Friday, April 26, 2013

I Joined Biggest TT Mask Review Party, Yeah!


Hi Korang,

Sebelum tuh, mintak tolong VOTE aku kat blog denaihati.com ye, tekan kat LINK ni

Ok back to story now!


Aku rasa bertuah sangat sebab dapat join Mask Review Party yang terbesar dalam dunia blogging ni.

Ye ko, tak kan nak tipu plak.


Boleh masuk Guinness Book Record la, dia dah register ke belum ek.

Ktorg bebudak beauty bloggers ni dapat mask untuk digunakan secara serentak, semuanya sampai kat umah dalam hari yang sama. 

Efficient sungguh kan.

Ok ni yang aku dapat


Dapat 4 keping mask dari TT Mask dan cash voucher sekali tau.

Sukenya


Malam tu terus gak pakai Swallow’s Nest Mask ni.

Ianya merupakan mask untuk flawless whitening mask yang membolehkan kulit muka seperti a baby-like radiance and softness.

Wah kemain lagi benefitnya

Cara pakai mask:-


Itu je instruction kat belakang packging ni. Kalau nak details meh klik kat entry PAKAI MASK ye

Dah pakai pun, moh rehatkan muka sambil tengok TV ye



Lega betul rasanya, yelah dah lama tak pi facial kat Anjung Jelita SpaNasib baik ada mask ni kira cam pi facial gak lah.

Thank you to Tammy dari Plusizekitten.com for these special project.Lain kali kalau ada lagi, jangan lupa invite me ye..



Jom check it out more detail of this mask at www.ttmask.my and www.facebook.com/ttmaskMalaysia

Korang pun boleh visit
 International Beauty Expo event from 18- 21 May, 2013 at Kuala Lumpur Convention Centre at Booth Number 2003 & 2005


Isteri, Kalau RIndu SMS Je


Hi Korang,

Aku tau ramai wifey yang PJJ dengan husband tersayang kan. Biasalah cari rezeki kena berkorban dulu, kemudian-kemudian barulah senang, ye tak?

Sempena hari jumaat ni, aku attachedkan nasihat straight forward Ustaz Azhar Idrus kepada korang ye



Moga-moga dapat manfaat daripadanya ye..

Bukan apa, aku perasan 2-3 minggu ni kat FB newsfeed aku ni, berlambak-lambak menda-menda sebegini.

Taulah awak sayang laki awak tapi berpada-pada la.

Ingat tu!

Selamat Hari Jumaat!


Thursday, April 25, 2013

Meh Undi Aku di Denaihati.com

Hi korang,


Disebabkan aku ade join review yang bro denaihati.com anjurkan last week, so nak mintak tolong korang vote entry aku nie ek.

Caranya senang je,


2. Cari perkataan SINI dan boleh vote aku ek.

3. Itu je mudah kan.


Mintak tolong sesangat ek, tak de manifesto yang aku janjikan tapi tolong menolong apa salahnya kan..


Sempat lagi nie tau.. Cepat ek

p/s : update blog kat airport sementara flight sampai ehehe


Jom Add Aku Kat Keek.Com

Hi Korang,

Ramai plak aku tengok orang duk ber keek-keek ni.

Demi mengikut trend katanya, aku pun sibuk duk mengdownload KeeK aps.

So inilah ID keek aku


Yang aku perasan, lately ni ramai plak yang view keek aku pasal ayam joget poco-poco. 

Korang tengok ni




Kelakar ke? 

Mr Big la ni, duk melayan ayam-ayam tuh. Yang ayam tu plak duk mengikut dia kiri kanan kan

Mengarut betul, sampai mak aku pun duk tergelak tengok video ni.

Memang tak de keje, cari keje betul.

Korang ada keek gak tak? kalau ada jangan lupa add tau..

Jom kite berkeek beramai-ramai ye





Wednesday, April 24, 2013

Ikan Pari Dan Ulam Raja


Hi Korang,

2-3 hari ni momentum untuk menulis entry agak kurang sket.

Walaupun dah berehat panjang but still blur-blur jugak. Memang penat sungguh menjadi malay lifestyle blogger ni. Nampak cam santai but hakikatnya ermm…

So nampaknya traffic visitor minggu ni akan jatuh merudum lah kan. Okla kasi chance orang lain tingkatkan traffic blog plak kan.

Tapi bab makan memang tak boleh merudum ye, kalau tak turun lemak-lemak aku yang liat bergengtayangan kat keliling pinggang ni.

Jadi lunch hari ni

Tu dia..


Ikan pari masak asam pedas di makan bersama dengan ulam raja dan sambal belacan.Wow memang sangat terbaik. Pedas + pedas = sangat pedas !

Simple tapi marbeles..

Selamat makan korang!

