Monday, December 31, 2018

Agrobazaar Online Challenge 2019, Berita Baik Untuk Pelajar IPT Yang Suka Berniaga

Hi Korang,


Ni kak lily nak kongsikan kepada adik-adik di universiti di luar sana ni.



Adik-adik yang minat berniaga dan ingin mendapatkan pengalaman menjalankan perniagaan sendiri dan yang penting untuk menambahkan pendapatan, korang patut sertai Agrobzaar Online Challenge ni ek


Apakah Agrobazaar Online Challenge ni?

Agrobazaar Online Challenge merupakan program yang mengunakan konsep New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) iaitu program baru MYAGROSIS yang melibatkan perniagaan atas talian. Ia dirangka untuk memberi pendedahan kepada golongan muda yang kekurangan pengalaman dan modal untuk menceburi “digital marketing”

NBME menggunapakai konsep Reseller/Dropship Agent dan menggunakan agrobazaar.com.my sebagai platform.

Pelajar akan dipilih dan akan di padankan dengan usahawan. Perjanjian persefahaman antara peserta dan usahawan diwujudkan meliputi perkara seperti komisen, stok dan penghantaran. Pelajar seterusnya menjalankan perniagaan dan mempromosikan barangan usahawan samaada melalui media elektronik mahupun secara konvensional.

Setiap transaksi akan dikemaskini dalam sistem Agrobazaar Online bagi tujuan urusan penghantaran barangan. Transaksi ini akan dipantau sepanjang masa oleh usahawan yang terlibat. Urusniaga yang dijalankan adalah tulen dan pelajar dapat menilai dan merasai sendiri cabaran dan imbuhan dunia perniagaan.


Bila ianya bermula?

Agrobazaar Online Challenge akan diadakan sebanyak 2 kali (2 semester) setahun di IPT Malaysia yang mempunyai Kelab Myagrosis. FAMA mensasarkan jualan sebanyak RM 10 Juta yang meliputi dua semester dengan penyertaan 13,000 pelajar di 112 IPT di dalam negara.


Pilot projek NBME telah dilaksanakan di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) pada julai hingga Ogos 2018 yang melibatkan 25 orang Usahawan Agrobazaar Online serta 505 orang Mahasiswa dan nilai jualan dalam tempoh program berkenaan adalah RM 64,131.52.

Agrobazaar Online Challenge yang juga merupakan konsep NBME merupakan pertandingan bagi mencari top seller di kalangan mahasiswa IPT.

Pelajar boleh membuat promosi dan jualan produk-produk usahawan secara terus ataupun atas talian. Bagi jualan secara terus, nilai jualan perlu dimasukkan di dalam sistem Agrobazaar Online bagi tujuan penilaian.

Melalui Agrobazaar Online Challenge ini, FAMA Mensasarkan jualan sebanyak RM 10 Juta yang meliputi dua semester dengan penyertaan 13,000 pelajar di 112 IPT di dalam negara. Setiap pelajar disasarkan menjual sekurang-kurangnya sebanyak RM1,000.00 bagi satu semester (6 bulan).


Bagi semester ini, Agrobaaar Online Challenge akan bermula mengikut semester setiap universiti yang menyertainya.

Langkah-langkah yang perlu di patuhi

Syarat Penyertaan?

1) Terbuka kepada semua ahli kelab MyAgrosis IPT.

2) Perlu mendaftar sebagai ahli MyAgrosis http://bit.ly/myagrosis

3) Peserta hendaklah berdaftar sebagai ahli NBME melalui Portal Agrobazaar Online - http://bit.ly/nbme2019

4) Penyertaan perlu melalui Kelab MyAgrosis IPT

5) Jualan dan semua transaksi jualan hendaklah melalui portal Agrobazaar Online sahaja.

6) Peserta terbaik akan dipilih berdasarkan 3 kriteria iaitu;-
      *Nilai Jualan Tertinggi
      *Bilangan Jualan Terbanyak dan
      *Penyediaan Portfolio Jualan dan Aktiviti Pemasaran 
        yang dijalankan.

7)Tempoh pertandingan bermula dari semester pertama dan semester kedua tahun 2019

8) Nilai jualan diambil kira setelah disahkan jualan atau close sale dilakukan di dalam portal Agrobazaar Online


Hadiah yang ditawarkan?

Pemenang Agrobazaar Online Challenge akan ditentukan pada setiap hujung semester. Nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM200,000.00

So adik-adik dah bersedia ke untuk Agrobazaar Online Challenge ek


Untuk dapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi secara:


Telefon : 03-61262020

Datang ke

Cawangan Pemasaran Online 
Bangunan FAMA Point 
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor

#agrobazaaronlinechallenge

Mari LIKE dan FOLLOW AgroBazaar Online di social media berikut : 

FACEBOOK : 

INSTAGRAM : 



21 comments :

Amanda Suria said...

