Thursday, December 14, 2017

Resipi Pasta Spiral Tak Pedas Langsung Dengan CHEFOLOGY

Hi Korang,

Kan ari tuh kak lily pi event masak-masak Chefology dan McCormick tuh kan so balik tuh dapatlah beberapa produk keluaran dua jenama ni. 



Teringin plak nak cuba masak pakai kuali baru tuh so semalam bukaklah beg tuh, wah memacam ada lah selain daripada kuali dan sudip ada beberapa bahan masakan seperti black peppercorn grinder, sea salt grinder, oregano grinder, BBQ sauce ermm kesemuanya dari McCormick.

Apalagi terus bukak almari dan peti sejuk dan check apa yang boleh di masak dengan bahan-bahan dan peralatan ni ek

Ok ada pasta, cheese dan sos béchamel sket jadinya masak pasta jelah ek

Resipi Pasta Spiral Tak Pedas


Bahan-bahan


1. Pasta spiral yang telah direbus aldante

2. Sos béchamel yang di masak sendiri alah buat sendiri je (tepung gandum sket, susu sket, mentega sket, bawang dan garam)

3. cendawan di hiris nipis

4. Siapkan bahan-bahan perasa dari McCormick kat tepi

5. Udang dah kopek kulit

6. Cheese ikut suka

7. Bawang putih untuk menumis

Cara-cara


1. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau dengan kuali Chefology tau

2. Masukkan cendawan

3. Masukkan udang

4. Masukkan sos bechamel dan biarkan mendidih, kalau pekat tambahkan air sedikit 




5. Bila dah mendidih masukkan bahan-bahan perasa dari McCormick seperti blackpepercorn, sea salt dan oregano. Alah pusing-pusing je grinder tuh hehehehe

6. Masukkan pasta spiral dan gaulkan

7. Siapp !!


Mudah kan, tak yah letak cili-cili bagai, so bebudak pun boleh makan. Even Mr Big makan bertambah sebab sedap kuahnya 


Memang senang guna kuali Chefology ni sebab langsung tak melekat walaupun di biarkan seketika, dan pemegangnya nampak macam besi tapi tak panas pun tau bila di pegang.

Itu je

Nanti akak lily citer lagi pasal resipi kedua pulak tau dengan kuali Chefology ni










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

5 comments :

mama tisya said...

kuah tu fav tisya tp slalu wat guna spaghetti ..

Mimi Azirah said...

Jatuh suka pula dekat kuali tuh kak. Berapa harga kuali tu kak? Nak tgk kat mana ye

Azian Elias said...

bekenan lah pulak akak tengok kuali dia ni..
sudip tu besikan.. ok je tak rosak ye.

el said...

bestnya kuali tu...nti nak try carilah
sedap pulak tgk pasta spiral ni

Ana Suhana said...

Mudah je resipi ni cik lily. Boleh cuba nanti. Tp kuali chefology tu memang nampak menarik. Mahal x?