Sunday, October 23, 2011

#GTBMY Konspirasi Terhangat Dalam Dunia Blogging Malaysia

Hi Korang,

Kini terbongkar satu geng blogger yang telah menghangatkan segala konspirasi dunia blogging di Malaysia ini. 

Jeng!Jeng!Jeng!


Kini terhangat di pasaran. 

Jom check it out kengkawan. Pelbagai info mengenai dunia blogging korang leh dapat dalam www.gengtalibarut.com nie.





TQ PBB - Dapat Beg Picnic Pulak

Hi Korang,

Penat nak citer bebanyak lah coz semalam je ada 3 event aku kena attend. Rasa cam nak tercabut kaki ni asyik duk tekan pedal minyak je kan. So aku citer sket  pasal Mr Big ek.

Eh Mr Big ada event jugak. Apa lagi annual dinner company dia lah kan. Seperti biasa aku di tinggalkan coz policy company dia tak leh bawak spouse kan. Khas untuk staff je. So aku jadi driver dia anta dan amik dia kan coz dia malas nak bawak kete, leceh katanya.


Tahun lepas, dia dapat beg pi haji as goodies bag. Berat plak tu coz memacam ada. Then tahun nie dia dapat beg picnic plak. Aku yang seronok, tambah lagi beg collection aku kan.


Ok gak kan. Kira macam tote bag gituh lah. Tapi bukan tu je, dalam beg picnic tu ada tong bir plak. Hehehehhe aku memain je. Gila apa nak bagi tong bir. Its actually stainless steel food container lah. Alah yang macam mangkuk tingkat tuh. 

Ermm now tengah tunggu dia balik, ntah apa plak lucky draw dia dapat tahun ni plak kan. Hopefully something meaningful untuk dia lah kan. Aku dah tiup2 tadi no lucky draw dia.

Oh ye, rasanya blogger tegar ni pun dapat sama gak cam Mr Big ek. Maklumlah diorg ni satu bangunan rupanya, baru aku tau. 

Fuh!fuh!fuh!.. memintak lah kena kan..


Saturday, October 22, 2011

Julai Oh Julai


Hi Korang,


Macamana aku boleh terlupa nak tulis pasal apa yang terjadi kat aku bulan Julai hari tu kan, so meh sini aku citer sket lah. Dah lama kisah nie, so aku ingat2 lupa je lah ek





Event

Aku boleh plak terjumpa Fahrin Ahmad masa product launch Garnier then dapat jugak tengok konsert David Archuleta kat Stadium Negara. Dapat jugak invitation makan2 kat Le Meridien Hotel dan juga Kunyah Cafe, Seronok juga dapat lepak dgn VIP Maxis kat Alexis Bangsar, dapat makan2 dengan @Churp2 kat Mark Place. Ada plak kenduri garnier kat Shah Alam dgn Lisa Surihani, ktorg dilayani macam VIP betul lah. First time pegi DiGi Wow Awards kat KL Pac. Mr Big menang BMW masa  kat Bloggers Sport Carnival dan aku dapat jemputan ke Universal Music Night.

Premiere Screening
Dapat premiere screening banyak but aku sempat pi tengok satu je 'Take me home'. Not bad gak citernya. 

Outing
Yang ni best coz dapat main Go-kart dengan Majalah Intrend kat Sunway Lagoon, Outing dgn bebudak opis kat penang dan merasa jugak aku bawak BMW tau.

Skills
Ada 3 product review yang aku kena buat. Alah semuanya barangan skin care. Seronok gak lah




Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang dan juga personal media invitation. So thank you tau korang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya. Walaupun letih cam ne pun aku mesti buat jugak sebab keseronokan yang di rasai tu kan..


Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan Jun ni. Yang penting bersabar dan rajin ok.

Hopefully bulan Oktober lagi best lah hendaknya ek.. Oklah nak sambung buat entry dulu.. Choas...

All the best korang