Monday, January 5, 2015

Biskut Julie’s Hershey’s Terbaru Yang Menarik Hati

Hi Korang,


si tamak ni memang tau, semua mau angkut

Biskut.. siapa yang tak suka kan? Lebih-lebih lagi kalau perisa coklat haruslah boleh sental 2-3 paket sekaligus. Itu baru perisa coklat biasa, cuba kalau coklat Hershey’s tu di jadikan biskut plak. Haruslah meletup-letup di dalam mulut bak kata Chef Joe yang Masterchef tu kan.



Itulah aku dah rasa sendiri hari tuh di media launch biskut Julie’s Hershey’s ni di Dal.Komm Coffee Damansara Uptown. Sedap wei makan kat situ.


nasib baik kenal diorang ni semua, so tak delah segan

Sebab aku sampai yang paling lambat sekali so tak banyak gambar yang aku dapat snap, itulah sape suruh lambat lagi kan. Event kat 11.30am registration, aku plak 11.50am baru kuar rumah. Hehehhe nasib baik Ahad so pecut 100m laju lah masa drive tuh.

Meh some info mengenai kolaborasi Julie’s dan The Hershey Company ye



Perfect Food Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (Julie’s) – Pengusaha biskut terkemuka Malaysia dan pengeluar biskut Julie’s telah dipilih oleh The Hershey Company (Hershey) untuk kolaborasi terbaru, yang telah dilancarkan di Malaysia dalam bulan Oktober 2014 sebelum berkembang ke seluruh Asia.

Mr Martin ni, bahasa melayu dia power tau

“Kami amat teruja dengan kerjasama terbaru bersama Hershey” kata Encik Martin Ang, Pengarah Perfect Food Manufacturing. “Kedua-dua jenama ini telah dibina atas cita-cita dan nilai yang sama dan saya percaya ia adalah asas yang mementeraikan kerjasama kami”.

Beliau menambah, “Selepas beberapa bulan percubaan dan persediaan, kami amat bangga untuk mendedahkan produk daripada hasil kerja keras kami – biskut Julie’s Hershey’s terbaru. Terdapat dalam 6 varian, setiap biskut membawa rasa yang tersendiri. Pelancaran kami menandakan permulaan kejayaan usaha Julie’s dan Hershey’


diorang yang comel belaka, k ella, Rane dan Ayue

Apple Crumble Bingsu - sedap wei

laki aku bukan suka dengan bingsu ni, sedap

makan sambil borak, cam ni la jadinya

Seronok ko dapat makan biskut Julie’s Hershey’s free flow ni. Amik je kat buffet table kat belakang ni. Sambil tu jugak ada Q&A Session untuk ktorang, terus dapat hadiah on the spot tau.


Yang bertambah lagi special, ktorang dihadiahkan jugak hadiah istimewa daripada Julie’s. Ermm berbalut lagi ni so tak taulah apa dalamnya.







Keenam-enam varisi biskut Julie’s Hershey’s telah tersedia di semua pasar raya besar dan pasar raya terkemuka. Produk ini akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat di seluruh Asia dan seluruh Negara ASEAN, Taiwan dan Mongolia pada awal 2015.


Kalau di Malaysia ni harganya hanya RM7.90 but negara lain tak sure plak ye

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.julies.com.my

Sunday, January 4, 2015

GALERI PETRONAS dan Faber-Castell Persembahkan Seni di Taman KLCC

Hi Korang,

Berita terkini di hujung minggu..

Para pengunjung Taman KLCC yang diselubungi kehijauan dan pencakar langit moden diberi peluang untuk meluahkan kreativiti mereka dalam kelas penghayatan seni baru-baru ini.


Buat julung kalinya aktiviti "Art In The Park" anjuran GALERI PETRONAS dengan kerjasama Faber-Castell menyaksikan 40 orang peserta yang menyerlahkan bakat terpendam mereka dengan melukis persekitaran indah di taman permainan, kolam air, trek larian, dan tentu sekali, Menara Berkembar PETRONAS yang tersergam dengan pensil warna air Faber-Castell.

