICE WATCH yang bernilai RM379. Dan bagi top 5 setiap kategori lelaki dan perempuan untuk jarak 10KM bagi menerima jam tangan ICE WATCH bernilai RM699.



Serentak dengan pengumuman penaja larian "Ice Watch- Light Up The Night Run" pihak ICE WATCH juga telah melancarkan secara rasmi pembukaan Galeri Ice Watch di Plaza Shah Alam.



Beberapa selebriti baru dalam bidang seni Malaysia telah dijemput bagi sama-sama merasmikan pembukaan galeri ICE WATCH di Plaza Shah Alam.






Cantik jugak koleksi terbaru ICE-WATCH ni ek. Ermm nak angkat ke tak ek? cantiksss sesangatlah

So korang yang kaki-kaki marathon tuh sempat lagi nak join event ni kan. Lagipun kat Shah Alam je. Kira macam fun run gituh lah, lari sket selfie je lebih hehehhe aku lah tu yang biasa buat kan hahahaha


3 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

cantik..angkat satu..kang menyesal...

Ros Ibrahim said...

Cantik gak jam ice ni. Mahal eh?

Diana Rashid said...

cantik2 la..padan la dengan harga dia..