Monday, March 23, 2015

Makan Bubur Nasi Style Cina

Hi Korang,

Kita orang melayu ni femes dengan bubur lambuk, bubur asyura, bubur nasi biasa yang letak lauk-lauk tu kan.Pernah makan bubur nasi dengan you tiao?

Mesti ramai cakap tak pernah kan.

Cuba aku letak gambo


Mesti semua cakap, ooo pernah makan ni, selalu makan ni kan. Itulah sebab nama yang pelik terus je korang dah ingat lain. Ye makan bubur nasi kosong dengan you tiao atau pun kuih cakoi yang di goreng panas-panas, sangat style orang cina sungguh.



Sebenarnya aku singgah makan bubur nasi ni kat G Tower hari tuh sebelum event Avon start, jejalan kat food court level bawah ni then ternampak pulak kedai makan ni, so apa lagi terus order dan duduk makan.

Apa rasanya ?



Nak rasa apa, rasa sedap lah. Sebab semuanya panas-panas, mau nak melecur gak mulut aku masa first suapan tuh, yelah ingatkan bubur tu tak berapa panas la rupanya amikk ko !! Rasakan tak menyempat-yempatkan hehehehehhe


Nasib baik ada air soya sejuk penghilang dahaga sekali.

Ingat time demam je ke boleh makan bubur nasi, bila-bila pun boleh lah asalkan tekak teringin. Tapi payah sket nak cari bubur nasi style cina ni kan, kena pandai tengok tempat. Even kat food court besar-besar pun belum tentu boleh jumpa bubur style cam ni

Tup-tup teringat bubur Sentosa kat JB... arghh bile nak balik JB ni ek.. Aku winduuuuu!!!...



Tak De Rumah 4 Hari, Busy Berjalan

Hi Korang,

Tengok berapa lama tak update blog kan.

Itulah tak de depan laptop lebih daripada 4 hari. Nampak nau ke'busy'an nya semakin terserlah. Alah bukan pi bercuti mana pun, keja je semua ni.

Ok meh banjer satu gambo dulu ek.


Confirm korang rasa cam sakitnya ku di sini di dalam hati ku (sambil letak tangan kat dada kan) tapi tak terucap dengan kata-katanya. Yelah tengah-tengah minggu boleh bersantai-santai di tepi pantai yang indah ni.

hehhehe

Ok back to work, petang sket baru citer.

By the way, jangan lupa join 2 giveaway aku yang tengah hot ni.



Jangan lupa ek, semuanya dateline minggu ni..


Saturday, March 21, 2015

Jom Shopping di Market 15, The School JAYA ONE Weekend Ni Ek.

Hi Korang,

Weekend ni kat dah cukup bulan kann

Apalagi moh shopping sementara belum kena GST ni ek!!. Eee jangan sebut pasal GST please..

Ok ok ni aku nak war-warkan ni…


Markets 15 yang merupakan Bazaar suku tahun oleh Jaya One akan bekerjasama dengan The One Academy bagi melancarkan Hunters & Collectors Fair yang bakal berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Mac 2015 daripada pukul 11 pagi hingga 7 malam. 


Terkenal dengan spektrum luas daripada persembahan khas curated dari fesyen, vintage finds, aksesori, perkakas rumah, artisanal food and unique one-offs oleh para usahawan tempatan, bazar seperti karnival suku tahunan akan menjanjikan hujung minggu yang menyeronokkan bagi peminat fesyen dan penggemar makanan juga. Untuk menghidupkan suasana, Markets by Jaya One baru-baru ini telah memperkenalkan jenama unsur hiburan baru; yang dengan itu berfungsi sebagai platform untuk individu-individu berbakat untuk mempamerkan apa yang mereka suka buat.



