Saturday, December 1, 2018

Karnival Year End Zakat 2018 Di Perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju

Hi Korang,

Buat apa hari ni tadi??

Kak lily sempat ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 anjuran Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang bermula pagi tadi 1hb dan 2hb  Disember  2018 (Sabtu & Ahad) 


Karnival YEZ ni di adakan di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju bermula dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang 2 hari ini. Saje kak lily pi pagi tadi sebab kalau awal pagi ni senang nak parking dan memacam menda yang boleh kak lily dapatkan tanpa gangguan orang ramai yelah kalau lambat sampai dah ramai pulak kan hehehehe



Kalau korang nak tau Karnival YEZ ini merupakan satu usaha rnernpromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar ia dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan zakat. 

Selain itu, ia juga bagi mendekatkan umum tentang kewajipan berzakat terutamanya tentang zakat harta dan juga sebagai satu landasan kecemerlangan diri umat Islam kepada penghayatan agama dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP. 

Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali

Karnival ini telah dirasmikan pagi tadi oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Kemain celotehnya mengenai kepentingan zakat, tak kering gusi kami semua tergelak-gelak tapi apa yang di sampaikan semuanya betul dan benar-benar berlaku di kalangan orang-orang melayu ketika ini. 




Hari ini juga tadi telah berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada pemenang untuk Kempen Skim THOHIR 2018 yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. dan juga pemenang Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn. Bhd. Tahniah kepada semua pemenang. Korang yang datang karnival sepanjang dua hari pun boleh menang hadiah cabutan bertuah yang bernilai RM10,000 dan memacam lagi.



Di samping itu, ia mendekatkan masyarakat tentang kewajipan berzakat. Ini kerana pada karnival ini mereka ada buka kaunter zakat bergerak dan kaunter Baitumal untuk sebarang urusan dan pertanyaan tentang zakat dan Baitumal.

Aktiviti sokongan seperti Karnival YEZ 2018 ini amat perlu dilaksanakan agar ia dapat menarik lebih ramai golongan masyarakat Islam dalam pelbagai lapisan umur dan jantina. Pelbagai aktiviti untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hingga ke dewasa. 







Terdapat 90 booth menarik yang boleh didapati di Karnival YEZ termasuklah booth jualan dari asnaf dan lain-lain lagi adalah aktiviti memanah, pertandingan azan dan pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir. 


Bagi menarik minat kanak-kanak pula, antara aktivitinya adalah Didi & Friends, Maskot Omar & Hana dan pertandingan mewarna. Antara selebriti-selebriti jemputan yang akan menyerikan karnival ini adalah Hijjaz, Raihan, Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, PU Amin, PU Idris dan ramai lagi.




Kami memang happy bila event-event sebegini, selain dapat menimba ilmu dan makan-makan dan cuci-cuci mata window shopping ek



Info lanjut tentang aktiviti YEZ 2018 layari :
Hashtag rasmi : #PPZMAIWP #ZakatAkhirTahun #YearEndZakat




No comments :