Tuesday, January 9, 2018

Untung 60 Pembeli Pertama DYNAMO POWDER Di Mydin Mall USJ ek!

Hi Korang,

Ahad lepas, sempatlah kak lily ke Mydin USJ ni untuk saksikan majlis penyampaian hadiah bagi 60 pembeli pertama Dynamo New Powder yang bertuah tau.

Seriously kak lily tak tau pun ada offer cam nie, kalau tak dah confirm pi beratur membeli Dynamo Powder jumaat lepas kan.


Bersempena dengan pengenalan kepada Dynamo Powder, produk terbaru P&G dibawah label Dynamo serbuk pencuci pakaian yang tersohor di Malaysia telah bekerjasama dengan Mydin bagi menawarkan hadiah yang cukup menarik kepada 60 pelanggan bertuah. Dengan hanya membeli produk Dynamo dengan minimum perbelanjaan RM30, mereka boleh menebus hadiah yang ditawarkan iaitu set yang mengandungi beg troli, tuala Hallmark dan serbuk pencuci pakaian Dynamo.

Ianya berlangsung dari 5 Januari 2018 sehingga 7 Januari 2018, yang mana untuk setiap hari hanya 20 pembeli pertama layak menerima hadiah yang ditawarkan. Dan semua pembeli yang berjaya menjadi 20 pertama perlu menuntut hadiah mereka pada hari Ahad 7 Januari 2018 jam 1.30pm di Mydin USJ.


Masa kak lily sampai tuh memang penuh ramai orang kan, rupanya 60 pemenang tuh dah beratur kemain panjang lagi tapi dont worry diorang dah dapat kupon so confirm dah dapat hadiah kan.

Untuk pengetahuan korang yang belum tahu lagi, selebriti Cik Puan Sarimah Ibrahim telah dilantik menjadi duta terbaru jenama Dynamo. Pemilihan Sarimah Ibrahim ternyata tepat sekali memandangkan karektornya yang begitu ceria dan bersahaja sesuai dengan konsep terbaru yang ingin diperkenalkan oleh jenama Dynamo. 


Majlis berlangsung dalam suasana yang meriah, gamat dengan gelak tawa serta gurauan gabungan mantap duta Dynamo Sarimah Ibrahim dan juga DJ ERA FM yang tidak asing lagi saudara Haniff Hamzah. Masing-masing yang cukup mengenali antara satu sama lain memandang mereka berdua pernah berada didalam syarikat dan industri yang sama DJ Radio di Astro Malaysia.


Cik Puan Sarimah Ibrahim bersama dengan orang kuat daripada P&G Malaysia.


Tapi memang untunglah mereka yang berpeluang menerima hadiah dari Dynamo. Secara jujurnya produk Dynamo sememangnya kita sedia maklum memang bagus kualitinya (agen pencuci pakaian yang cemerlang) dan dengan menerima hadiah yang begitu menarik menggandakan keseronokan pembeli di Mydin USJ.

geng baju bunga... sempat bergambo ek hehehe


Bersempena dengan pengenalan kepada produk Dynamo powder ini juga telah diadakan peraduan yang menawarkan hadiah mesin basuh dan sebanyak 85 unit ditawarkan. Dengan hanya membeli 2 pek Dynamo Powder di Mydin. Lengkapkan slogan (sila tengok video dibawah untuk keterangan lanjut). Tarikh tutup 31 Januari 2018.

Jom join ek!!!








Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

2 comments :

Kakcik Seroja said...

Wah untungnya dapat beg lagi... :)

Unknown said...

wah..meriahnya..best la siapa yang dapat bag troli tu..