Mempunyai darik-kira 100 vendor, 250 pelawat pertama pada setiap hari akan mendapat untuk berjalan kaki dengan beg hadiah istimewa terdiri daripada pelbagai baucar membeli-belah daripada vendor yang mengambil bahagian. Pelawat berada dalam untuk merawat menarik seperti The Hunters & Collectors Fair diketuai oleh pelajar kreatif The One Academy mahu melihat pelbagai barangan mereka Semata-mata buatan tangan: seperti alat tulis, pakaian dan perhiasan knacks dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. Untuk menambah keseronokan, mereka juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti menghiburkan iaitu prize hunting and board drawing di The Tree di tingkat yang sama.


Peminat fotografi akan teruja sebagai Markets 15 akan mengadakan Instagram Hunt, di mana para pesertabberpeluang untuk memenangi mana hebat one-of-a-kind items barangan dari koleksi Hunters & Collectors Fair. Korang hanya perlu mengambil gambar tiga gerai kegemaran korang dan memuat naik gambar-gambar untuk akaun Instagram korang.

Well well well.



Korang mesti dah excited kan bila dengar pasal bazaar-bazaar shopping ni. So haruslah simpan duit gaji sket untuk shopping pada weekend nanti ek


Untuk maklumat lanjut mengenai Markets 14, sila layari laman Facebook di www.facebook.com/themrkts

Ok ok jangan lupa bawak beg plastic sendiri ek, kan Saturday no plastic bag day...

Thursday, March 19, 2015

Kambing Perap Sos Lada Hitam Budak Kampung Yang Sedap Sungguh!

Hi Korang,


Kan aku bukan penggemar kambing, alah bukan apa-apa pun. Saje malas nak makan. Kang kalau jadi peminat kambing tegar, pening plak Mr Big nak bawak aku pi makan kambing tiap-tiap hari dan tuh berebut pulak dengan dia. 


So dia rasa bersyukur sangatlah kan hahahahhahaha

siap diberikan extra sos

Tapi bila blogger Madi bagi ktorang cuba Kambing Perap Sos Lada Hitam ni aku rasa cam teringin pulak nak makan kan. Sebab apa, bila aku bukak je tutup tupperware tuh baunye bukan main membangkitkan jiwa.




Balik tu masuk dalam freezer dulu coz belum nak makan lagi then bila dah agak time dinner tu, keluarkan dulu ½ jam sebelum. Aku malas nak guna microwave untuk defrost kan. Sudahnya Mr Big yang siapkan semuanya, masak kambing, buat mashed potato semua kan.



Aku goyang kaki sambil siapkan advertorial yang melambak ni huahuarhuahrau nak nangis ooo

Hasilnya tada

Sepinggan lamb chop bersama mashed potato

Hehehehe

Aku makan sket je then the rest Mr Big makan lah. Not bad wei, walaupun black pepper tadi tak delah rasanya terlampau kuat. Lagipun tak yah letak sosnya pun dah sedap. Makan plak panas-panas so sangat awesome lah beb! Agaknya kalau masak dalam oven lagi sedap kan, tapi Mr Big malas, dia nampak kuali so terus je letak dan panaskan, padahal ada je pemanggang ajaib kat tepi kuali ni. 

Harga untuk Kambing Perap ni ek

1 bekas Kambing Perap (500gram) = RM30.00 + Pos RM10 = RM40.00
2 bekas Kambing Perap (1kg) = RM50.00 + Pos RM10 = RM60.00


Terus Mr Big nak repeat order untuk kambing perap. Aku cakap alah order online je, nanti diorang anto by pos. Korang pun boleh lah check it out kat sini gak.


KAMBING PERAP
Budak Kampung Niaga 
No. 27A, Block 4,
Pusat Perniagaan Worldwide
Seksyen 13, 40675 Shah Alam 
Tel & Whatapps : 017 - 925 5205


Order banyak sket boleh buat stock. So sape cakap nak masak susah? Kan dah senang sekarang ni. 

Cepat tul zaman susah tu berlalu ek



Wednesday, March 18, 2015

Lunch With MAGNUM ‘Belgian Indulgence Chocolate’ di Magnum Cafe Kuala Lumpur

Hi Korang,


pompuan gemuk posing kan..

