Monday, December 28, 2015

Cara Bayar Zakat Dengan Mudah, Jom Kita..

Hi Korang,

Dah hujung tahun pun ek

Mesti majoriti dah duk standby simpan resit untuk claim income tax tahun depan kan, so banyak ke kena bayo? Haruslah.. aku sendiri berpeluh ketiak biar siapkan boring income tax LHDN ni walaupun semudah ABC..

Tapi korang masukkan Zakat punye column tak? La kenapa…

Sebenarnya penting oo kita bayar zakat ni..

Sini aku terangkan sket pasal citer zakat ni ek..

Tujuan utama kita berzakat, pertamanya ianya untuk membersihkan harta dan hati daripada sifat yang tercela seperti kedekut dan bakhil. Selain itu dengan berzakat ianya mengajar kita untuk lebih rasa ingin berkongsi sedikit sahaja harta yang dimiliki terutama dengan mereka yang benar-benar perlukannya.

Hah, nampak tak? 

Semuanya untuk kebaikan dan kesenangan kita di hari tua…

sumber : google.com

PPZ-MAIWP merupakan agensi yang telah diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memungut zakat harta di Wilayah Persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.. Dan pengagihan zakat atau program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak (rujuk pada asnaf seperti yang dinyatakan diatas) akan menerima zakat adalah di bawah tanggungjawab/selian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dan paling penting pihak yang memohon ianya perlu memenuhi syarat utama iaitu :

-Islam
-Warganegara Malaysia,
-Bermastautin di Wilayah Persekutuan dan berpendapatan rendah. 

Terdapat 28 jenis skim bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Antara sebahagian 28 skim bantuan yang ditawarkan ialah :

Bantuan Kewangan Bulanan (RM200 -500 sebulan), 
Bantuan Am Ipt (RM500-5,000 setahun),
Bantuan Am Persekolahan (RM420-1,200 setahun), 
Bantuan Persediaan Asrama Penuh (RM500), 
Bantuan Persediaan Ipt (RM1,000), 
Bantuan Perkahwinan (RM1,000-1,500),
Bantuan Perubatan & Dialisis, Bantuan Perniagaan, Bantuan Hutang, Bantuan Perumahan

dan banyak lagi...

sumber : google.com

Sebenarnya apabila kita mengeluarkan zakat ini kita membantu mereka yang sangat2 memerlukan. Mereka ini adalah golongan Asnaf. Asnaf Zakat ini terbahagi pula kepada 8 golongan yang akan dapat faedah daripada hasil zakat yang kita keluarkan. 

Ada 8 golongan asnaf zakat iaitu:

1. Asnaf Fakir

Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

2. Asnaf Miskin

Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

3. Asnaf Amil

Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

4. Asnaf Muallaf

Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

5. Asnaf Riqab

Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

6. Asnaf Gharimin

Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
 
Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya. 
Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak. 
Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan. 

7. Asnaf Fisabilillah

Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

8. Asnaf Ibnu Sabil

Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat: 
Putus bekalan dalam perjalanannya. 
Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan. 
Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan. 
Ditinggalkan dalam perjalanan. 

Tengok betapa ramainya orang yang dapat kita bantu sekiranya kita mengeluarkan zakat daripada harta kita. Kekuatan sebenar ekonomi Islam adalah pada pengeluar zakat ini seperti mana yang dibuktikan pada zaman kebangkitan Khalifah Umar al-Khatab. Di mana pada zaman itu Islam cukup bekembang dan maju serta telah menubuhkan Baitul-mal untuk menguruskan pembahagian zakat. 

sumber : google.com

Di antaranya cara2 pengeluaran zakat adalah seperti bertikut :-

1) Kaunter PPZ - Terdapat sebanyak 11 kaunter PPZ-MAIWP

2) Melalui portal - Laman www.zakat.com.my

3) Aplikasi i-zakat - Muaturun di Google Play dan Apps Store

4) Perbankan Internet - 13 buah bank yang di lantik

5) Skim Thohir - Potongan gaji bulanan

6) Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP

Kemudian segala kutipan zakat itu disalurkan kepada badan pengagihan yang telah di tubuhkan di bawah MAIWP iaitu Baitulmal. Mereka lah nanti yang akan mengagihkan hasil kutipan zakat yang korang berikan kepada 8 asnaf yang layak tadi. Jadi sebenarnya ia tak jadi masalah pun tentang kemana perginya kutipan zakat. Kita boleh lihat berapa ramai orang menerima hasil daripada zakat kita ni.

Jadi tunggu apa lagi laksanakan tanggungjawab korang untuk mengeluarkan zakat mengikut syarak yang di tetapkan. Jadi jangan jadikan alasana tiada masa kerana masa itu untuk kita gunakan rugi pada orang yang alpha dan lalai. Bukan banyak pun keluarkan zakat hanya 2.5% sahaja daripada harta yang layak untuk di zakatkan. 

sumber : google.com

Kalau korang nak maklumat lanjut dan lebih detail boleh ke laman2 yang di sediakan ini.

Facebook PPZ-MAIWP : www.facebook.com/myzakat

Laman web : www.zakat.com.my

Facebook Baitulmal: www.facebook.com/baitulmal.wp

Talian Zakat : 1300 88 5757

sumber : zakat.com.my

Actually ramai yang tak aware lagi mengenai kebaikan berzakat ni, ni aku dah terangkan sket hopefully korang paham ek...

Dah pi bukak account Zakat tu then pi bayo ek...

4 comments :

Dkna Abza said...

kadang-kadang kita tak sedar, bizi nak bayar cukai terlupa zakat pun kena bayar.. tq kak untuk info berguna

Shalimar Yusof said...

ada on9 senang la sikit..

Rizziela said...

kita buat terus dari pemotongan gaji aja..senang

keramik batu alam said...

terima kasih telah memudahkan kami tuk bayar zakat