Wednesday, April 9, 2014

Buat Pizza Sendiri Bila Dinner Di Chatz Brasserie PARKROYAL Hotel Kuala Lumpur


Hi Korang,

Yeah, its Pizza time.

Aku memang suka makan pizza sebabnya ianya simple dan mudah untuk di sediakan. Cuma base tu aku kena struggle sket. Cara mudah beli je basic doh yang jual kat kedai tuh. Aku selalu beli kat Jaya Groccer dengan Giant. Tapi kalau dah sangap sangat, pakai roti gardenia pun boleh.


Tak pun korang boleh ke ‘Mama Mia Pizza’ Chatz Brasserie di Parkroyal Hotel ni untuk menikmati hidangan pizza ciptaan mengikut citarasa korang.

Yelah, aku tak main-main sebab aku dah cuba sendiri tau.


Cuma tambah pelbagai jenis bahan mengikuti order form yang di sediakan, tak kisahlah korang nak letak udang lebih ke, tak nak bawang ke, salmon penuh satu doh ke kan. Semuanya boleh






Ada pilihan makanan laut macam udang, sotong, smoked salmon, kupang, ketam dan tuna. Kemudian untuk pilihan ‘from the land’ ada pepperoni, meatloaf, chicken strips, sliced beef, chicken satay dan telur




Sayur-sayur macam bawang, capsicum, cendawan, terung, tomato, kentang, gherkin dan olive pun ada jugak. Gravy plak ada tomato coulis, cream sauce, peanut sauce, tabasco dan pesto.

Aduiyai memang pening dibuatnya masa ktorang duk tanda order form hari tuh.













Rasanya lebih daripada 10 jenis pizza ktorang makan. Orang cuma 6 orang je tapi selera ermm memang menyengat betul lah. Memacam perisa pizza yang kita cuba, ada kombinasi yang betul-betul sedap dan ada yang argghhh rasa cam muak pun ada.




Untuk ‘Mama Mia Pizza Dinner’ ni, ianya pada setiap Khamis sahaja dari 6.00pm - 10.00pm yang mana korang boleh makan seberapa banyak pizza (unlimited order) dengan pilihan toppings ikut suka berserta dengan salad bar dan soup.

RM3 for free flow of Coke or Sprite
RM10 for a glass of draft beer
RM35 for a jug of draft beer.



Haruslah menarik kan, sambil nak tunggu pizza siap boleh makan salad dan sup dulu sebagai pembuka selera. Ermm tak gituh temah.

Harga Mama Mia Pizza Dinner ialah

RM49nett untuk seorang dewasa

Untuk lebih details, sila hubungi +603 2147 0088 ext 6350 atau email chatz.prkul@parkroyalhotels.com


Jom kita ke

Chatz Brasserie
Parkroyal Hotel Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel : 03 – 2147 0088


Ermm tak tercakaplah cam ne rasanya ni. Langsung tak tercapai dek akal. Yelah satu malam boleh makan pizza sebanyak ini. Mau sebulan aku tak makan pizza lepas ni



*****************************


Kalau korang ingin mengikuti perkembangan aku dengan lebih mudah lagi cepat dan advance selain dari membaca di blog, boleh follow aku seperti di bawah... 

Instagram : @ciklilyputih

Twitter : @ciklilyputih

Google+ : +ciklilyputih

Fanpage : ciklilyputih.Com

p/s : musim nak tambahkan kenalan baru di social media, mana tau korang bertuah boleh dapat mystery gift kan.





Wordless Wednesday - Comel Nau..


Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week


Comel nau kereta katak ni, dahlah warna kuning kan




Tuesday, April 8, 2014

Teringat Pada Laksa Belut Langkawi



Hi Korang,

Memangla aku baru je abis lunch ni. Ari ni makan ayam semata je.

Hari-hari ayam, rasanya sampai muka pun dah macam ayam dah cuma tak berkokok je pepagi. 

Ermm tengah syiok-syiok menaip ni, teringat plak kat laksa belut yang aku makan hari tuh masa cuti-cuti Malaysia ke Langkawi.

Aku memang tak tulis pun pasal shopping trip ktorang sekeluarga ke Langkawi coz sama je setiap tahun, kira dah macam ballik kampung je. Shopping, shopping dan shopping je dalam kepala otak. Sebab tu gambo pun sket benau.

