Thursday, December 24, 2015

Rupanya Dah 416 Minggu Kahwin Ek!

Hi Korang,

Pelik benau tajuk entry ni.

Citer pasal kahwin pulak kann..

La betullah dah 416 minggu kahwin ktorang berdua ni so bersamaan dengan 8 tahun.

Pejam celik pejam celik dah 8 tahun hidup bersama, susah senang tu dah tentu kan so semua harung bersama.

Dah nama pun 8 tahun, segala perangai pelik, perangai tak senonoh semua dalam tangan memasing especially Mr Big lah, sebab dia pengingat orangnya tak macam aku all the time pelupa. Sebab tu planner handphone tu penuh dengan notes, itu pun kekadang boleh lupa jugak kan.

Anniversary ni pun dia yang wish aku pepagi tadi, celik je mata terus wish kat telinga. Terus mengambur aku bangun sebab langsung tak ingat. Bengong punye Cik Lily ek, tu lah banyak benau tengok Running Man memalam sebelum tidur kan.

Hahahhaha

Apa pun


Sayangku Syaiful Ridzman… Happy 8th Anniversary…

Semoga di panjangkan usia perkahwinan kita dan tabah melayani kerenah isterimu yang sengal ni ek hahahahhaa.

Tahun ni tak berjalan kemana pun coz ktorang baru je balik dari roadtrip ke JB last 2 week, so rilek-rilek kat umah simpan duit untuk travel jauh sket awal bulan depan ek.

Tapi nanti beli kek ek, kita potong jelah. Celebrate berdua... 


3 comments :

mama tisya said...

Happy 8th anniversary ciklily and husband.. Smoga berbahagia hingga hujung nyawa.. Jrg isteri lupa date penting, slalu suami yg lupa.. Tp xpe dh kata Mr big seorang pengingat kn 👍 👍 👍

Siti Rohaida Yusof said...

happy anniversary ciklily..

Haslinda Lynn said...

happy anniversary