Sesi 2 jam dalam persekitaran alam semula jadi dan udara segar ini memperlihatkan artis visual, Tang Yeok Khang, giat membimbing peserta dengan penuh semangat untuk mencipta lukisan yang paling imaginatif dengan menggunakan pensil warna air yang mengasyikkan.


Penglibatan dalam program ini memberi beliau peluang untuk menggalakkan masyarakat awam menikmati seni dengan cara tersendiri, satu wawasan yang turut dikongsi bersama dengan GALERI PETRONAS. Bertempat di Aras 3, Suria KLCC, GALERI PETRONAS bertujuan merapatkan orang awam dengan seni melalui pelbagai pameran serta aktiviti yang baru dan menarik. 

Nurshida binti Zainudin, 29, penduduk Kuala Lumpur, telah merebut peluang ini untuk melibatkan seluruh keluarganya dalam aktiviti yang membina ini.

"Hari ini kami membawa anak lelaki, Muhamad Aniq Nazran, berusia 8 tahun, dan sepupunya, Muhammad Afif Irfan, 9 tahun, untuk menikmati kesoronokan menghasilkan karya seni secara kreatif sempena cuti sekolah. Suami dan saya sentiasa mencari peluang untuk melibatkan anak dalam aktiviti sihat dan kami teruja kerana sesi hari ini telah meluaskan pengalaman mereka. Selain itu, mereka gembira dapat membawa pulang pensil warna air Faber-Castell yang bakal digunakan di sekolah nanti," kata Nurshida.


Sesi seni ini turut dinikmati orang dewasa yang suka melukis. Pasangan muda, Jupiter Teh, 24, dan Eelin Leong, 22, setelah menceburkan diri dalam aktiviti itu mendapati bahawa melukis dalam persekitaran semula jadi di taman tersebut telah mencergaskan mereka setelah keras bekerja sepanjang minggu.

Teh berkata, "Setelah penat melakukan rutin harian di tempat kerja, sesi seni di taman ini telah menyegarkan minda dan jiwa saya. Ini merupakan alternatif yang baik untuk menenangkan fikiran selain daripada mengunjungi pusat membeli-belah pada hujung minggu. Saya tidaklah sepandai Eelin dalam seni dan kraftangan, tetapi tetap berasa seronok mengikuti sesi yang menarik ini."

Semua peserta "Art In The Park" diberikan kit lukisan termasuk Pensil Warna Air Faber-Castell baru, pensil grafit hitam Tri-Grip 2B yang ergonomik dan dipatenkan, pengasah pensil dan berus cat air.


Rangkaian pensil warna air Faber-Castell diperbuat daripada grafit yang selamat untuk kanak-kanak. Produk ini menonjolkan inovasi pembungkusan yang dipanggil Wonder Box – sebuah bekas khas yang lutsinar dengan pemegang yang boleh digunakan sebagai penegak bagi menampilkan rangkaian pensil warna supaya ianya mudah dipilih, selain menjadikannya muda dibawa ke sekolah mahupun ke kelas seni.

Bekas ini juga mudah untuk ditanggalkan dan diletak di mana sahaja, sedia untuk digunakan.

Rangkaian Pensil Warna Air Faber-Castell berharga antara RM7.90 – RM59.90 dan boleh didapati di kedai buku dan pasar raya terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat dan pelbagai produknya, sila layari www.faber-castell.com.my

Saturday, January 3, 2015

Pemenang “Peraduan TOP Setia Bersamamu” Bakal Bercuti ke Tokyo Disneyland

Hi Korang,

Berita terkini di hujung minggu

Detergen Pencuci TOP keluaran LION Corporation Japan adalah jenama Detergen Cucian No. 1 di Malaysia. Sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan berterusan konsumer, jenama tersebut baru-baru ini menganjurkan Peraduan TOP Setia Bersamamu dengan acara kemuncak, peraduan akhir yang berfokuskan aktiviti kekeluargaan yang penuh dengan keseronokan, menyaksikan 10 keluarga bersaing untuk merebut hadiah utama, percutian 5 hari, 3 malam untuk empat orang ke Tokyo, Jepun di AEON Bukit Tinggi, di sini.


