Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

Lagenda Budak Setan. Siapa Kata Hambar?

Morning Korang,

Quick update nie.

Cuba cakap dengan aku, siapa kata Lagenda Budak Setan tuh, ceritanya cukup makan? Hambar? Mengarut? . Cakaplah Siapa ek! Pada mulanya aku ingat cerita ini, cam cerita jiwang karat romantis tahap cipan tapi sebaliknya bukan begitu.

So semalam, ktorg dibelanja oleh my BIL and my SIL tengok movie nie. Maklumlah diorg pun tahu pasal abang diorg nie tak akan bawak aku pergi tengok cerita melayu meleret cam nie. Mr Big suka tengok cerita omputih je. (Tau lah speaking english berabuk).So korg sekeluarga including mama sekali pergi tengok kat GSC Pavilion. Dah tengah2 malam nie, ramai betul orang kat Pavilion nie, maklumlah esok cuti.

Berbalik kepada Lagenda Budak Setan nie, kalau korang pembaca setia novel Ahadiat Akasyah nie, mesti korang suka giler lah dengan cerita nie. Aku tak nak cerita lebih2 sebab nanti korang malas nak pi tengok kat panggung plak kan.

Anyway, korang layan videoclip Bila Cinta OST Lagenda Budak Setan nie.

Bila Cinta


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan


Kalau korang paham makna tersirat dalam lirik lagu nie, maknanya korang dah boleh dapat tangkap jalan cerita movie nie. Apa-apa pun cerita ini mengajar kita erti pengorbanan dan kesetiaan. Bukan untuk pasangan bercinta je tapi yang dah kawin pun bagus tengok movie nie.

Apa-apa pun, Lisa Surihani U memang superb!!

Friday, May 28, 2010

Cekodok Udang Geragau

Morning korang,

Korang mesti kenal cekodok kan? Sedap apa makan time sarapan pagi. Cekodok nie memang jadi makanan sarapan ktorg bila time cuti nie. Maklumlah senang, pas tu kenyang sampai ke tengahari.

So ari nie cam biasa, walaupun aku baru balik dari opis tadi coz ade urgent case kat site yang bos aku suruh datang gak, aku tetap akan masak cekodok nie. Tapi ari nie letak udang geragau sket. La korang tak kenal udang geragau ke? Meh aku tunjuk kan.

Bukan udang baso lah, udang geragau nie kira cam anak2/cucu2 udang lah.

So sekarang dah start masak la ek:-


So tak sempat nak ambil gambo time bancuh tadi. Tengok licin semangkuk beso aku buat kan! NIe salah satu favourite mrBig nie.

Dah dalam kuali . Cantik kan?  Bukan kuali aku lah, tapi cekodok tu lah. Ishk korang nie lah

Tapis dulu minyak kang kolesterol aku naik nanti, sapa nak jawab? Aku gak yang susah kan.

Kene buat kopi dulu, yang beso untuk mrBig. Yang kecik tu akulah yang punye okeh!

Itu dia sarapan bagi orang2 yang malas cam ktorg pagi nie. Apa macam? Lazat tak?

So hopefully dapatlah bagi inspirasi kat korang yang tak tau nak buat sarapan apa kan. Simple je nie.

Alamak tak letak lagu lah, sebab asyik terlupa nie. Lain kali la ek!


Thursday, May 13, 2010

Awas! 2 Beradik Dikehendaki Untuk Rawatan

Salam Korang,

Aku boleh terlupa nak cerita pasal kisah nie. Masa cuti hari tuh, atas dasar sayang dan cintakan haiwan berbulu nie aku & mrBig bawak si Abang + Kakak Ning ke Klinik Haiwan dekat-dekat umah mak aku nie.

Ala bawak pi klinik kerajaan je, senang kurang orang.

Service yang ditawarkan, murah plak tu

Bukan apa, si Abang tu dah start batuk2 plak. Tapi yang kelakarnya bunyi batuk dia sebijik macam orang, terperanjat plak masa memula aku dengar tuh. Yang Si Kak Ning plak, nak bawak pi bagi injection jangan beranak je. Maklumlah betina kan, pembersih dan lincah plak. Kang asyik kena attack je dengan kucing2 yang lain.

Korang tengoklah aksi-aksi semasa kejadian ini berlaku :

Kemana lah kita nak di bawak nie ek dik? Kata Abg Ning

Si pencinta kucing yang setia, mr Big bukan main sayang dengan 2 beradik nie

Tengok bila kena cucuk, diam je

Ah, kene urut-urut sket untuk legakan rasa sakit tuh.