Chocolate ermm memang favourite semua orang pun kan. Kalau ais krim coklat? Lagilah sedap kan. Aku kalau boleh hari-hari nak makan aiskrim coklat ni tapi kena hadkan jugaklah coz kang penyakit kencing manis pulak muncul kan. 


Cuba coklat ni di campurkan di dalam masakan savoury? Agak-agak korang makan tak? Ermm aku pun tak terfikir langsung sesuatu yang manis boleh di campurkan sekali di dalam sesuatu hidangan savoury, cam pelik plak bunyinya.


apsal ko tutup mata wei blogger ayu rafikah


So pihak Magnum telah pun mejemput ktorang media dan bloggers ke majlis makan tengahari yang special untuk memperkenalkan bahan utama mereka iaitu Coklat Belgium yang paling terbaik dan premium di pasaran sejak berberapa dekad lalu.





Coklat Belgium merupakan coklat tradisi dalam masakan sejak abad ke-17 di mana ia dibuat untuk menikmati keenakkan kesedapan yang teramat sangat. Gabungan unik bahan-bahan terbaik, kaedah pengeluaran yang eksklusif dan kawalan kualiti yang ketat membuat coklat Belgium menjadi kegemaran di seluruh dunia.


“As the frontier of chocolate expertise, this event is organized to showcase how MAGNUM will tickle your palette by creating signature dishes that were infused with Belgian chocolate. We want our consumers to always remember that remarkable pleasurable moments are now beyond every bite of MAGNUM ice cream”, kata Mr Shawn Tan, Category Head (Ice Cream), Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd.

Chef Steven Chin

Hidangan menu ini adalah ilham daripada Chef Steven Chin, Chef Eksekutif Kumpulan Magnum Kuala Lumpur. . Selama lebih dari 10 tahun, beliau telah mencipta hidangan unik untuk pelbagai jenis masakan dan hidangan pencuci mulut untuk hotel antarabangsa lima bintang antarabangsa dan restoran makan mewah dan coklat diilhamkan menjadi ‘signature dish’ telah memberi tafsiran bahawa pengalamannya amat luas di dalam dunia masakan. 

Meh tengok apa yang dihidangkan pada kitaorang time lunch tuh.

SOUP


Spice Butternut Squash veloute, shaved bitter dark chocolate, cinnamon Butternut pumpkin soup scent with cinnamon top with shaved bitter dark chocolate.

**** 
APPETIZER


Marinated capellini, crisp unagi beignet, salted choc emulsion, ulam – ulaman, soy reduction, crisp ginger Marinated capellini pasta with ulam – ulaman and served with crisp unagi beignet, salted choc emulsion, soy reduction and crispy ginger.

**** 
MAIN COURSE


Pan seared butterfish, sautéed baby spinach, white chocolate “beurre blanc” Pan seared butterfish fillet served with sautéed baby spinach, white chocolate “beurre blanc” sauce.

****
DESSERT



Death by chocolate Baked to order warm chocolate molten lava cake, magnum chocolate brownies ice cream, chocolate crunch pearls.

Hah terbaek kan semuanya.

tengok meja belakang.. sambil update sambil makan kan

meja ni tak abis-abis gossip bagai je hahahha

Korang yang tengok gegambar ni mesti sakit hati punya sebab semua nampak meyelerakan. Totally langsung tak perasan wujudnya pun kehadiran coklat di dalam setiap menu tuh. Tapi aku boleh rasa sket-sket yang coklat tu ada ye.

dah pi beratur ek, mak media leh makan cepat hehehe

Ok pada bulan April 2015 ini, Magnum bakal mengadakan kempen yang di panggil “Celebrating Chocolate Pleasures” di mana para pelanggan dapat merasai kenikmatan coklat premium ini sendiri.

So tunggu ye..