Peraduan yang berlansung dari 1 September hingga 10 November bagi tempoh 10 minggu, menawarkan 10 hadiah mingguan dan 10 hadiah utama untuk para pemenang yang merangkumi Percutian 5 hari, 3 malam ke Tokyo untuk empat orang, Kerusi Urut Ogawa Smart Delight Plus, Pembersih Hampagas Stim Karcher, Mesin Basuh LG, Penapis Air Coway dan 5 hadiah saguhati bernilai RM300 di peraduan akhir dijalankan di AEON Bukit Tinggi, di sini, hari ini. Pusingan mingguan memerlukan para peserta menjawab soalan-soalan mudah, manakala pusingan akhir menyaksikan cabaran mental dan fizikal bertujuan menentukan keluarga yang memiliki semangat berpasukan dan semangat satu hati terbaik di samping strategi yang berkesan. Peraduan ini bertujuan menghargai pelanggan TOP atas kesetiaan mereka, dan bagi menekankan komitmen jangka panjang TOP kepada penggunanya. 


Pemenang hadiah utama Norizahwati Bt Razali dan keluarga, berjaya menewaskan finalis-finalis lain bagi membawa pulang hadiah berupa percutian selama 5-hari 3-malam untuk empat orang ke Jepun, termasuk pas lawatan ke Tokyo Disneyland, bernilai RM28,000.

Marsita Bt Abd Rahman and Soraya Bt Othman yang menduduki tempat kedua dan ketiga masing-masing memenangi kerusi urut Ogawa Smart Delight Plus bernilai RM11,550 dan pembersih hampagas stim Karcher bernilai RM5,500

TOP adalah detergen pakaian pertama yang memperkenalkan teknologi anti-bau hapak di Malaysia pada tahun 2003. Ia kemudiannya memperkenalkan formulasi anti-debu hama pada tahun 2011 yang terbukti menghapus 99.9% debu hama yang merupakan sumber alahan, dan terus mengungguli konsep kebersihan yang menyeluruh.


Menurut Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, TOP telah menempa nama dan menonjolkan diri menerusi pengenalan konsep kehidupan bersih menyeluruh, warisan Jepun mereka, inovasi berpandukan kajian dan pembangunan dan pemasaran berfokus pengguna serta interaksi bersemuka yang menjadikan jenama tersebut jenama kegemaran ramai konsumer. 

“Sebagai jenama detergen pakaian No.1 di Malaysia, kami memikul tanggungjawab mendidik konsumer menerusi kaedah menarik dan interaktif mengenai konsep kehidupan bersih menyeluruh. Kami sedang mengubah persepsi umum mengenai apa itu bersih, dimana Kebersihan sebenarnya melampaui apa yang boleh dilihat dengan mata kasar dan termasuk yang tidak kelihatan, serta merangkumi keselesaan dan juga kesejahteraan. Warisan Jepun jenama kami, inovasi yang terbukti dalam teknologi pembersihan dan pemasaran yang berfokuskan pengguna seperti Peraduan TOP Setia Bersamamu menguatkan lagi janji jenama kami kepada konsumer dengan membina kepercayaan dan hubungan yang lebih rapat,” kata Cik Foo.

Peraduan tersebut dianjurkan bagi menyokong kempen roadshow yang sedang berjalan di seluruh negara yang memberi peluang konsumer mengenali dengan lebih dekat jenama TOP, inovasi cuciannya, hadiah yang ditawarkan serta mencuba rangkaian detergen yang ada.

Bagi sepuluh keluarga yang berjaya melangkah ke pusingan akhir di AEON Bukit Tinggi ini, finale Peraduan TOP Setia Bersamamu menguji hubungan kekeluargaan mereka. Setiap keluarga perlu memilih dua orang ahli. Salah seorang daripada mereka ditutup matanya dengan kain dan seorang lagi akan memberi petunjuk. Mereka perlu membersihkan kotoran daripada baju gergasi menggunakan cangkuk secepat yang mungkin. 