Tetiba mood blogging datang balik yeah, mari sambung menulis..



Wordless Wednesday – Bloggers Dan Pesta Buih

Hi Korang,


Wordless Wednesday for this week


Ye.. main buih sampai pengsan hkahakhahakhak


Tuesday, April 23, 2013

Murah Papa John’s Executive Lunch Set Nie


Hi Korang,

Executive sangat la kononnya kan.

Mak bukan executive noks, mak ni keje bawah panas terik matahari membanting tulang. Tapi itu dulu, sekarang tak lagi. Now duduk bawah air con membanting tulang depan PC je but still bukan executive ye.

Ingat tuh!


So hari tu lepas kena tiau dengan consultant pasal sub-con tak anto-anto lagi OMM, aku melepaskan tension di Jusco Equine Park dengan pi makan yang sedap-sedap. Tapi kat dalam tu semua tempat lunch full, time makan ye dak.

Nampak je Papa John’s tak ramai orang terus masuk dan duduk.


Sekali waitress tu datang bawak set lunch menu.

Di sebabkan malas nak tunggu Pizza, so aku order

Baked Papa Special


Disertakan sekali dengan soft drinks dan mushroom soup.

Cuba tengok




Yum yum sungguh!

Kesudahannya


Abis licin aku bedal hahhahahah


Eh korang pun boleh cuba gak tau. Murah je RM9.90 onwards. Aku kena hari tuh dalam RM12.00 nett

Kira ok lah, lagipun sekali sekala apa salahnya.

Itu je..

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Duta Terbaru SNE Marketing


Hi Korang,

Kalau cakap SNE mesti korang tak tau apa menda tu kann, tapi kalau aku cakap produk Beutskin Essence yang penyanyi Adira makan tu for sure korang tau kan.

Kalau bab nak putih nak cantik serah je kat korang kan confirm suker punya.


Tapi tak de lah Dr Sheikh Muszaphar makan Beutskin ni tapi dia amalkan produk ‘SNE Capsule‘ yang mengandungi suplemen seabuckthorn untuk mencegah daripada sinaran radiasi yang berbahaya.

Pada tahun 2005, SNE Capsule telah diiktiraf oleh China Space Foundation (CSF) sebagai “Makanan Suplemen Khusus Angkasawan China”, ia sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai makanan suplemen di angkasa lepas. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pernah mewakili Malaysia mengembara ke angkasa lepas pada tahun 2006, ini merupakan satu pencapaian yang gemilang dalam sejarah Malaysia. Seseorang yang begitu istimewa seperti Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selaras dengan imej jenama SNE yang fokus pada kesempurnaan dalam produk kesihatannya.


Hebat kan produk ni, bukan setakat untuk angkasawan je kita-kita pun boleh makan lah.

SNE memiliki tapak seabuckthorn liar yang terbesar di dunia. Produk kesihatan dan penjagaan kulit SNE menggunakan ekstrak seabuckthorn liar Mongolia Dalam sebagai bahan utamanya. Malah, dengan menggunakan Teknik Pengekstrakan Superkritikal CO2untuk mengekstrak nutrien seabuckthorn, struktur dan keaktifan nutrien dapat diperlihara supaya kesan unggulnya tidak kehilangan. Oleh sebab seabuckthorn liar mampu mengekalkan nutriennya pada keadaan persekitaran yang teruk, maka, ia memiliki jumlah nutrien yang sedia diserap yang lebih tinggi. 


Memang seronok dengar Dr. Sheikh Muszaphar bercerita pasal experience dia ke angkasa lepas tu, memacam perkara yang dia alami so dengan adalah suplemen Seabuckthorn ni dia mampu atasi semua tuh.


Di antara produk SNE yang terbaru mengandungi seabuckthorn adalah:-

1. SNE Capsule
2. Artercardy Essence
3. WIS-D Essence
4. SeaBuck Activ
5. Rebond Essence
6. Excel Tea

Memacam ada kan, semuanya ke arah kesihatan yang optimum


Aku tak sempat nak amik gambar dengan Dr. Sheikh Muszaphar masa launching hari tuh, maklumlah ramai betul peminat beliau yang hadir. Kira bagi chance kat diorg ni lah.
Ok nak citer pasal produk SNE ni


Aku dah cuba SNE Capsule dan mak aku dah cuba SeaBuck Activ dah masa 2 minggu ni.

So far, SNE Capsule memang memulihkan kulit aku yang ada masalah ni. Biasalah orang saiz comel cam aku ni cepat berpeluh so kulit mula melelas dan melecet di bahagian pelipat so ada kesan yang tak cantik, bila makan SNE Capsule kesan-kesan melecet tu mula berkurangan dan kering.

