Tuesday, December 11, 2018

WHIMSICAL CHRISTMAS Di Rasai Di Alamanda Shopping Centre

Hi Korang, 


Lama betul tak ke Alamanda Shopping Centre ek, dulu rajin gak ke sana tapi sejak busy keje sampai malam ni memang dah jarang ke sana. 

Kebetulan public holiday di Selangor ni hari ni, so tadi tak de apa program terus je ke sana, alah jalan-jalan cuti mata kan, singgah makan dan membeli belah sket. 

Wah kemain cantik lagi ek, di dalam Alamanda ni. 


Bertukar menjadi lain tau hehehe… Dengan bertema ""Whimsical Christmas" keseluruhan kawasan di centre court di Alamanda Shopping Centre ni bertukar menjadi sebuah bandar bunga poinsettia yang menakjubkan, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni dan pokok krismas bersalji dan perhiasan yang diilhamkan oleh kristal yang menarik. Yang best tuh, taman yang indah ni di jaga rapi oleh tentera Nutcracker yang macho tuh.


Seriously sama cantik macam Suria KLCC kan, yelah Alamanda Shopping Centre dan Suria KLCC ni di bawah satu group mall yang sama so haruslah tema Krismas tuh mestilah sama jugak kan.

Terus kak lily ke Centre Court ermm apalagi bergambar lah kan 



Cantik betul hiasan dekorasi di dalam Alamanda Shopping Centre ini, bukan kak lily je yang poyo bergambar tau tapi ramai jugak pengunjung tak lepaskan peluang untuk bergambar di patung-patung Nutcracker gergasi ni hehehehe 

Berbelanja dan Nikmati Ganjaran 


Untuk korang pengujung setia di Alamanda Shopping Centre ni, ada berita baik tau. Dengan pembelian minimum RM650.00 dengan maximum 2 resit daripada store yang terpilih korang boleh menebus hadiah misteri. 

Redemption counter terletak di Centre Court ni 

Hadiah-hadiah misteri seperti gabungan shopping voucher ataupun hadiah premium dari Alamanda seperti Cosmetic Pouch, Condiment Pot dan T-shirts. Menarik bukan. 

Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalChristmas

Tapi ingat tau, kempen ni bakal berakhir pada 2 Januari 2019. 

Pertunjukan Istimewa “Christmas” 8 Disember – 25 Disember 2018 


Selain daripada dapat bergambar patung-patung nutcracker yang besar tuh, korang jugak boleh saksikan beberapa pertunjukan istimewa yang akan di pertontonkan kepada para pengunjung Alamanda Shopping Centre daripada 8 Disember sehingga 25hb Disember 2018 ini. 

Di antaranya adalah : 

Christmas Carolling 

Santa & Santa Rina Meet and Greet 

Santa & Santa Rina Walkabout 

Acoustic Performance 

Christmas Dance 

Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalPerformances

Aktiviti VIKIDS Di Hujung Minggu 


VIKIDS Club merupakan kelab kanak-kanak di bawah naungan Alamanda Shopping Centre dan VIKIDS Club ini tidak juga ketinggalan mengadakan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang hadir di Alamanda Shopping Centre pada setiap hujung minggu sehingga Krismas nanti. 

Di antara aktiviti yang disediakan seperti : 

Sand Art Workshop 
Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS 

DIY Snow Globe Workshop 
Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS dengan minimum RM50 jumlah pembelian di dalam satu resit 

Christmas Colouring Activity (by Rotiboy) 
Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS 

Bagaimana untuk menjadi ahli VIKIDS? 

Hanya dengan berbelanja minimum RM50 di bahagian kanak-kanak / maternity stores dan kemudiannya mendaftar di bahagian information desk. 

Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalVIKIDSActivity

Kempen CSR Bersama Hospis Malaysia 


Di kala kita bersuka ria, golongan-golongan yang kurang bernasib baik ni tak patut dilupakan jugak kan. Dengan ini Alamanda Shopping Centre juga turut bekerjasama dengan Hospis Malaysia dalam mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program penjagaan paliatif. 

Penjagaan paliatif adalah program khusus untuk orang yang menghidap penyakit yang membatasi nyawa dan ia memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup untuk pesakit dan keluarga. 



Bermula dari 8hb Disember 2018, pelbagai aktiviti di jalankan bersama Hospis Malaysia seperti Face dan Body Painting untuk kanak-kanak 




Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalCSR

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan aktiviti Krismas di Alamanda Shopping Centre  sila layari : 

Alamanda shopping Centre : https://www.alamanda.com.my/


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 



18 comments :

Abby Onety said...