Para penonton geli hati dan terhibur dengan telatah para peserta yang mendapati bukan mudah mengikuti arahan dengan mata tertutup kerana ia memerlukan konsentrasi, koordinasi dan semangat berpasukan. 

Norizahwati Razali, 34, surirumah and Shahidah Razali membuktikan kehandalan mereka bekerjasama dan menerima arahan, menewaskan lawan mereka dengan catatan masa terpantas untuk memenangi hadiah utama percutian 5 hari 3 malam untuk empat orang ke Tokyo, Jepun. 

“Kami memasuki pusingan akhir ini tanpa mengetahui cabaran yang bakal ditempuhi dan bersyukur kami menang! Sebagai pengguna TOP selama bertahun-tahun, kami memang sedia maklum ia membersih dengan lebih efektif dan menghapuskan bakteria dan debu hama untuk kebersihan lebih baik dan menyeluruh. Gembira rasanya apabila diberi ganjaran kerana membuat pilihan tepat,” kata Norizahwati.

“Terima kasih TOP kerana menghilangkan kotoran kelihatan dan tak kelihatan dari pakaian kami dan memperkenalkan inovasi untuk kehidupan lebih baik. Kami sukakan kerusi urut ini, dan mengalami saat yang menggembirakan semasa Peraduan TOP Setia Bersamamu ini,” kata Marsita Abd Rahman, 51, guru sekolah daripada Teluk Intan yang muncul tempat kedua dan membawa pulang kerusi urut bernilai RM11,500. 

“Nantikan lebih banyak inovasi daripada TOP dari segi produk dan aktiviti pemasaran kami. Kami ingin terus menggembirakan para pelanggan kami menerusi inovasi ke arah kehidupan bersih menyeluruh,” kata Cik Foo sebagai penutup.




Friday, January 2, 2015

Tahun 2015

Hi Korang,

Ni baru ada kesempatan nak bukak blog malam ni.

Dah masuk hari kedua tahun 2015, aku cuti lagi. Bukan nak cuti pun dah company dah bagi kan, so cuti lah. So nak citer pasal apa ek.


Ermm azam tahun baru 2015?

Semoga aku lebih rajin bekerja di office so boleh naik pangkat, rajin berblogging sampai ramai client cari, rajin menjaga rumahtangga sampai orang rasa sayang dengan aku dan rajin dalam segala hal lah.

Apmacam bangga tak?

eeee memang KLISE sangat kan!

Untuk seorang perempuan yang berumur 37 tahun ni, rasanya dah tak de apa lagi yang aku perlukan. Segala-galanya dah ada. Just follow the flow dan tingkatkan sket lagi usaha tak kira dalam apa juga bidang pun.

Tak de specific pun.

Selamat tahun baru 2015 korang, semoga apa yang dicitakan akan tercapai..


Wednesday, December 31, 2014

Pisang Cheese Jakarta di Seksyen 9, Bangi

Hi Korang,

Ok teruskan mood berblogging ni ek 

Chaiyok!! 

Minggu lepas sebelum pi amik #DakUban kat hostel dia, ktorang jejalan kat area Bangi ni. Bukan pun, just melawat kawasan. Ewah cam YB plak kan.


Sebenarnye duk cari gerai yang jugal pisang cheese ni. Itu hari aku pi beli kat Seksyen 8 gerai tepi jalan yang menghadap Petronas Seksyen 7 ni. Ermm haru sungguh, ada ke pisang tu dilenyek dan di letak dalam kulit popia dan digoreng. Lepas tu baru curah cheese.

Ermm memang tak kenalah dengan tekak aku, langsung tak original. Taulah nak buat kelainan tapi out of taste lah. Itu kira first dan last aku singgah gerai tuh. 

