Thursday, January 4, 2018

Restoran Sunny Queen Di Sunway Pyramid

Hi Korang,

Tahun lepas ewah last week lah, kak lily berkesempatan ke restoran Sunny Queen di Sunwya Piramid untuk menikmati hidangan makanan menu ala-ala Italian Fusion, yesza menu yang di olah semua tau. 


Ini kira rangkaian restoran baru di Sunway Piramid, alah dekat dengan pintu masuk Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid tingkat LG1. Kemain besau pintu gerbang dan tulisan SQ kat tepi ni. 




Restoran ni menyajikan makanan Itali yang kak lily bakal memenuhi selera kita semua tau. Cuba korang tengok dekorasi dalam restoran ni, kemain cantik lagi ek, siap ada ruangan special lagi kalau nak ada private function. 

Meh akak lily tunjukkan beberapa menu yang sempat kak lily jamah pada hari tuh ek

Ok kita tengok minuman dulu

Berry Smoothie

Mango Smoothie

Meriah sungguh buah-buahan hiasannya lah

Disebabkan banyak sangat menu yang di pamerkan so kak lily dapat rasa sket-sket dari setiap hidangan ek

Spicy Squid Ink Mixed Seafood

Mentaiko Shrimp Spaghetti

Mixed Seafood Pesto Spaghetti

Cherry Duck Aglio Olio Spaghetti

Kak lily dapat rasa 4 jenis spagethi yang di hidangkan. Kesemua hidangan di fusionkan mengikut citarasa kita rakyat Malaysia ni kan. Unik dan isi kandungan di dalam setiap hidangan boleh tahan banyak plak tuh kan.

Truffle Parmesan Cheese Rice

Orang Malaysia mesti nak pekena nasi punya, so don’t worry ada juga hidangan nasi untuk korang gak tau, siap ada tambahan cheese lagi. Portionnya not bad dan boleh kenyang betul ek

Dancing Queen (Half Chicken)

Bagi penggemar ayam, ada juga pilihan hidangan untuk korang ek. Boleh cuba Dancing Queen (Half Chicken). Nampak macam crispy tau..

Kalau datang ke Sunway Piramid ni dan tak tau nak makan apa, so korang bolehlah cuba hidangan Itali fusion di Sunny Queen ni ek.

Ini alamatnya:


Sunny Queen Restaurant
LG1,
Sunway Piramid Shopping Mall




Bolehlah korang singgah ek









Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

3 comments :

Hasrul Hassan said...

Typo detected .. hehehe ..
Hmm lama sungguh dah rasanya tak pergi ke Sunway Pyramid ni .. rasanya nanti nak bawa la anak-anak jenjalan ke sini. Tapi masalah juga kang ... kalau ternampak snway mandi2 tu ..

Diana Rashid said...

syok betul jadi blogger makan2 ni tau..selalu dapat makan sedap..hahahah

Fieza Sani said...

mak aih deko menu2 dia, menggoda..air tu especially..mango smoothie, favourite tu.. ;)