Hi kak Lily apa kabar. Senang lihat banyak foto di Alamanda Shopping Centre. Banyak rancang untuk perayaan natal disana. Boleh nih kapan aja ke Alamanda Shopping Centre

Sherry Go Sharing said...

a few year I haven't been to this mall. Time fly, glad you shared here, can buzz my dear of this mall decoration.

mama tisya said...

bila krismas je syok pegi shopping mall ni sbb suka tgk dekorasi krismas cantik2...lps tu ada mcm2 aktiviti..bw ank2 suka la ni

amirnawawi said...

Wah banyak jgua aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak alamanda ni ya. saya dah lama tak berkunjung ke sana.

Almaklumlah jauh dari rumah. tapi saya suka ke sini, sebabnya tenang dan tak sibuk,.

CXopportunities said...

Menariknya. Cantik² dekorasi nutcracker gergasi tu. Kalau cx pon mmg akn ambiambil kesempatan untuk bergambar. Cantik kot. Siap ada gambar dengan santa lagi. Best³. Face painting tu comel. Nak juga boleh tak? Hahaha

Syafiera Yamin said...

nampak kecik gambar kak lily, Tapi i dah lama tak pergi alamanda sejak wujudnya IOI CITY mall, dulu kemain rajin lah lepak alamanda sebab duduk kajang utama... hahah dulu time bercinta ni la port yang dok lawat... hahahahaha... nanti nak check out lagi la alamanda ni.. best lagi tak macam dulu huhuh..

Nina Mirza said...

Menarik yaaa aktiviti di Alamanda. Bagus! Nina jarang sekali ke sana sebab jauh dari rumah. Apa pun cantik sekali decorating Christmas di sana. Beruntung dekat rumah awak..

Mahamahu said...

Bestlah Cik Lily dapat sambut krismas kat ALamanda tak perlu kita nak pergi luar negara nak dapat rasai sambutan kemeriahan krismas ni kat Malaysia pun dah meriah cantik dibuatnya dan banyak aktiviti ini...

Ruby said...

Saya bawa anak ke Alamanda. Kemain seronok la mereka. Selalu pi Alamanda pi cari makan kat RASA food court aje. Bila pergi musim Christmas, Santa, Santarina, Penari, Deko, Keretapi, Buat Snow Glob dan lukis tangan. Haaaa mau tak minta lagi nak ke sana. Nutcrackers Army tu memang kelainan la. Mall lain mana ada.

Hanny Abdullh said...

Sis ni kalau tak ada hal mustahak atau kerja memang tak gi le ke Alamanda ni..jauh bebenor nak ke sana..hehehe. Tapi kalau ada yang nak membawa..seronok gak..leh le cuci2 mata sambil shopping kat sana

Henry Tan said...

so good to see alamanda is so happening! i remember last time when i was studying in cyberjaya, we were so grateful for alamanda the only nearby shopping mall with cinema haha

How to deal with markets ups and downs?

Nadia Johari said...

Kalau kristmas.. Semua shopping mall dekorasi cantik-cantik. .Alamanda punya pun ni nampak menarik.. Bagus apa yang dibuat, belanja dapat hadiah, lepas tu golongan bernasib baik turut sama dirai.. Wah naka jak husbd p almaanda la. .Tak pernah pergi lagi

Syamimi Saad said...

Cantiknya di Alamanda. Mall besar kan. Memang akan dihiasi cantik-cantik.
Mersing takde mall. Tak best la. Tak boleh nak tengok keindahan sambutan krismas tu.

Zharif Azis said...

baru je pergi Alamanda bulan lepas tp masa tu macam kosong je lagi tak ada hiasan2 krismas nie. nanti nak singgah lah ke alamanda nk tgok sndri kecantikan whimsical christmas nie. siapa da charity lg. boleh lah sekali join

Alia Farhan said...

Comelnya. .kalau mak budak pun nak mintak lukis butterfly kt muka boleh tak.. Hahahha. Tapi saya mmg suka tengok deco xmas dkt mall masa ujung2 tahun ni. Tak dpt nak pi luar negara pun xpa lah.. Dpt tgk dekat mall kan

INNANIE ARIFFIN said...

kemain lawa lagi hiasan christmas dorang. kadang rasa macam dalam alice in wonderland!

Mouse Mommy Treats said...

Comelnya snow globe tu. Siap kanak2 blh DIY sendiri. Mesti best! Nnt mouse mommy bawa ank2 nak join skali.

saidila said...

haaa katanya kat sini lepas kita shopping dalam 2 resit dengan jumlah yg ditetapkan kita boleh dapat hadiah lagi ....besttt betul...peluang sungguh bagi yang memang tengah on mood shopping year end sale.....nanti nak terjah jugak alamanda sebab nak cari brg travel....