Thursday, January 11, 2018

Improvise Apa Yang Boleh, Terus jadi Panggung Wayang Di Buatnya

Hi Korang,

Korang pun tahu kan kak lily ni keje dengan company german.. ermm itu lah. Dah rezeki tersurat kat sini so akak pun kerja bersungguh-sungguh ek, rasanya dah tahun ke 10 dah kot menabur bakti di company Men + Women Group ni hehehhee

Sekejapan 10 tahun ek seriously tak sangka bebenau..

Cara kami kerja berbeza sket dengan company-company lain coz kami tak de superior/supervisor dalam satu office, semua di alam maya je. Macam kak lily kerja di KL tapi superior di Penang, ada budak engineer ni kerja di KL tapi superior kat Vietnam so apa-apa task semuanya secara online.

Nak mintak cuti online, nak mintak report online, nak claim online (eh itu biasa), meeting online guna webex, pendek kata kalau tak masuk office pun boleh sebab kami semua boleh kerja di mana-mana saja asalkan ada internet. 

Selalunya meeting guna webex je so pancarkan di projector dan share screen dengan team tempat lain, gthen discuss lah apa yang patut. Kekadang kalau meeting sengsorang guna earphone dan cakap guna mic. Kekadang tenant office lain cakap ktorang ni staff giler cakap sengsorang sampai isap rokok tepi tangga hehehehe.. yelah boleh meeting di-mana-mana jua.


So hari tuh, ada TownHall meeting di Penang dan all staff kena attend. 

Semua staff maknanya 7,000 orang seluruh dunia, giler lah takkanlah nak datang Malaysia semata nak dengar Townhall yang 2 jam tuh je kan, so haruslah webex je.

kemain sepah meja akak ek huahauhau

Kami yang kat KL ni pun tak kecuali gak, so webex je. Disebabkan semua orang busy dan meeting room kat office ni kecik so kak lily pancarkannya di common hall ni hah tempat ktorang kerja ni. Ambil projector, pasang speaker portable ni dah tadaaaa…

Dah macam tengok wayang plak kann hehhheee


So sambil ktorang mendengar / menonton sambil buat kerja, kira produktif jugalah. Kira takde lah rasa protokol sangat, chillax je. Lagipun topik tak berat pun, knowledge pasal project-project sekarang ni. 

Dapat plak officemate yang giler-giler kepala kan, siap pesan lagi bolehlah kita tengok movie ni pas keje hehehehhe…









Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

2 comments :

mamapp said...

wah tahniah ye seronok juga kerja dgn syarikat german

Unknown said...

Jadi jarang2 la jumpa kes kena marah dengan bos ye kak??