Saturday, September 12, 2015

Lepak-Lepak Di Kilang BATERI, Tampoi Johor Bahru

Hi Korang,

Masih stuck di JB lagi, projek kene extend pulak.

Tapi sebenarnya #bossado aku yang tak bagi balik sebab nanti tak de orang yang boleh gaduh dengan dia sebenarnya kan hahahahha. La memang ye pun, ada je menda nak sakitkan hati aku kan hahahaha..


So last 2 week aku tak balik KL pun sebab sabtu pagi tu ada keje advertorial kat JB ni, ermm malas nak balik so lepak dengan kengkawan-kengkawan jelah. Diorang ajak pi Kilang Bateri kat Jalan Tampoi ni. Setahu dulu, dulu tempat tu memang kilang bateri Everyready tapi kilang ni dah pindah Singapore so someone dah take over tempat ni dan jadikan tempat chillax yang cool di JB ni. 




Dalam kilang ni separuh bahagian di jadikan tempat membeli-belah dan sebahagian lagi tempat makan. Actually masa aku pi hari tuh, banyak lagi kedai dalam proses nak bukak so banyak kedai baju, kedai jual barang rare, kedai VAPE, barbershop, kedai buku dan memacam lagi kan. Just bawak duit berkepok dan terus boleh shopping dengan gembiranya. 

Tak aku taklah sebab mane ada baju saiz aku kan huhuhuhuhuhu…




Sudahnya ktorang duk lepak makan jelah.

Amik ko memacam kedai makan ada, dari appetizer sampai dessert semua ada. Harga not bad plak tuh. 


nak ais krim jugak ek

ais jagung waw wow wiii

membuak nafsu makan kan bila tengok kacang pool ni

Makan, makan dan terus makan sambil borak-borak ek.

Kalau korang datang kilang bateri ni waktu petang senang sket nak parking sebab orang belum ramai lagi, cuba kalau korang pi waktu malam terutamanya malam minggu ermm parking sampai keluar-keluar jalan ko. Yelah tempat lepak sapa yang tak suker pi, dah lah sejuk kat dalamnya.

Alamat: No.83,Jalan Tampoi,81200 Johor Bahru.
Masa beroperasi :12-12 (setiap hari)

tengoklah mengedik plak cikgu ni kan, nak manjer2 pi kat laki ko ek hahahahha

Nanti nak pi lagi lah sebab tak puas jalan hari tuh sebab asyik duk makan je kan! Hahahahhaha

Selamat hujung minggu korang…

4 comments :

tiga lalat said...

okeh nnti senang2 nk singah gak., ;p

Amanda Suria said...

Clp Oiiii..tergoda den ngan makanan tu semua especially kacang pool tuh....sajer jer kan

Muhammad hafiz Akhir said...

Biarlah dia nanti ada masa kita pergi laa pulak lepak dekat Jb.Tak gituB-)

Siti Rohaida Yusof said...

kita pun tak pegi lagi kat sini..tuari lalu jerk..sesekali nak lepak jugak ler