Lalu lalang depan hospital AnNur ni ternampak gerai Pisang Cheese Jakarta ni. 


Comey nau gerai ko bang, kena bukak mata then baru perasan. Mr Big berhenti tepi, suruh aku turun pi tengok betul ke tidak gerai tuh. Hah nasib baik betul, terus je aku beratur. Tapi tak ramai orang pun time tuh, ada sorang kakak je depan aku ni. Mak oi beli bukan main banyak, agaknya sedaplah kot

Ada pelbagai pilihan perasa untuk dicuba ek.


Of courselah aku memilih 

Original (RM7)

Messy Chocolate (RM7)

Cukuplah cuba dua perasa dulu. Jangan tamak, kang beli bebanyak tak sedap cam ne cakap dalam hatilah time tuh.

Balik rumah, lepas kemaskan bebarang asrama #DakUban ni, terus je makan. Not bad rasanya, boleh tahan sedap. Sama macam aku makan kat Jakarta time birthday aku hari tuh. Aku prefer perasa Original coz rasa brown sugar tu memaniskan lagi pisang tuh.

Korang nak cuba, meh singgah di


Pisang Cheese Jakarta

Sebelah Restoran Kelisa
Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi


(sebaris dengan hospital Annur dan juga restoran jepun Miyagi tuh ek)

ambik gambo guna handphone je, sebab tu cam suram-suram je warnanya kan hehehhehe


Tuesday, December 30, 2014

Our 7th Anniversary di Pulau Langkawi 2014

Hi Korang,


Aku citer overall la ek, later baru ade entry kecik-kecik satu persatu la kan.

Memang tak plan pun nak celebrate wedding anniversary kat Langkawi ni. 

Sudahnya ari tu Mr Big ajak pi beli tiket kat Air Asia Office di KL Sentral. Bukan time promo pun, so bayar jelah amount yang tertulis kat screen kiosk tuh. Mak redho jelah, nasib baik duit blogging yang balance2 tu ada lagi kan. Trip kali ni kena turn aku sponsor so siapkan duit jelah.

tak ramai orang pun time sabtu petang tu nak ke airport

Lagi 2-3 hari nak fly ke sana, baru sibuk nak search apa nak buat kat sana nanti. 4 hari 3 malam tuh, tak kan nak duduk memerap dalam bilik je which hotel pun tak book lagi. Teruk kan perangai. Nasib baik ada agent ktorang kat sana. So dia yang cadangkan a few places to stay dan apa aktiviti nak buat untuk ktorang berdua dan planned untuk ke Koh Li Pe di Thailand. Padahal ktorang ni tiap-tiap tahun pi Langkawi dah macam balik kampung tapi itu ikut family so shopping jelah aktivitinya.

Pagi sabtu tuh, lepas hantar #DakUban masuk asrama terus je ktorang ke KLIA2. 

Malas nak naik public transport sebab rasanya agak leceh kot nak usung bag sana sini, so jawabnya park je di airport. Memanglah satu hari dalam RM46 rate parking tapi kalau kira balik kos aku naik public transport sama je. Ok park #BudakJahat bebaik dan terus masuk ke departure hall.


Flight dari KLIA2 ke Langkawi Airport was good. Walaupun keadaan cuaca tak menentu, hujan sekejap-sekejap ktorang still sampai on time.

si Syaiful ni tengah sibuk uruskan booking ktorang

pilih kereta idaman kalbu ek


Lepas je collect baggage, agent ktorang Syaiful dah tunggu kaunter tempat sewa kereta tuh. Tak ingat plak aku dia kaunter berape. Dialah yang tolong bookingkan tempat snorkeling, mangrove session, kereta sewa even hotel pun dia dah book a few hotel, ktorang just pi view dulu hotel mana nak tidur. 

ktorang dengan Syaiful

Yelah ko, tengah musim cuti sekolah ni, bilik full manjang je. Dahlah dapat harga adik-beradik plak tuh hehehehe.

view depan bilik ktorang

Amik kereta, terus je pi survey tempat yang Syaiful booking kan tuh. Semuanya area Pantai Cenang sebab senang ktorang nak ke Koh Li Pe esoknya. Singgah hotel sana, view hotel sini sudahnya ktorang check in di Landcons Hotel yang betul-betul depan Underwater World.

sempat swimming kejap

cantikkan bilik ktorang, macam honeymoon gituh hehe

Bilik yang ktorang dapat tu sangat unik sebab atas building hotel ada resort kayu 6 biji je. Memang sangat privacy, senyap sunyi. Betul-betul rileks lah. Ok hotel nanti citer dalam entry lain tau.

