Wednesday, December 23, 2015

Green Town DIMSUM Café, IPOH. Makan DIMSUM Lagi..

Hi Korang,

Citer pasal DIMSUM lagi ek

Kan aku dah cakap yang aku ni pencinta dimsum hahahahahahahaha…


Ok kali ni aku nak citer dimsum yang kitaorang pi makan ek, dekat Ipoh tuh. Kemain jauh bagai kan, alah hari tuh ktorang berhujung minggu di sana. Tak plan pun start keta terus jalan hehehehe..

Sebenarnya kedai tak de orang suggest pun, ktorang just google je kat mana tempat makan sedap di Ipoh then terus keluar kedai ni. Baguslah google membantu sungguh. Lagiplak kedai ini merupakan kedai dimsum yang halal so courselah jadi pilihan utama.

duduk luar dulu sementara tunggu meja kosong kat dalam

Sesampai depan kedai, ramai betul orang. Yelah time lunch kan, agaknya hari minggu semua makan luar kot malas nak masak. Nasib baik dapat tempat kat luar kedai, kira memuatlah memasing duduk sementara tunggu meja kat sebelah dalam. 




Tengok menu berpinau mata, banyak sangat nak makan hahhahahaha



Aku memang order dimsum je, orang lain siap order nasi claypot, bubur dan memacam lagi. Memasing betul-betul lapo tuh.




Ni je hah yang sempat di snap gambar coz yang lelain tuh dah masuk dalam mulut. 

Bagi aku harga dimsum ni tak delah mahal pun, kira berpatutanlah sesuai dengan ekonomi orang-orang kita, rakyat marhaen kan...

Greentown Dim Sum Cafe 
No 10, Persiaran Greentown 4, 
Greentown Avenue, 
30450 Ipoh. 

Tel:05-255 2010, 012-569 8876 
Business hours: 8am-9pm (closed Tuesdays) 

Datang Ipoh semata-mata nak makan dimsum je memang melampau lah kan huahuahauhaua..


Abis makan terus gerak balik ke KL tapi sempat singgah ke Kellie Castle kat Batu Gajah dulu, sesaje nak pi melawat dan memang tempat tu dah cantik sungguh.

Ok itu je

Nanti sambung citer dimsum lagi ek hahhahahaha


3 comments :

Aqilah Azmi said...

AAAAAAA DAPNYAAA

Diya Hanun said...

Tak pernah makan dim sum lagi..hehe..nmpk sedap

Diana Rashid said...

Memang kalau hari cuti semua malas masak.nak makan kat luar je.tapi beza dengan penang ni kak..hari ahad susahnya nak cari tempat makan yang buka.masing2 nak cuti sama..memang tak reti berniaga la depa ni..hahhah