Wah...berita bagus untuk student2 yang nak menjana pendapatan sampingan kan..menarik program ni..at least membantu student- student yang sememangnya memerlukan perbelanjaan yang banyak..bagus Agrobazaar Online buat contest macam ni..banyak tu 200k

Julia Mahir said...

Bagusnya Agro Bazaar ada online pulak. Siap ada resller and dropship plak tu. Leh la org lain buat duit saku sikit kan. Lagi2 student yg hujung sem selalu poket kering. hehe

CXopportunities said...

Menariknya. Kenapa masa cx jadi student dulu takde? Kenapa baru skrg? Cx dahlah suka bab² bisnes ni. Zmn studi pon siap buat part time jual nasi lemak. Hehe bagus inisiatif mcm ni. Memupuk semangat berdaya saing dan bijak mengatur masa. Terbaik! Rugi kalau student tk join.

Airah Syahirah said...

whoa hadiah dia lumayan nya.yang melepasi syarat penyertaan tu jangan lepaskan peluang nak turut serta.rugi jugak ni kalau tak join

Ana Suhana said...

Wah untung nya pelajar sekarang. Macam-macam inisiatif dirangka untuk mereka expose kan diri dalam bidang perniagaan dan pada masa yang sama tambah duit poket. Nu siap ada contest lagi. Hadiah menarik pulak tu. Rasa nak jadi pelajar je balik. Hehe

amirnawawi said...

Wah terbaik la program ini. kalau saya masih student, konfirm saya dah masuk ni. Mana tidaknya,. hadiah pun menarik kot. RM200,000 kot

Mimi Azirah said...

Untunglah student sekarang ni. Yang mana suka berniaga dan cari duit poket lebih boleh join agrobazaar online challenge 2019 untuk kembangkan lagi business diorang kan. Selain daripada tu beri mereka peluang bersaing sesama sendiri untuk meningkatkan business sekaligus melayakkan mereka pulang dengan hadiah yang lumayan.

Emilinda said...

Teringat pulak emi zaman belajar dulu memang suka berniaga. Dari berjinak2 buat dropship, sampai la berani ambil stok sendiri utk dijual. Hehe

penaberkala nuar said...

Bagusnya program macam ni. Sambil join challenge, sambil kutip ilmu. Duit dapat, ilmu dapat. Beruntung students sekarang, macam-macam kemudahan ada untuk berniaga dan mumulakan langkah dalam business. Terbaik km

Cik Puan Ena said...

Wahh kalau zaman ena blaja dulu ada kan best. Boleh join program ni. Sgt2 sokong. Kadang pegi shopping mall kan nampak expo 1uni ni buat jualan. Bagus da diterapkan sifat keusahawanan. Sbab ramai graduan skrg xterus bekerja makan gaji, ada yang lebih suka memulakan bisness. Cuma kena pandai cari peluang dan teknik pemasaran yang betul.

Hanny Abdullah said...

Wowww hadiah dia cukup lah menarik sangat sangat..rugi kalau adik2 tak join. Sape yang menang tu tersangatlah bertuah. Yang join tu semoga berjaya ya

Jia Shin Lee said...

This is a great way to start your own business, can know more about it and learn how to start, sometimes being a small biz owner is better than working for someone.

Tekkaus said...

Memang baik untuk mereka yang inginkan pendapatan extra kan . :) Memang aktiviti yang baik untuk mereka yang nak berjinak-jinak dengan bisnes.

alia farhan Said said...

Perghhh good luck adik2 yg join program ni. Kalau menang hadiah masyuk gila. Apsal ka xda time kita belajar dulu. Time tu suka gila kot meniaga

Syafiera Yamin said...

i ingat agrobazaar ni tempat orang membeli belah.. harap masa datang nanti ada produk terbagus untuk kesihatan lah nampak macam menarik je.. cepat siapa yang sudah bersedia cepat join... heee..bagusgak siap ada buat contest untuk peserta yang terbaik gitu

Henry Tan said...

this is almost like the YE program that i went for as advisor! good to see more program like this to cultivate entrepreneurship! we need more in malaysia!

How to deal with markets ups and downs?

Mek Onie said...

Homai! Hadiah dia RM200k tu, berbaloi yang amat dan rugi kalau student tak tanamkan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan ni. Sambil kutip ilmu berniaga sambil menang hadiah why not kan? Mesti best!

Azni said...

Haaa i tau sgt agrobazaar online ni. Kalau nak dpt produk makanan lokal kat sini lah banyak. Bagus kalau student cr pwluang ni utk tambah income

Nina Mirza said...

Wahh.... Peluang baik bagus ni tuk bakal. Usahawan muda. Hadiah lumayah sungguh tu... Boleh laaa buat modal niaga nanti. Good luck

Cik Min said...

Bagus program camni utk pupuk semangat keusahawanan pada golongan pelajar..moga semua pihak mndapat manfaat dengan program sebegini

Mouse Mommy Treats said...

Program yg baik ni dapat latih pelajar utk cari pelbagai cara utk buat pemasaran, budgeting, planning, time management, teamwork dan sebagainya.