Mak aku plak selalu batuk-batuk biasalah orang dah berumur kan, so aku bagi makan sekali je SeaBuck Activ terus lega kerongkong yang gatal tuh dan hilang batuk-batuk sebelum ni.

Kira bagus betul lah produk SNE ni.

Tak sabar plak aku nak cuba Artercardy Essence dan Excel Tea, hopefully akan nampak gak kesannya pada aku nanti.

So terima kasih kepada SNE Marketing kerana sudi menjemput aku ke event ni, hopefully dapatlah jemputan dari diorg lagi ek.

Monday, April 22, 2013

Samsung S4 Tiba di Malaysia, Tak Sabarnya

Hi Korang,

Perasan tak last week aku ada banyak post gambar kat Facebook wall pasal ketibaan Samsung S4 tak lama lagi.

Memang pun sket masa je lagi.

Last week aku sempat terjah ke Pre-Teaser S4 ni kat Jaya One,PJ.

Memula sampai tu nampak cam tak de orang, kemudian baru ada 2-3 orang duk tengah setup something. So inilah kot.


First sekali ade orang nyanyi-nyanyi, rasanya macam lagu tema untuk iklan S4. Ada plak orang main muzik sekali tuh. Dah macam live performance plak.

Majoriti instrument music cam classic gitu macam voilin dan cello. Ntah apa pun aku tak sure. Sedap gak, harmoni je bunyinya.


At the end keluarlah beberapa orang bawak banner S4 keluar.

Uisk cam tu sekali gimiknya, awesome sungguh.

Korang pun excited gak kan, aku tau dah.

Jeng jeng jeng...

So Samsung S4 akan muncul di Malaysia ni tak lama lagi.. Soon tau, dah dekat je tau

Jadi pada hari yang di nantikan tu, bangun cercepat then terus ke Samsung outlet yang berhampiran dengan korang. 

Aku for sure banyak telco akan buat launching serentak mengenai Samsung S4 ni.

Aku?


















Haruslah wajib pi ke launching ni, nak usha-usha betapa canggihnya smartphone ni kan.

Jom korang!







Saturday, April 20, 2013

Surat kepada PENCINTA KUCING Yang di Sayangi.


Hi Kakak, Abang, Pakcik dan Makcik


Nama kita kucing comel. Hidup kita terbiar tau sama cam nasib kengkawan lain.

Huhuhu sedih kan.


Yelah nak bercakap pun tak reti inikan plak nak hidup berdikari, semuanya mengharap belas ehsan orang lain.

Nasib baik ada satu orang ni, nama dia Kak Wawa. Dia sudi nak tolong kita tau.

So Kak Wawa akan anjurkan CAT ADOPTION DRIVE bersama-sama dengan PAWS kat Jim’s Burgers & Breakfast Cafe nanti untuk membela nasib ktorg yang lemah tapi comel ni.

CAT ADOPTION DRIVE

Tarikh : 10th dan 11th May 2013

Time : 12pm – 6pm

Venue : Jim’s Burger & Breakfast,
No 1-07-01, Block 1, Presint Alami, Pusat Perdagangan Worldwide, Persiaran Akuatik,
Seksyen 13, Shah Alam Selangor



(Lokasi kedai ni – ikut jalan nak ke Tesco Extra dekat pusat akuatik tuh, nak lagi senang sebaris dengan GoodHope Hotel, mengadap jalan besar. Boleh nampak rumah-rumah beso yang cantik tu lah)


Kalau Kakak, Abang, Pakcik, Makcik peminat dan pencinta kucing comel macam saya ni ada FREE time jemputlah ke sini. Selain daripada dapat jumpa kita, dapat gak jumpa kucing-kucing comel yang lain sambil dapat make friends dengan pencinta kucing yang lain.


Kalau dah suka dengan kita, boleh bawak kita balik lah.  Kak Wawa dah siapkan makanan kita sekali. Royal Canin tuh, mahal dan berkhasiat wokeh. Lagi plak, kalau Kakak, Abang, Pakcik dan Makcik nak bela kita, Kak Wawa akan bagi gift card RM30 untuk makan kat Jim’s Burger ni. Makan kat sini sedap tau, tak caya meh baca kat ENTRY Akak Cik Lily Putih ni. Dia tu kan kaki makan.

Lagi ramai datang lagi bagus tau sebab kengkawan kita ramai yang perlukan kasih sayang dari pencinta kucing macam Kakak, Abang, Pakcik dan Makcik ni.

Mesti ktorg happy coz dah ada rumah baru, so boleh memain dengan gembiranya.


Jangan lupa, nanti datang ye. Lepas balik jejalan tuh pada 11th tuh, meh lah ke sini. Boleh gak makan-makan sambil main-main dengan kita.

Datang tau, kita tunggu....

Sekian.

Yang dahagakan kasih sayang,

Kucing comel dan kengkawan