Wednesday, August 3, 2016

Dinner Di Nong & Jimmy Thai Seafood BBQ

Hi Korang,


Sabtu lepas, ermm actually 2 minggu lepas ktorang dapat jemputan makan-makan di Nong & Jimmy Thai Seafood BBQ di Ampang.


Kalau tengok alamat memang tak reti nak pi tapi bila WAZE laju je plak sampai walaupun tengah havoc jem petang tuh, yelah orang sibuk pi beraya lagi kan. Ktorang je tak de jemputan hehehehe alah its ok lah, dapat jemputan tapi tak pi pun tak bagus gak kan. 

Dulu restoran ni kat Taman Cahaya Ampang tapi baru je berpindah ke tapak yang baru ni. Kalau tengok dari jauh cam kedai makan cikai-cikai je tapi ermm nanti aku citer lah ek. 

Restoran ni menghidangkan masakan seafood ala-ala Thai gituh. Sama je macam kite pi makan kat kedai thailand tapi ada barbeque gituh lah.




Luas kedai ni, pilih je mana tempat nak duduk kan.

Hari tuh ktorang dijamu dengan beberapa hidangan ‘signature dish’ yang menjadi favourite para pelanggan yang datang makan di situ. 

Pembuka Selera

Zha Gui 
(Small RM8 ,Medium RM10 ,Large RM12)


Actually kuih cakoi sebenarnya, di masak on the spot bila datang order. So bila dihidangkan panas-panas sedap sungguh tapi jangan sampai melecur lidah sudah. Di hidangkan sekali dengan kaya sebagai pencicah. 

Main Dish

BBQ Crab – Seasonal Price


Ketam batu yang di panggang atas api, korang boleh tengok sendiri camne ianya di masak sebab tempat bako tuh betul-betul depan pintu masuk. Rasa sangat awesome langsung tak kering isinya

Tomyam (White) Seafood 
(Small RM22, Large RM37)


Nampak tomyam biasa je tapi kicknya bukan main lagi. Disebabkan ktorang pilh seafood so segala mak neka makanan laut ada di dalam tuh. 

Curry Steam Stingray (RM35)

Jarang kedai thai buat ikan pari masak kari ni, tapi kat sini ianya dihidangkan secara steam kuah kari tuh. Senantiasa panas je lauknya, Mr Big siap hirup-hirup kuahnya kasi licin. 

Hot Basil Leaf Chicken (RM20)

Crispy Fried Kangkong (RM15)

Suker ni sebab garing macam makan keropok lekor hiris nipis tuh ek. Di cicah plak dengan sos Thai lagilah awesome

Crab Meat Fried Rice 
(RM10 per person)

Siam Laksa 
RM10.90 per person (lunch hour only)

Menu yang ni pun special jugak, laksa siam yang dihidangkan secara berasingan tapi bila nak makan di campurkan semua di dalam satu mangkuk dan mee laksa tuh di celup sekejap di dalam kuah laksa dan dihidangkan dengan bahan-bahan lain. 

Kalau kita curah kuah sampai penuh mangkuk laksa ni tapi kat sini lain sket caranya. 

air kelapa thai satu!


Ok je yang sempat ktorang cuba masa tuh, itu pun sampai kenyang-kenyang perut dan paksa –paksa je mulut suruh makan gak sebab tak nak membazir katanya. 

Bagi aku, in terms of harga ok berpatutan dengan makanannya. Dah nama pun seafood kan so harga seafood gak lah tak kan guna harga ayam plak, tak delah mahal macam makan kat hotel. 

Jom singgah ke:

Nong & Jimmy Thai Seafood BBQ
298C, Jalan 15,
Kampung Baru Ampang,
68000 Ampang Selangor.

Opening Hours:
12pm – 2.30pm; 5.30pm – 11pm;
(Closed from 2.30pm – 5.30pm)


Contact: 016-756 8058

Cuba dulu then baru tau, weekend memang penuh ooo.

Selamat makan semuanya..




3 comments :

Jueliza Jamani said...

Mak aihh crab dia besaqqq..

Diana Rashid said...

Besaqnya ketam..kari ikan tu makan dengan apa sis..Nasik ke?

Amanda Suria said...

Nyesak tgok rgh mlm ha... Terus teringin....ok save the address...nanri leh terjah sini