Sudahnya ktorang tak dapat jugak nak ke Koh Li Pe Thailand sebab pasal urusan immigresen dan cuaca yang aku rasa tak berapa best untuk tidur semalam di sana. 

So spend time di Pantai Cenang jelah.

sedap nasi lemak kedai depan hotel ni

Ermm bab makan plak, Langkawi ni memana tempat ada je tempat makan. Rasanya semuanya ktorang nak cuba tapi perut yang tak mengizinkan plak. Yelah kan, meletup usus tu kang baru, nak sumbat semua menda sekali masuk. Tapi ada 1 restoran yang aku banned kat Pantai Cenang ni sebab cara diorang masak ikan bakar tuh. Memang worstlah.


oh pantai yang indah

rehat jap


Aktiviti ktorang semasa berada di Pulau Langkawi ni ermm best. On 2nd day tu seharian ktorang kat Pulau Payar. Bermandi-manda bersama baby shark dan ikan-ikan air masin di situ.Seronok tak terhingga sampai aku jatuh tergelincirlah kat jeti ferry sebab hujan yang lebat masa nak naik balik ke ferry tuh.


amik gambo dari warung tepi airport ni, nampak kan cable car



best oo naik duck tour ni

Hari ketiga plak, ktorang mengabiskan masa mengelilingi Pulau Langkawi, alah bukan besar pun. Tuang minyak RM30 pun tak abis, saja nak tengok keadaan kehidupan orang-orang yang tinggal kat sini sampai Kilim Mangrove Tour pun ktorang tak pi pun hehehhehee sebab lepak duk main Duck Tours kat Oriental Village ni. 

pekena kopi secawan dua di Cenang Mall

Lepas tu plak, jejalan ke Pekan Kuah untuk shopping coklat tapi tak beli banyak pun. Pinggan mangkuk ? ermm pandang jelah sebab dapur dah penuh dengan pinggan mangkuk. Tapi beli jugak periuk Tefal satu, alah untuk gantikan periuk masak maggi aku ni.

amik dari flight ni, aerial view. nampak kan hotel aku

Sesungguhnya trip kali ni memang rileks sangat coz tak schedule pack pun. Bangun lambat, boleh pi makan bila-bila, lepak-lepak depan bilik hotel sampai tengok sunset, mandi swimming pool sesuka hati, jejalan di Pantai Cenang tu sampai ke pagi. Yelah kat sana majoriti tutup dekat nak subuh kan.

Dah macam tourist mat salleh plak rasanya. 

Ok untuk entry kecik-kecik aku tulis lain kali ek, senang sket korang nak refer untuk travel ke Pulau Langkawi ni nanti. Oh ye, aku tak tulis pasal budget pun sebab memang tak de budget untuk trip kali ni. Alah anniversary kan, setahun sekali itu pun nak berkira gak ke. But majoriti perbelanjaan semua guna duit blogging kecuali makan dan sewa kereta coz Mr Big yang banjer. Lelain semuanya ON me.

Dah itu je..

