Tuesday, August 30, 2016

MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih Mesti Jadi Favourite Punye

Hi Korang,

Di sebabkan aku suka makan maggi so haruslah event maggi aku attend kan, yelah ko maggi tuh. 

Siapa yang tak suka kan


Semua penggemar makanan di Malaysia pasti teruja kerana mereka kini boleh memenuhi keinginan untuk menikmati masakan Tom Yam dalam keselesaan rumah mereka, dengan produk terbaru dari rangkaian premium MAGGI® – MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih! MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih telah dilancarkan secara rasmi di AEON Mall Shah Alam.

MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih adalah satu olahan unik daripada resipi biasa Tom Yam yang berasal dari Thailand. Ia mempunyai perisa tersendiri dan juga merupakan yang pertama di Malaysia bagi memuaskan hati mereka yang mengidamkan rasa hidangan ini yang telah menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia.


Perisa MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih diperkaya dengan herba segar dan rempah ratus. Bersedialah untuk membawa deria rasa anda mengharungi pengembaraan yang dipenuhi dengan rasa manis dari makanan laut segar, digabungkan dengan kepedasan dari cili kering dan rasa masam dari limau purut dalam setiap sudu sup pekat. Ditambah dengan daun bawang sebenar, cili dan hiasan ala-ala daging dengan mi yang kenyal, resipi ini adalah ciptaan bersama antara MAGGI® Royale dan Chef Wandee Na-Songkhla, seorang pakar masakan Thai.

Selain kepakarannya dalam bidang masakan, Chef Wandee juga terkenal sebagai seorang ikon TV, penulis buku masakan dan pengasas kepada Wandee Culinary School di Thailand. Sebagai penyokong kuat Masakan Thai yang asli, Chef Wandee berharap untuk membawa rasa asli Thailand kepada rakyat Malaysia melalui kerjasama dengan MAGGI® Royale.


"Rakyat Malaysia gemar mencuba sesuatu yang baru, terutamanya dari segi makanan dan MAGGI® ingin memenuhi keinginan mereka melalui pengalaman makanan yang unik. Pasukan kami terdiri daripada kumpulan penggemar makanan yang sentiasa mencari hidangan tempatan dan antarabangsa yang popular untuk membolehkan kami membawa perisa yang baru dan menarik ke dalam pasaran Malaysia. Untuk membolehkan rakyat Malaysia memperoleh kenikmatan masakan Thai di rumah dengan orang yang tersayang, kami telah berkerjasama dengan Chef Wandee – seorang pakar masakan Thai yang telah memenangi pelbagai anugerah, untuk mencipta resipi Tom Yam Seafood Putih yang paling lazat. Produk baharu ini akan membantu memuaskan sifat 'foodie' dalam diri kami semua," kata Rosalyn Simba, Pengurus Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad.

"Tom Yam Seafood Putih Thai yang menyelerakan bukan sahaja bergantung kepada kepedasannya,. Ia merupakan sebuah dimensi deria rasa yang digabungkan dengan aroma daripada perisa pedas dan masam; dan diakhiri dengan tekstur yang ringan dan pekat daripada kemanisan makanan laut yang segar. Untuk menikmati pengalaman yang lebih menyeluruh dan bermakna, anda boleh menambah bahan-bahan segar kegemaran anda seperti udang, sotong dan sayur-sayuran apabila anda menyediakan hidangan yang seimbang dengan MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih. Anda juga boleh menambahkan sentuhan peribadi untuk membuat hidangan anda lebih istimewa," kata Chef Wandee, pakar masakan Thai yang diiktiraf oleh Paduka Yang Mulia Raja Thailand.

MAGGI® percaya bahawa kebahagiaan bermula dari rumah dan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membangkitkan sifat chef dalam diri pengguna dengan menggalakkan mereka untuk memperibadikan dan mempertingkatkan kenikmatan mi mereka dengan bahan-bahan segar pilihan tersendiri. Dengan pelbagai pilihan daripada MAGGI® Royale, pengguna sentiasa mengalami pengembaraan dan keseronokan dalam setiap suapan.




Habis ke media launch ada pertandingan masak MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih di antara media. Haruslah blogger Ayu Rafikah dan Blogger Kolin masuk bertanding, kitaorang duduk bawah jadi tukang sorak jelah hehehhehe

Ingat senang ke nak memenangi hati Chef Wandee?


Setelah beliau merasai kesemua hasil masakan MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih ni, akhirnya beliau memilih pemenang iaitu salah seorang media mainstream kerana beliau sukakan sup magginya yang banyak dan pedas. Congrats to him!




Kitaorang seronoklah makan MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih ni sampai bermangkuk-mangkuk aku makan hehhehehe

Rakyat Malaysia kini boleh mengenang kembali pengembaraan makanan 'Royale' mereka dan memenuhi keinginan untuk menikmati hidangan Tom Yam dalam keselesaan rumah mereka, dengan MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih yang boleh didapati melalui laman web atau pasaraya hiper dan cawangan runcit lain di seluruh negara. Rangkaian MAGGI® Royale juga termasuk MAGGI® Royale Penang Seafood Kari dan MAGGI® Royale Daging Tumis Pedas Korea.


Untuk aktiviti-aktiviti menarik akan datang dan resepi lazat MAGGI® Royale, sila kunjungi:-

Laman rasmi MAGGI® Malaysia : 

Laman Facebook MAGGI® Malaysia : 

Laman YouTube MAGGI® Malaysia : 

2 comments :

ZULHILMI TEMPOYAK said...

mai la hantaq sikit. plsss... hehe

Suria Amanda said...

Wah kena pi beli ni...harus la cuba kan..nanti dah cuba i update kat blog..hehehe