Monday, December 24, 2018

Murah Harga Produk Elektrik Di Desa Home Theatre One City USJ Ni Ek.

Hi Korang,

Patah kaki kak lily bila oven buat perangai kan!! 

Yelah kengkadang tuh, kita nak jugak masak resipi yang bakar-bakar guna oven tuh. Dah beria-ria siapkan bahan tup-tup Oven tak boleh ON plak, aduimak terbantut mood ahkak ko ni nak masak kan. Mencikkk.. 

So surveylah oven di kedai elektrik 2-3 tempat kat kawasan umah kak lily ni, mak oi harganya kemain melambung ek walaupun sekecik barang. So tangguhkan niat untuk beli oven buat masa ni. 


Kebetulan hari tuh, kak lily jalan-jalan di One City ni, alah Mr Big kan ada je menda alah nak dibelinya so sampailah kami kemari. Ermm tengah jalan-jalan tuh tak sangka plak ada kedai barang elektrik dalam One City ni. So kami singgahlah ke DESA HOME Theatre ni ek. 

Hajat hati saje nak cuci-cuci mata je ermm tercuci habis mata ni kan. Banyaknya produk elektrik di jual pada harga lebih murah dari kedai elektrik biasa kat luar tau. 

Memula kitaorang tengok oven je dulu, lepas tuh melarat-larat tengok barang lain plak. 



tengok speaker plak Mr Big ni

nipis betul tv ni wei, bestnya



tengok audio lagi


suker plak kak lily dengan front load washing machine



TV ada, radio ada, peti sejuk, mesin basuh, freezer, seterika dari yang biasa sampai yang canggih, audio stereo, air cond, dapur dan macam-macam lagi. 

Harga Lebih Murah 

Memang betul, kak lily perasan harga barang di kedai Desa Home ni jauh lebih murah dari kedai elektrik yang biasa. Memang murah banyak jugak dalam lingkungan RM100-200 jugak tau, nampak kita boleh jimat kat situ. 

Servis Penghantaran 

Kak lily tanya jugak camner dengan servis penghantaran? 

ok bos boleh hantar barang terus ke rumah tau

Kata sales person kat situ, ermm kalau di dalam Lembah Klang ni PERCUMA je tapi kalau luar Lembah Klang hanya bermula dari RM80 untuk satu trip. Oklahkan beli macam-macam dan banyak plak tuh then servis penghantaran RM 80 je 

Servis Pemasangan 

Let say kalau kita beli produk elektrik yang memerlukan orang ketiga pasang macam air cond ke water heater ke kan, jangan bimbang lah pihak Desa Home ada jugak servis pemasangan ni. Tapi adalah harga tertentukan kan, maybe macam kena tambah wayar ke, hose ke kan so itu kita kena bayarlah. 

air cond ni murah jugak

Habis dah kak lily tawaf kedai Desa Home Theatre ni 2-3kali untuk survey barang apa nak beli kan, yang penting harga ovennya lebih murah uollss 

Dan sekarang ni Desa Home Theatre ada promosi ‘Christmas Clearance’ jugak tau. Korang tengok poster-poster di bawah ni ek 








Tv tuh memang kak lily dah aim dari hari tuh lagi tau hehehhehe 

By the way, meh korang singgah di 2 outlet Desa Home Theatre ni ek. 

­čôŹDirection for DESA HOME, OneSpace Outlet:
Google Map : https://www.google.com/…/One+Spa…/@3.0205881,101.5797021,17

­čôŹDirection for Kepong Outlet:


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram : 


2 comments :

farah adila said...

seronok lain macam kan kalau dapat harga murah ­čśŐ

MrsEnoxis said...

Murah aircond dia. Menarik ni.