Mak aku punya marah bila aku cakap nak makan laksa belut. Dia cakap dah tak de menda lain lagi ke nak makan. La omak ni, cuma sporting sket. Dia cakap ko tak geli ke, dah macam ular tu kan. 

hehehehhe omak omak cam tu lah kan.


Masa diorang duk sibuk naik Cable Car kat Gunung Mat Cincang tuh, aku dengan cousin aku sedap-sedap pi sapdek kat gerai-gerai luar kawasan parking tu kan. Benda pertama yang aku cari haruslah Laksa Belut tuh. Tanya 2-3 gerai semua jual laksa biasa je, cuma kedai yang last sekali jual Laksa Belut. 

Apa lagi order, then terus duduk.


Ermm rasanya sama je cam laksa biasa, cuma di tambah belut je. Tak delah jelek mana pun. Taste wise sedap but tak de lah special. Cuma perkataan belut tu yang menambahkan kesedapan lagi. Isi ikannya kenyal sket. 


So lepas ni bila orang tanya, pernah makan Laksa Belut, jawabnya haruslah dah kan. Kira makanan ni ala eksotik jugak ek.

Laksa je wei, bukan ulau la.... heheheheh





Kaligrafi Khat KUFI, Terminat Plak Jadinya


Hi Korang,

Aku memang tak tau apa tu Kaligrafi KUFI until aku pi beli frame untuk pompuan sorang ni.


Aku tanyalah dia nak buat apa dengan frame bebanyak ni, ermm rupanya untuk framekan ayat Kaligrafi Khat KUFI ni lah.

Ermm mehla aku terangkan sket pada korang ek





Diambil dari perkataan inggeris (caligraphy) berasal dari kata Latin "kalios" yang bererti indah dan "graph" bererti tulisan atau aksara.

Kaligrafi bermaksud "kemahiran menulis dengan cantik"

KHAT
Diambil dari perkataan Arab (khat) yang bererti garis atau tulisan indah


Ermm seni tulisan khat la ni. Ok ok baru paham



Cikgu M ni memang pandai bab-bab seni ni, maklum ex-student Art and Design UiTM Lendu. Cakap je design apa yang terlintas dalam otak. Terus je dia dapat idea.

Actually dia buat KUFI ni suka-suka je, mengisi masa lapang. Tup-tup ramai plak yang duk datang tanya dan terus order dengan dia.

La korang minat gak ke, ermmm


Alah tanya aku pun boleh coz ktorang ari-ari whatsapp sampai laki memasing malas nak layan dah.

Kalau minat bagitau ek..



Monday, April 7, 2014

Shopping Di PIKOM PC Fair 2014


Hi Korang,

Lepas balik dari kenduri kahwin member ktorang semalam, trus je balik umah M.I.L kejap. Melawat orang tua coz lama nau tak balik ke sana. Jumpa memang selalu tapi balik sana cam dah kurang sket.

Lepak sejam dua pekena popia udang dan main The Voice App punya game then ktorang pun balik.

On the balik tuh, Mr Big cakap jomlah pi PC Fair. Lagipun memang lalu KLCC pun kan.

Macam biasalah PC Fair memang senantiasa penuh dengan orang. Ramai lagi mencari-cari gadget terkini tak pun aksesori dengan harga yang murah. Sana sini booth penuh je, tawaran yang hebat-hebat belaka.

Sebab ktorang tak de apa nak beli so just cuci mata dulu lah.


Jalan sana, singgah sini, tengok smartphone terbaru jenama OPPO ni cam best plak. Nak beli, rasa cam membazir coz berapa banyak phone yang nak pakai kan walaupun camera OPPO ni sangat awesome.

Sudahnya ktorang terbeli ni je

Powerbank (RM35) – Mr Big punya

Camera lens for smartphone (RM39) – Mr Big punya, aku boleh pau nanti

Sport FM (RM29) – Kalau nak pi jogging ke bersenam ke dah ade hiburan.

Logitech Keyboard (RM239) – Senang nak menaip untuk iPad Mini aku, travel penting ada menda ni

Mouse (RM5) – buat spare


Memory Card (RM14) – 4 GB sudah, buat spare gak.

Cable (RM10) – beli sebab cable ni berlampu bila charging

Earphone (RM10) – Untuk gantikan earphone kat opis dah tercabut tuh

Hah sudah banyak dah ni.