Cheers


Monday, December 29, 2014

#Mood Blogging Kat Mana

Hi Korang,


Mood kat mana, awak awak kat mana (yeaa)
Mood kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)
Mood kat mana, awak awak kat mana (yeaa)
Mood kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)
Mood kat mana, awak awak kat mana (ditanya)
Mood kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)
Mood kat mana, awak awak kat mana (yeaa)
Mood kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)

Mood kat mana, awak awak kat mana
Asyik mood kat mana padahal ko yang malas
Awak sudah kenapa sikit sikit cakap tak de masa
Nanti hilang idea baru padan muka

Makan apa? Event Di mana? Ku selalu ditanya
Kau ni dah kenapa? Buat jelah entry
Ini bukan namanya manja
Rasa nak luku kepala dibuatnya

Mood kat mana, awak awak kat mana
Aku di dalam laptop ni, saje tunggu ko bukak
Tak suka aku tak paksa, jangan ko cakap tak de masa
Kau bukan newbie lagi, blogger otai dah pun tau tak

p/s : pinjam lagu Taufik Batisah ni kejap ek


Seriously mood blogging dah kelaut dah ni. Maklumlah hujung tahun kan, asyik berjalan bercuti merata tempat. Dengan plak berita banjir seluruh negara dan kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 lagi. 

Sedih memang sedih tapi kena cari jugak mood berblogging ni ek

Mojoo dah tak de ni…..

pics : credit to google.com

Friday, December 26, 2014

OPHILIA Citer Pasal Skinhead

Hi Korang,

Malam Krismas tuh, ktorang tak de buat apa pun.

nampak tak quehaidar pun komen kat insta aku tau

Tup-tup Mr Big ajak pi tengok wayang filem OPHILIA ni. Asalnya nak pi tengok kat TGV Mines tapi tak de plak. Search punye search kat GSC Alamanda ada. So terus booking online, bayar pakai Maybank2U je. 

Senang kan. Tak yah nak beratur panjang. Eee malas aku


La memang ye pun. Bukan main panjang beratur tau time aku nak pi redeem tiket ni. Yang couple, yang bawak anak, yang dengan kengkawan semua ada. Agaknya nak pi tengok citer Hobbit kot, seriously berderet sampai keluar ni.

Mr Big cakap filem ni pasal bebudak Skinhead. Ooo Skinhead ye, aku cuma kenal dan tahu pasal Skinhead ni budak botak yang pakai kasut Dr Martin dan budak botak tu adalah laki aku tuh. Dia dulu cam tulah. Masa tu ktorang tak kenal lagi, dia adalah tunjukkan a few photos dia dulu. 

Itulah citernya


Ni baca sket Sinopsis Ophilia, filem Skinhead Malaysia

Filem Ophilia mengisahkan tiga sahabat, Uji (Pekin), Ozzi Gandum (Que) dan Totoi (Kodi) yang mengamalkan gaya hidup skinhead, bertembung dengan Ophilia, perunding kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur.

Timbul konflik antara mereka sehingga menyebabkan Ophilia terbunuh. Disebabkan peristiwa itu, kegiatan gengsterisme di Kuala Lumpur lumpuh dan mereka bertiga diburu.

Berani mendepani situasi berlaku, mereka dituntut membayar ganti rugi bernilai RM75,000.


Komen Aku:

So inilah sebenarnya gambaran dunia Skinhead. Memang orang-orang biasa macam kita ni akan pandang serong kat bebudak golongan ni yang pada hakikatnya diorang ni baik, bertanggungjawab dan penyayang. Betul-betul kisah mengenai persahabatan atau diorang gelar ’brotherhood‘ dan ’bloodbrother‘, sanggup sehidup semati demi persahabatan. 

Tapi Ozzi Gandum ni panas baran sangat, sebab tulah semua konflik ni jadi. Nasib baik ada Uji yang cool giler dan Totoi yang kelakar abis. Walaupun pekak sebelah tapi sayang giler kot kat emaknya.


Endingnya ermm tak dapek nak citer pun sebab aku sendiri tak sangka. Jauh dari prediction aku

Rating : aku kasi 4/5 bintang

Majoriti yang tengok filem Ophilia ni bebudak lelaki je. Yang datang dengan group yang pakai Dr Mart walaupun tak botak.

inilah budak botak kesayangan saya

Hah pi tengoklah sendiri ek.

Sangat best lah bro....


Pics : credit to google.com