Korang boleh check it out di https://www.facebook.com/MagnumMalaysia




Petua Menghilangkan Parut Jerawat Di Muka

Hi Korang,

Biasalah kita dengan masalah jerawat ni memang tak dapat dipisahkan. Kecut je jerawat kat sebelah kiri, tup-tup timbul pulak kat sebelah kanan. Tak kiralah kulit kering ke kulit berminyak ke pasti ada punya.

Tangan pulak gatal je nak picit-picit supaya boleh cepat susut akibatnya parut jerawat pulak yang terjadi. Kesan parut pulak bukan calang-calang, bertanda sampai hitam pulak tuh. Puas plak nak cover dengan letak foundation tebal-tebal tapi still nampak jugak.

So macam mana nak hilangkan parut di muka akibat jerawat ni ek, meh sini aku nak syorkan satu produk ni iaitu


AZANIS SCAR SERUM

Serum Parut AZANIS ini akan membantu melicinkan kulit sehingga orang tak tahu sebelumnya ada parut. Wah amazing gituh kan. Memang tengah HOT produk ni tau.

Ini di antara kebaikan AZANIS Scar Serum ni

1) Kaya dengan vitamin E yang sangat diperlukan kulit terutama kulit wajah.

2) Mengandungi bahan yang menaktifkan kolagen yang mana bahagian kulit yang berlubang tu ditegangkan secepat beransur-ansur dan tona kulit muka dapat diseratakan. So tak delah masalah kulit kusam tuh timbul.

3) Boleh bawa solat sebab ianya memang suci lagi halal.

Produk ini telah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - NOT150301588K kerana kandungan bahan ini 100% dari bahan semulajadi. Bahan utamanya adalah Tocopheryl Acetate (Vitamin E) dan diformulasikan dengan bahan antioksida, komponen aktif semulajadi serta pelembap yang bertindak serentak bagi membantu mengembalikan keremajaan kulit.


Azanis Scar Serum Sangat Sesuai Untuk:
 
Segala jenis parut kekal pada tubuh badan 
Selulit yang menjengkelkan 
Parut bekas jerawat sama ada di muka atau di badan 
Parut kemalangan 
Parut suntikan BCG 
Parut Chicken Pop (Demam Campak) 
Parut bekas bedah (jahitan) 

Hah amik ko, banyak tuh jenis parut yang dapat di hilangkan. Kagum pulak aku dengan produk hilangkan parut ni. 

Ini aku selitkan beberapa testimoni untuk panduan korang ek.






Ni sedikit info lagi untuk pengetahuan korang kan.

Bila kesan awal boleh dirasai?
Kesan adalah bergantung pada tindakbalas individu. Tapi secara puratanya, ia mengambil sekitar 30 hari untuk anda lihat kesan yang ketara! 

1 Botol boleh tahan untuk berapa lama?
1 Botol Azanis Scar Serum boleh bertahan selama 30 hari. 

Adakah Azanis Scar Serum ini halal?
Ya! Pengilang kami telah mendapatkan kelulusan halal dari JAKIM. Anda boleh guna Azanis Scar Serum tanpa ragu-ragu! 

Bagaimana cara penggunaannya?
Azanis Scar Serum begitu mudah digunakan. harus disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari. Pada parut baru, Azanis Scar Serum harus disapu hanya apabila luka telah sembuh, dan tidak boleh digunakan pada kulit yang luka. 

Adakah ada had umur bagi pengamalnya?
Ia boleh diambil oleh setiap orang lelaki dan perempuan tanpa had umur.

Jadi apa tunggu lagi? Kalau betul-betul berminat dan nak dapatkan dengan harga paling istimewa, 


cepat-cepat ke -> www.pakarparut.com

ATAU 

HUBUNGI SEGERA ✆ SMS/WASUP : 

Taip " PARUT " hantar ke 019-4886964

Tak pun, korang boleh check it out di
 
Facebook Azanis Scar Serum

Cuba dulu then baru tahu kan..