Friday, January 19, 2018

Baik Untuk Bayi TASNEEM NATUREL Balm Ni Lah

Hi Korang,

Of courselah kak lily tak boleh nak citer pasal baby-baby ni sebab belum ada pengalaman lagi tapi kak lily ada anak sedara melambak-lambak so pengalaman menjaga tuh memang ada lah.

Sebab si Aakif, Aalya dan Aafya yang rapat benau dengan kak lily so memang weekend je kak lily kena menjaga bebudak ni, sakit pening demam tuh dah jadi kebiasaan pada kak lily ni. 


Banyak jugak yang kak lily belajar dari mereka bertiga ni, cara nak bagi anak-anak makan, hantar diaorang ke sekolah, cara menjaga diaorang ketika sakit dan memacam lagi lah, seriously sangat menambah pengalaman. 

Lately ni kan musim cuaca sejuk so suhu badan bebudak ni pun ikut tak menentu terutama sekali si Aafya tuh, bayi lagi kan so kena tahu cara nak menjaganya. Mulalah meragam tak menentu je di buatnya. 


Ada hari tuh kak lily kena jadi baby sitter untuk diaorang bertiga ni sebab emaknya ada kerja sket di luar, tup-tup si Aafya ni asyik merengek je, puas gak difikir apa yang patut di buat, nak tak nak telefon emaknya. Ermm rupanya tidur tak selesa so emaknya suruh sapu balm Calm Time Tasneem Naturel ni. Lepas sapu eh elok pulak tidurnya kemain nyenyak plak.

Sementara Aafya tidur tuh, sempatlah kak lily belek-belek balm dari Tasneem Naturel ni.

Kira balm ni cam minyak angin gituh tapi dalam bentuk salap, so tak delah tertumpah ke hape kan. Selet sket then sapukan di tempat-tempat yang berangin tu jelah. 


Kalau korang nak tau produk TASNEEM NATUREL dihasilkan dari ramuan semulajadi, tiada paraben dan bahan kimia. Lebih menarik produk ini didatangkan 4 varian iaitu CF Rub, Tummy Time, Sleep Time dan Calm Time. Setiap satu balm TASNEEM NATUREL ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan ianya sesuai digunakan mengikut keperluan dan permasalahan yang dihadapi tak kira tua atau muda even bayi pun lah.


1. CF Rub

- Bantu kurangkan selesema
- Dapat cairkan kahak

Kak lily sapukan di bahagian depan dan belakang serta di kawasan tengkuk. Sebab bagi kak lily tempat tuh tempat berkumpulnya lendir dan kahak kan. Terus kak lily suruh emaknya sapukan di kawasan berikut setiap hari. 

2. Tummy Time

- Membuang angin dalam perut
- Bantu melegakan perut sebu
- Dapat melegakan kembung perut

Ya ampun masalah perut kembung ni memang sinomim dengan bayi, itulah punca diaorang ni akan meragam teruk. Sapukan di sekitar perut untuk membuang angin tersebut.


3. Sleep Time

- Bantu agar tidur lena
- Bantu anak-anak supaya mudah tidur
- Bantu anak-anak mendapat kualiti tidur dan bangun dalam mood ceria

Haruslah sapukan balm ni sebelum tidur yang macam kak lily buat tuh. Even kak lily pun cuba sapukan sebelum tidur ermm haruslah rasa selesa dan mudah tidur dibuatnya.


4. Calm Time

- Memberikan keselesaan
- Mengurangkan tekanan
- Mengurangkan keletihan

Even balm Calm Time ni, emaknya sapukan pada Aalya dan Aakif agar diaorang berdua ni senantiasa tenang dan tak mudah mengamuk hehehhee budak-budak biasalah kan. Sapukan di belakang tengkuk, ermm tak delah bebudak ni sibuk nak mencapaikan. 


Antara Kelebihan Balm Tasneem Naturel adalah:


Kak lily sukan akan saiznya yang comel bebenau, senang nak di bawah kemana saja. Langsung tak mengambil ruang yang besar di dalam handbag. Don’t worry tak kan terbuka punya sebab penutupnya yang kuat dan kemas. 

Aroma baunya sesangat menenangkan, lembut je rasanya. Suka plak kak lily rasa nak sapu je setiap masa.

Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan dan mampu milik iaitu :-

1unit: RM 49
2 unit: RM 88
3 unit: RM 132
4 unit: RM 176
5 unit: RM 220

Postage: RM8 (SM) / RM12 (SS)


Seriously dah banyak rupanya agen-agen berdaftar yg ada di seluruh Malaysia termasuk beberapa negara jiran seperti Brunei, Thailand, Singapura, Myanmar, Korea dan Jepun. Kira senanglah nak dapatkan balm kit Tasneem Naturel ni ek. 

Kalau nak cepat boleh dapatkan terus dari HQ Tasneem Naturel di :

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG 2, 
TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR

HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS) 

Instagram : TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)
Facebook : TASNEEM NATUREL HQ


Baik korang dapatkan segera tau hehehehhe










Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

2 comments :

sitirohaida said...

wah...produk baru..comel pulak tu..Mesti best ni pakaikan untuk anak

SalinaJohari said...

nampak menarik Cik Lily ,ramai geng dah try dan kalau ada rezeki lepas ni Sal nak try jugak...