Monday, September 14, 2015

Makan Di SHELL OUT, Sunway Damansara

Hi Korang,

Ini semua gara-gara Nora Danish ni lah kan, pengaruh social media sangat lah aku ni ek 

ahahahhahaha abah ko!


Dah lama je aku peratikan Nora Danish asyik duk pi makan kat kedai ni kan, so masa aku balik KL hari tuh sesampai je KL terus ajak Mr Big ke sini. Langsung tak de nak plan bagai, just klik insta Shell out ni untuk dapatkan address, type kat WAZE dan terus zoomm gerak lepas maghrib.


Sesampai dalam kul 8.15pm cam tu, kedai memand full house. Nak tak nak memang kena beratur, itulah sape suruh tak buat reservation kan. Nasib baik manager bukak meja kat tepi kedai ni terus aku offer diri nak duduk luar jadi selamat tak yah tunggu lama. 

Cara nak order? 

Argh tengok menu lah tapi untuk ktorang yang first timer sanggup aku tunggu manager tu free untuk explain kat ktorang cam ne nak order kan. Rupanya segala mak neka seafood ni kena order pakai gram, berapa gram korang nak kan. Ada yang combination set tu tapi malam tu dah abis plak one of the ingredients so dorang tutup order menda alah tuh.

Sudahnya ktorang orang ketam seekor yang di masak sekali dengan wedges dan jagung, udang masak lemon butter cam tuhlah namanya, scallop, dan soft shell crab.


Harap maklum kedai tak memang tak de pinggan makan ek, semuanya di hidangkan straight atas meja beralaskan kertas mahjong. So lambak je semua atas tu ek. Kira cost pinggan dan penat orang nak mengelap meja ek. 

Ok ok dah sampai... tada..

(disebabkan iphone dah tak de bateri dan ktorang malas nak kuar tepon untuk amik gambo so gunakan jelah camera yang takde flash ek, bukan tak de tapi malas nak jadi attention seeker. kang orang cakap ktorang jakun plak hehehehhe)

Udang Masak Lemon Butter Sauce

Soft Shell Crab


Crab Masak Dengan Wedges dan Jagung

Mintak maaf gambo scallop tak de sebab malas nak kuar camera, tangan dah kotor ek.


nampak? tinggal kulit semata je kan. semua licin

Hah duduk lah makan, tapi sesungguhnya kalau dapat nasi putih memang lagi layan makan lauk-lauk ni semua. Ermm memasing berlagak kengkonon nak ikut style cina makan sangat kan. Amik ko, sampai jilat-jilat jari sebab sosnya sangat sedappp.

Harga memang a bit pricey sket tapi berbaloi dengan apa yang ktorang makan. Hari tuh, ktorang makan pun dalam RM236 cam tuh sebab asyik keje menambah order Soft Shell Crab tu sebab sedap benau ek.

Nak pergi:

Shell Out
16-1, Jalan PJU 5/15,
Dataran Sunway Damansara

Kedai memang punctual bab tutup kedai ek, Kalau time kata kul 10, seboleh-bolehnya depan kedai dah mula malap dah lepas kul 10pm. Ktorang di antara customer yang paling last sekali bayar dan sempat interview manager restaurant ni ek. 

Korang yang kaki seafood, better terjah dulu Shell Out ni. Mana tau sesuai dengan tekak korang kan, so barulah same level dengan Nora Danish hahahahahhaha just kidding lah!





11 comments :

Amanda Suria said...

umanggg aiii...xdo pinggan? lambak je erk....hurm menarik ni..dekat pun dekat...

Siti Rohaida Yusof said...

uih...maheiii..tapi tengok macam puas je mr.big tu makan..hehe

mama tisya said...

tu la rmi gk tgk kwn2 pi mkn sini..meriah tp bab nk menunggu jenuh gk..tp dh smp tkkn tkmo mkn kn...bole reservation dlu ek...ada kwn tgu smp 2jam

Miera Nadhirah Tan said...

Woot woot... nampak sedap... terliur rasanya...

www.mieranadhirah.com

Diana Rashid said...

wah..harga nya..memang terbeliak biji mata saya kak..masuk makan dengan anak2 tak de nya nak order banyak tu je kan..hahah...

Sally Samsaiman said...

Hahahahaha...Sally nak g sini gamaknya laaaaaaaamaaaaaaaaaaa lagi laa....sekali berabis tu mau menanges :P

SHARIFAH NURUL IZZA TUAN AHMAD KAMIL said...

Kiranya p shell out ni mcm kita p ratah lauk la kn..

nabila said...

200+ tu korang makan bapa orang tu?

Azhar Anis said...

Lain kali bwak nasi kosong dr umah siap2 heee

Fiez Pro said...

Hebat dikk...

Anonymous said...

Hahaha lawaklah review ni...