Monday, December 21, 2015

NANAS Manis MD-2, Terima Kasih FoodBlogger Hazman Fadzil

Hi Korang,

Ermm nenas ke nanas ek?

Setahu aku nenas je sebutannya jarang aku dengar orang panggil nanas kan. So nenas lah bunyinya.

Favourite sangat tu tak ler tapi bila ada depan mata so bedal jelah.

hebat majlis penyerahan nanas di adakan di TTDI wokeh

ko cuba dulu tau, baru tau manisnya cam ne kan

First time aku makan Nanas MD-2 ni, terima kasih kepada foodblogger Hazman sebab beria-ria nak bagi aku cuba, siap jumpa kat TTDI lagi kan. Rupanya dia sedang mengusahakan perniagaan Nanas MD-2, dah jadi usahawan ek. Baguslah bangga aku dengan ko beb!

Bagi siapa yang tak tau or tak kenal nenas MD-2 macam aku gak ni, meh aku explain sket tau.


KENALI NENAS MD2

-Berasal dari Hawaii
-Dibawa masuk ke Malaysia pada 2008
-Rasanya yang lebih manis
-Berat antara 1.3 hingga 2.5 kilogram sebiji
-Rupa buah berwarna kuning keemasan dan mata yang besar
-Memiliki bentuk silinder dan segi empat lonjong
-Sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah
-Tahan lasak dan tidak mudah rosak
-Isi buah berwarna kuning dan padat
-Mempunyai kandungan vitamin C empat kali ganda lebih tinggi
-Jangka hayat yang lebih lama, 30 hari berbanding 21 hari untuk jenis buah yang lain. 4 -5 minggu di dalam peti sejuk.


Wow faktanya sangat menakjubkan ek.

Disebabkan aku ni memang sesangat busy time dia bagi tuh so aku memang tak sempat nak buat apa pun resipi daripada Nanas MD-2 ni. So kupas kulit, buang mata nenas tuh then makan sambil tengok tv.


Orang yang paling suka sekali adalah Mr Big lah kan, dia memang peminat setia nenas ni. Sebab katanya payah nak jumpa nenas yang manisssss nau. Selalu beli ktorang beli asyik kena peram je dulu then baru boleh potong. Ada ketika tuh terlupa nak potong then terus busuk tak leh nak makan.

So 2 biji Nanas MD-2 selesai 2 malam berturut-turut.

Balik keje je aku terus kupas, potong then simpan dalam fridge biar sejuk dulu. Kemudian baru ngap depan tv.


Kalau korang rasa teringin sangat nak rasa jugak Nenas MD-2 ni, korang boleh contact tokeh Nenas MD-2 ni di:



Telefon no: 

017 3162096 – Bob Nenas
019 6540296 – Rosnah
017 3611258 - Hazman


Harga sebiji Nenas MD-2 RM10.00 sajor

Kalau nak cepat, korang boleh pi pasar tani, pasar malam di kawasan Seremban, Senawang, Ampangan terutamanya sekali pasar tani Stadium Paroi dan pasar malam Sendayan. Eh kalau korang kat area Putrajaya, Cheras dont worry contact je Hazman nanti pepandailah dia arrange ek.

Ternyata memang sedap lagi manissss, tak rugi membeli la kann..

Thanks beb!

#NanasMadu
#NanasPotong
#NanasMD2
#NanasManis

4 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

tengok je dah rasa menjejes air liur ni..nyummy

Amanda Suria said...

saya suka...saya suka...hehehehe....i pun dah cuba dah...majlis penyerahan pun dah buat dah..hehehehe

tiga lalat said...

wahh kecor wak tenok nenas hawaii nih ., ;p

KiD said...

nanas manis MD2 ni sentiasa jadi pilihan...