Hi Korang,
Buat apa hari ni tadi??
Kak lily sempat ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 anjuran Pusat   Pungutan   Zakat   - Majlis   Agama    Islam   Wilayah   Persekutuan   (PPZ-MAIWP) yang bermula pagi tadi 1hb dan 2hb  Disember  2018 (Sabtu & Ahad) 
Karnival YEZ ni di adakan di perkarangan  Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa   Maju bermula dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang 2 hari ini. Saje kak lily pi pagi tadi sebab kalau awal pagi ni senang nak parking dan memacam menda yang boleh kak lily dapatkan tanpa gangguan orang ramai yelah kalau lambat sampai dah ramai pulak kan hehehehe
Kalau korang nak tau Karnival YEZ ini merupakan   satu  usaha  rnernpromosikan  dakwah  zakat  dengan  lebih meluas di sekitar Wilayah  Persekutuan Kuala Lumpur,  Putrajaya  dan Labuan agar ia dapat meningkatkan   prospek  pembayar  zakat  dan  secara  tidak  langsung  meningkatkan  kutipan zakat. 
Selain itu, ia juga bagi mendekatkan umum tentang kewajipan  berzakat terutamanya tentang zakat   harta  dan  juga   sebagai   satu   landasan   kecemerlangan   diri   umat   Islam   kepada penghayatan  agama  dengan  pelbagai  aktiviti  keagamaan  yang disediakan  oleh pihak PPZ-MAIWP. 
Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali
Karnival ini telah dirasmikan pagi tadi oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Kemain celotehnya mengenai kepentingan zakat, tak kering gusi kami semua tergelak-gelak tapi apa yang di sampaikan semuanya betul dan benar-benar berlaku di kalangan orang-orang melayu ketika ini. 
Hari ini juga tadi telah berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada pemenang untuk Kempen Skim THOHIR 2018 yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. dan juga pemenang Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn. Bhd. Tahniah kepada semua pemenang. Korang yang datang karnival sepanjang dua hari pun boleh menang hadiah cabutan bertuah yang bernilai RM10,000 dan memacam lagi.
Di samping itu, ia mendekatkan masyarakat tentang kewajipan berzakat. Ini kerana pada karnival ini mereka ada buka kaunter zakat bergerak dan kaunter Baitumal untuk sebarang urusan dan pertanyaan tentang zakat dan Baitumal.
Aktiviti  sokongan  seperti   Karnival  YEZ  2018  ini  amat  perlu  dilaksanakan   agar  ia  dapat menarik lebih  ramai  golongan  masyarakat Islam dalam  pelbagai  lapisan  umur dan jantina. Pelbagai aktiviti untuk  pelbagai  lapisan  umur dari  kanak-kanak  hingga  ke dewasa. 
Terdapat 90 booth menarik  yang  boleh didapati  di Karnival YEZ termasuklah  booth jualan  dari  asnaf dan lain-lain lagi adalah  aktiviti memanah,  pertandingan  azan dan pertandingan  Masterchef bersama Chef Zubir. 
Bagi menarik minat kanak-kanak  pula, antara aktivitinya  adalah Didi & Friends,  Maskot Omar &   Hana   dan   pertandingan    mewarna.   Antara   selebriti-selebriti   jemputan   yang   akan menyerikan  karnival  ini  adalah  Hijjaz,  Raihan,  Ustaz Wan  Akasyah  dan  Ustazah  Dato' Siti Nor Bahyah, PU Amin, PU Idris dan ramai lagi.
Kami memang happy bila event-event sebegini, selain dapat menimba ilmu dan makan-makan dan cuci-cuci mata window shopping ek
Info lanjut tentang aktiviti YEZ 2018 layari :
Facebook : https://www.facebook.com/myzakat
Instagram : https://www.instagram.com/pusatpungutanzakat
Hashtag rasmi : #PPZMAIWP #ZakatAkhirTahun #YearEndZakat
 





















 
 




