Thursday, June 21, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 Untuk Pembaca www.ciklilyputih.com

Hi Korang, 

Ya ampun kemain lama blog kak lily ni bercuti ek, mengikut sama tuannya jugak hehehe. Of courselah korang hari raya tuh, semua kena berehat jugak. 

Raya tahun ni simple dan bersederhana saje 

Disebabkan dua-dua tak dapat cuti sebelum raya, so kak lily beli barang-barang masak time lunch then letak je dalam kereta. Habis kerja, kemas barang then terus jalan. Even tengok episod akhir Isteri Untuk Diikhtiraf pun dalam kereta je hehehhe gedik bebenau ek. Alah mak kak lily dah siap masak pun sebab barang-barang dah order dan beli minggu sebelum tuh, so masak yang simple-simple jelah. 

Raya kali ni tak ramai balik serentak so rumah tak berapa penuh sangat but keep bertambah pada hari raya pertama, kedua dan ketiga. Seronok raya kat kampung kata sepupu-sepupu kak lily ni, raya reramai meriah. Diorang ni suka tidur bergelimpangan kat dapur, berebut bilik air, berebut parking keta, sembang-sembang sampai pagi kan. 

kami sekeluarga, yang hujung adik kak lily. perasan hensem konon

rumah pengabisan, rumah mak long. riuhhh

ni kat rumah nenek ayah, penuh jugak

membawang je kerjanya

nampak berebut sarapan pagi

On first day raya tuh, lepas je solat jumaat habis kitorang tawaf seluruh kampung melawat sedara mara, yelah kat kampung ni banyak orang tua kan so kita yang muda ni kenalah pi melawat diaorang #mengeratkansilaturrahim katanya. 

dengan family papa

beraya makan nasi lemak je hah, sedapp


dengan mama sekeluarga

Raya kedua tuh, kak lily beraya di Rembau pulak. Rumah papa mr big, ini rutin kitaorang setiap tahun. So sambung beraya kat Rembau plak. Makan-makan dan makan non stop, haruslah tak kurus kak lily ni hauhauahuahua. 




bungkus lemang nak bawak balik

anak bandar bila masuk kampung cam ni lah kan

Raya ketiga, beraya balik di rumah mak di Melaka. So bila jadi tuan rumah ni, memang penat tak terhingga. Bukan apa, ayah kak lily ni ramai betul adik beradik so diorang datang pulak ikut turn. Tak sempat nak habis basuh cawan dah datang lagi orang, pendek kata dah macam rumah YB. Non stop orang datang, dari pagi sampai ke malam. Even kaki kak lily ni boleh cramp tau, bangun duduk bangun duduk berjalan ke sana kemari huahauhauha. 

Itulah kisahnya raya tahun 2018. 

Tak yah nak gebang-gebang sangat, keep it slow and steady je. 

kepenatan memasing ek

Korang plak cam ne? mesti banyak lagi cerita ceriti raya tahun ni ek.. anyway Selamat Hari Raya korang, maaf zahir dan batin…












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

4 comments :

mama tisya said...

selamat hari raya...meriah ry kt kampung ziarah sedara mara..aku thn ni ry kt kl..biasa2 je la sbb sedara aku xde...pi beraya sedara hubbyku je la..4 syawal dh kj haha

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...selamat hari raya mohon maaf jika ada salah silap mama yer...

Siti Rohaida Yusof said...

selamat hari raya cik lily

adianiez AIDA said...

selamat hari raya dari Aida :)