Friday, June 1, 2018

Membeli Belah Kasut 'Raya Collection 2018' Di BATA

Hi Korang, 

Jenama BATA, siapa tak kenal?? Meh sini kak lily sekel kepala dia ek. Hidup zaman apa korang ni kan sampai Bata pun kat kenal, even Perdana Menteri kita Tun M pun pakai selipar Bata tau, walaupun harganya hanya RM11.99. 

Hah, kagum kan !!! 

Kalau kita selesa bila sarung, apa jenis jenama pun ok kan janji lembut je bila di buat berjalan, takdelah tumit sakit sampai nak kena pi berurut bagai. 

Ni kak lily nak bagitau ni sempena Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Bata memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu ‘Hari Raya 2018 Collection’ yang menawarkan pelbagai jenis kasut samada kasut tinggi, sandal, wedges, kasut kulit bagi lelaki dan juga koleksi kasut kanak-kanak. 


Kebetulan hari tuh tak de buat apa sangat so kak lily ke Bata KLCC untuk mencari kasut raya lah, eleh sebenarnya memang tak plan pun sampai lepak-lepak nak tunggu Mr Big so masukkan ke Bata KLCC ni. 








Memang macam-macam jenis kasut ada tak kira tua mahupun muda, terpulang pada individu yang pilih yang mana satu kan. Haruslah kak lily cuba yang mana berkenan di hati, di sebabkan terlampau banyak sangat yang di minatnya so kak lily hadkan kepada beberapa kasut ek. 

Di antara kasut yang terdapat di 'Raya Collection 2018' adalah:-





Sudahnya kak lily memilih yang ini 


Ermm cantikkan, itulah kena dengan baju raya yang kak lily dah beli hari tuh. 

Personally kak lily memilih kasut wedges ini kerana tahap ketinggian kasut yang bersesuaian dengan berat badan kak lily, designnya yang simple, dan warnanya sepadan dengan baju raya kak lily serta boleh di suai padan dengan warna-warna baju yang lelain dan boleh di pakai tak kira apa juga majlis tau. 

Bagi kak lily harga kasut-kasut di kedai Bata ni tak delah mahal mana pun, berpatutan dan berbaloi kena dengan kualiti yang di berikan. Lagipun sokonglah sket produk buatan negara kita yang tercinta ni kan...

Eh lupa kak lily nak bagitau ni yang sekarang ni Bata ada promosi untuk Raya tau. 


Dari 18 Mei 2018 ke atas, korang berbelanja RM149 di dalam satu resit dank orang korang boleh mendapat RM25 diskaun voucher dan satu (1) Marie Claire wristlet secara PERCUMA tau. 

Best tuhhh 

Kita juga boleh dapatkan barangan Bata secara online di www.bata.com.my


Jom LIKE dan FOLLOW Bata di Media Sosial:- 

INSTAGRAM: 

FACEBOOK: 






18 comments :

Emily said...

My whole family grew up wearing Bata shoes. Happy o see how much their designs have evolved to be trendier. Will definitely take advantage of their Ramadan promotion!

Kylie wenn said...

I paling suka kasut bata.. tahan lasak dan comfortable to wear.. trusted brand for shoewear

Amanda Suria said...

SA pun suka kasut Bata..comfit, comfortable dan tahan lama..ni lama dh x beli..eh kena ki cari jugak la kasut kat Bata ni..x leh lahan tgok banyak yg cantik

Ezna Ahmad Khalili said...

Bata ni pakai time sekolah dulu lagi. Lepas tu Dania pun pakai Bata ke sekolah. Sekarang ni Bata ni banyak pilihan dah. Cantik2 pulak tu. Beg2 pun nampak lawa.

Mohd Zarin said...

Rasa macam dah lama pulak tak masuk Bata. Lepas baca post ni dah teringin pulak nak cuba semula kasut bata untuk raya tahun ni. Kalau Tun M boleh pakai kenapa kita tak bolehkan... Terima kasih ingatkan semula tentang Bata

Maha Mahu said...

Kita adalah antara pengguna kasut Bata sejak dari zaman sekolah dulu lagi memang kat sini murah dan senang nak cari saiz macam kita ni hehehe sebab tu saya sayang Bata....

AyuArjuna BiGoshh said...

Lawo2 kasi bata ni. Plg ptg harga dia sgt herpatutan dan logik. Selipar dia plg epik. Ku berkenan smpi skrg

Mrs Fuzy Hamid said...

Bata ni memang legend..kalau dulu ni la brand kita guna utk kasut sekolah dan brand ni jugak la utk kasut raya. Memang Bata ni tak pernah mengecewakan dgn ketahanan dan lasak utk kita yang aktif

Ainyy Zain said...

tak kan lah tak kenal bata kak. ainy membesar seiring dengan naiknya nama bata ni. family ainy suka betul brand ni sebab semua kasut peringkat umur pun ada kat sini. dah lah tapak selesa.

Hanny Abdullah said...

Wahh tahun ni kita geng raya kasut Bata lah..hehehe. Tapi memang best kan kasut bata ni..tahan lama dan yang penting selesa je bila pakai

Zharif Azis said...

Jenama kasut Bata mmg sudah tidak asing lg di kalangan rakyat malaysia. Kualitinya yg tahan lama dan bagus mnjadi pilihan. Harga pulak tgh promosi. Wow !!

Mawardi Yunus said...

Lama betul tak beli kasut kat BATA, kalau duu membesar dengan jenama ni je. kasut sekolah, selipar raya dan selipar harian semua beli kat sini

Syafiera Yamin said...

to be honest kak lily punya pilihan kasut ni nampak macam lompang untuk kaki kak lily... kak lily perlukan tutup penuh kalau ada bling bling pun mesti cantik.. tapi apa pun yang paling penting ialah keselesaan kalau kak lily selesa dengan rekaan dan tak sakit kaki bila pakai seharian... it suits you then muah

Lia Hasty said...

Bata pun ada koleksi yang pelbagai rekaan dan warna tau . Lia beli haritu . Dulu bata design agak boring . Kasut sekolah je kan .Sekarang dah standing jenama lain kt luar sana tu .

Annur Syuhadah said...

Ramai blogger bercakap mengenai kasut bata bulan puasa ni. Rasanya zaman kegemilangan bata dah kembali kot. Teringat zaman kanak-kanak dulu AS ada banyak kenangan dan nostalgia dengan outlet bata.
Tambah-tambah nak dekat raya. Memang disitu lah "keseronokan" raya itu kami (as a kid) jumpa!

dr-Life said...

Bats show getting trendier and nice. The design not complicated will and it just suit everyone. I wish to have one too...

Sunshine Kelly said...

Wow best juga kasut Bata sekarang. Design semakin trendy and selesa, plus the price also very reasonable.

penaberkala nuar said...

Masa kecik dulu selalu beli selipar raya di Bata. Dah lama tak pergi. Tengok koleksi sekarang macam dah moden. Wow! Semoga Bata makin maju jaya. Tun M pun pakai Bata, hahahaha.