Asalnya nak cuci mata je, end up tershopping plak di buatnya. Itulah ktorang ni memang cam ni, pantang nampak menda pelik semua nak di belinya.

Dah penat tawaf satu convention centre tuh, sudahnya ktorang dinner je kat Pizza Milano KLCC. Makan tak hinggat uols. Spagethi sepinggan dan lasagna 2 pinggan. Giler melantak

Ok nanti sambung lagi..

Sunday, April 6, 2014

Top 5 Kaki Komen Mac 2014 Di Blog www.ciklilyputih.com


Hi Korang,

Its Sunday everyone!

Malas nak citer banyak coz sibuk tadah air ni, baru je dapat beli tong air murah kan. 

Ni aku nak share kat korang, 5 orang kaki komen yang ada je duk komen kat entry aku setiap kali aku publish entry-entry merapu ni kan hahahahhaha

Jom check it out


Sebagai ganjaran kepada mereka berlima ni, aku ada sket ole-ole untuk korang kan.

Nanti hantar email di ciklilyputih@gmail.com bersama-sama details seperti

1. Tajuk email : Top 5 Kaki Komen Mac 2014

2. Nama:

3. Email address :

4. URL :

5. Pilihan hadiah : DUIT atau HADIAH.


Untuk pengetahuan korang, pilihan hadiah terletak di tangan korang. Ikut suka la ek. Cuma aku nak ingatkan kalau duit cepat sket aku transfer dan kalau pilhan hadiah lambat sket dapatnya coz banyak proses nak buat kan. 

Berjutaan terima kasih aku ucapkan kepada mereka berlima ni kerana gigih mengomen di blog aku ek. Tingkatkan usaha korang lagi untuk stay di Top 5 tuh. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, tak perlah bulan depan ada lagi.

Oh ye, nak mintak tolong korang LIKE entry aku di ENTRY Giveaway SLIMFAST DIET ni dan tolonglah komen kat ENTRY KOSE 'SEKKISEI' ni sebab selagi aku tak dapat 30 orang pemenang, aku tak boleh close lagi GA ni tau... pls ek..

Ok nak sambung tadah air lagi ni.




Saturday, April 5, 2014

Peniaga TONG AIR Boleh Jadi Jutawan Sekarang Ni


Hi Korang,

Its weekend, yeah mari berehat sepuasnya..

But not for me, aku senantiasa busy 24/7 je. This week ada 2 event but rasanya tak dapat attend kot coz nak settlekan hal rumah sket.

Kawasan rumah ktorang ni baru je dapat jadual untuk proses pencatuan air. Aduiyai ingatkan tak kena, eh boleh plak kena untuk bulan April ni. So sepanjang bulan April ni kawasan Bangi akan kena 2 hari ada air then 2 hari tak de air. 


Malam tadi, ktorang pi survey merayau-rayau mencari kedai jual tong air.

Banyak tempat yang ktorang pergi, dari Kajang sampai ke Bangi bagai, memang plan nak beli may 1-2 tong air just nak buat tambah-tambah tempat tadah air. 



Masyallah, tong air memang sangat-sangat laku kat tempat ktorang ni. Melambak-lambak tokeh kedai display kat luar.

Seronoklah kononnya, bolehla beli pelbagai warna mesti cantik je bilik air nanti.




Tup-tup bila tengok harga, ya ampun boleh pengsan dibuatnya. Average dalam RM80.00 hingga RM130.00 lebih. Giler mahal. 


Aku tanya lah pekerja kat situ kenapa mahal sangat, jawabnya ikut grade plastik, ada yang nipis dan ada yang tebal. Boleh plak ada yang berbau dan ada yang tidak. 

Sudahnya ktorang tak beli lagi pun, just survey dulu.



Takut plak bila tengok harganya, cuba bayangkan keluarga yang ramai ahlinya yang kena beli tong sampai 4-5 biji kan. Kalau sebiji dalam RM90.00, kalau 4 biji mau kena keluarkan modal dekat RM500.00 kan. Padahal bil air tak sampai pun RM20.00. Rasa cam tak balik modal langsung.

So hari ni, mesti kena pi beli gak coz esok air dah start tutup.

Nak tak nak memang kena beli sebab ianya dah jadi salah satu keperluan bukan kehendak lagi. Kalau tak beli jawabnya 2 hari aku tak mandi pi keje..