Tuesday, September 8, 2015

Makan Sedap Di FIKCLES, TTDI

Hi Korang,

Ktorang memang jarang bebenau pi lepak area TTDI ni ek.

Yelah tak de apa tujuan so buat apa buang masa pun kan. Hahahahaha tapi disebabkan K Sue ni, ktorang pi menjelajah ke sana gak sebab nak cari lontong goreng. Betul la wei, ada jual tau makanan ni.


Lepas je korek-korek info dari K Sue, sampailah ktorang ke FIKCLES Cafe ni alah berhadapan dengan pasar basah TTDI sajor, nasib baik ktorang pi on weekends, kena time weekday boleh jadi bergaduh cari parking ni tau

Mesti korang ingat nama FIKCLES ni restoran omputih yang ala-ala urban dan sijil ke’halal’an tak berapa pasti tu kan but korang salah wokeh. Restoran ni dipunyai oleh 6 orang bumiputra sharepartners, dan dah tentukan HALAL..

Udah tuh, membebel lebih plak kan.

Meh intai deco-deco or enviroment dalam cafe ni.





Apmacam, cozy enought right ?

Ok ok now aku citer lah pasal makanan plak, ishk tak sabo sungguh korang ni ek.

Untuk drinks, kitaorang follow je apa suggestion Dino (Fikcles Manager) hari tuh. So dia cadangkan

Virgin Pina Colada

air kelapa dan jus nenas with grated coconut kat atasnya – rasa sedap, at least kena rasa 2 gelas baru awesome. Tapi kalau minum bebanyak kang sapa nak abiskan makanan ek

Tapping Tapir (Hibiscus and Lime flavor)

Kira ini macam minuman ala-ala air longchan tuh, keluaran tempatan, banyak flavour dan rasa not bad gak.

Masa yang ditunggu-tunggu, jeng jeng jeng

Memperkenalkan

Lontong Goreng


Um um um, tengok je dah telan air liur apatah lagi bila menikmatinya huahauha. Nasi impit yang digoreng bersama beberapa bahan tumisan simple dan langsung tak pedas. Dihidangkan sekali dengan papadom yang cukup meriah dan telur mata goreng. Kalau nak makan, kena makan sekali harung semua condiments tu kan, barulah menusuk kalbu gituh. Ktorang makan berdua je kalau sorang satu confirm tak abis kan

Salted Egg Squid Wrap

Nampak cam simple bebenau tapi betul kata orang, looks can be deceiving. Bila masuk dalam mulut, rasa keenakan telur asin bersama sotong ranggup tu terserlah. Sesuai untuk orang diet punya makanan ni.

Braised BBQ Short Ribs

As a main course pada hari tuh. Disebabkan lamb rack tidak menepati piawaian Dino, so diorang tak keluarkan lamb tu dan di gantikan dengan Braised Ribs ni. Dagingnya lembut sekali carik je dah putus, dihidangkan sekali dengan mashed potato dan vegie as dish. Sedap wei, gravynya

Last but not least, dessert time

Brownie With Vanilla Ice Cream

Ya ampunnnn. Normally kalau makan brownie dengan aiskrim mesti brownie tu agak keras sket kan but this one no. Lembut dan panas dan sedap melampau. Ada plak vanilla aiskrim on top, lagilah. Eh ada caramel sos pulak yang kat tepi-tepi bentuk love tu ek. Sedappp.

Coffee plak wei


I think satu latte dan satu lagi cappuccino. Di hidangkan sekali dengan chocolate chip biscuit. Haruslah kesip sedikit demi sedikit baru boleh nikmati keenakan kopi ek. Memang dasar hantu kopi sungguhlah hahahahaha


sedap lah dear ek..

ok amik gambo dulu sebelum makan

ok amik gambo dessert plak kan

nak kopi ke? hehehe

Bayangkan daripada kul 3pm sampai kul 5pm ktorang duduk lepak kat Fikcles ni. Mana taknya, sambil makan sambil borak sambil selfie sambil update social media bagai kan. Seronok ooo chillax di sini.

Dah meleleh air liur tu kan, jom singgah ke

Fikcles
11, Jalan Wan Kadir 2, 
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur


Hours:Open today · 10:00 am – 11:00 pm

Boleh cuba makanan lain dan nanti bagitau aku ek feedbacknya camne, kalau sedap, enak, lazat, berkrim, balik KL nanti aku pi singgah lagi ke FIKCLES ni ek hahahahahaha.

Di antara bebudak bloggers yang pernah makan kat sini adalah:



Selamat menjamu selera korang…

4 comments :

Hanim Hashim said...

meleleh dah ailio ni ...macam mana sekarang? hehe

Ima Sulaiman said...

Air Tapping Tapir tu nampak menggiurkan.
Hibiscus and Lime sounds delish!

Dapatkan tips terkini untuk ibu hamil

Diana Rashid said...

sedapnya sis...dia punya hidangan pun saiz besar..memang puas tengok..kalau makan pun mesti puas ni..

wani said...

nampak sedapp