Hah cianlah dah lembik2 + longlai bila balik. Dalam kereta senyap je 2 beradik nie. Sampai umah, lepaskan diorg nie trus tido bawah katil. Aku perasan dah petang baru nampak muka 2 beradik nie,menjerit nak makan.

Kau ku cinta

Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dgn mu ku di lamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..

Seronok plak nyanyi2 lagu nie lah ari nie

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Salam Korang,

Semua orang tau yang weekend nie adalah Hari Ibu. So orang-orang yang bergelar ibu pasti akan rasa bahagia dengan ketibaan hari nie.

Aku pun tak terkecuali, eventho aku belum menjadi ibu lagi sedey tau huhuhuhuhu tapi aku tetap meraikan Hari Ibu. Tapi aku dah selamat pun menyambutnya last week di JB selama seluruh ahli keluargaku itu yang best sekali.

Apa-apa pun Selamat Hari Ibu kepada Puan Norliah Ahmad, yang selama ini sabar dan tabah menjaga kami 2 beradik dari kami kecil sampailah sekarang nie walaupun kami dah punya keluarga sendiri.

Daripada anak-anakmu yang degil, Jaja & Boy. We love u, mak.

p/s korang mesti perasan kan, muka ktorg 2 beradik lain sangat kan. Tak de iras langsung.

Mother,mother you are queen of my heart
When i feeling sad, u always there to cheer me up.. (versi Abg Jem SinarFM)

Tuesday, May 4, 2010

Aku Tak Sombong!

Salam korang,

Lama betul tak update ek! Maklumlah baru balik bercuti. Ala bukan ke mana pun. Balik JB je. Itu pun day trip. Boleh gitu? Boleh aje kan. Nanti aku story2 lagi pasal cuti tu.


Entry nie khas untuk student ex-SMPT JB (Aku tau korang baca blog aku nie senyap2 kan!)

Now aku nak citer pasal tajuk entry aku nie. Kenape jadi cam tu ek? La bukan apa, last week bebudak sekolah aku buat reunion.Kononnya reunion yang grand lah. Ok fine. So dah berbulan diorg nie plan dan sibuk nau suruh aku datang. Bukan aku tak nak datang tapi aku memang ada hal yang tak boleh di elakkan. So aku explain kat diorg.

Nasib baik ramai kengkawan yang paham. TQ Guys!

Aku ingat bila dah explain, tak de la timbul issue. Rupa2nya banyak plak yang beri komen. Ada yang kata aku nie anti sosial lah, dah sombonglah, berlagak lah ermm macam2 lagi lah. Yang best tu yang mengata tuh, di antara orang2 yang rapat dengan aku plak tu.  Ishk korang nie, tak baik buat tuduhan melulu. Cuba fikir sebelum bercakap.


Ermm malas aku nak layan lagi lah. Lantaklah apa diorg nak cakap. Aku ok je. Tapi yang aku sakit hati tu, bila orang cakap aku nie anti sosial. Bila plak aku jadi katak bawah tempurung plak nie. Kalau korang nak tau, sila lepak2 kat blog aku nie lelama sket. Review entry2 aku yang lama. Bila dah baca baru nanti korang tau kan, aku nie sapa.

Macam mak aku suke cakap sekarang nie, Ada Aku Kisah!!  (Kat mana plak mak aku adapt bende2 nie ek?, ishk pengaruh tv betul lah)

Kepada ex-SMPT JB. Aku dah tengok gambo2 yang korang amik. Great! mesti best dapat jumpe geng2 setan lama balik kan! Insyallah kalau ade reunion lagi aku akan join.

Friday, April 30, 2010

Kalau Dah Johorean Tu Mengaku Aje!

Korang,

Weekend nie aku akan ke sini. Bukan pi bercuti pun. Tapi dah janji dengan mak aku nak bawak dia tengok cucu kesayangan dia. Mentang-mentang aku lom ada anak lagi kan huhuhu sedey tau mak..

Ooo JB. Apa ada kat bandar Johor Bahru tu ek? Dah tempat aku membesar kat sini. Mestilah macam-macam ada kan.

Antara yang aku suka buat bila balik, korang tengoklah ye:-

Danga Bay - Tempat lepak2 yang dulu di panggil Pantai Lido. Sekarang dah happening tempat nak nak bila malam. Ada amusement park okeh untuk kids.

Anjung Warisan - Tempat makan atas pokok yang paling cool sekali. Makanan sedap2 nak nak sirap bandungnya. Perghh!

Kacang Pool - Makanan favourite aku yang tak de kat KL. Kalau balik mesti aku cari nie. Yang makan lain yang tapau lain. Aku memang gilakan bende nie.

So Cik Lily Putih, welcome back to tempat asal ko. Jangan nak perasan ko tu orang KL. JB nie tempat asal ko tau tak!

p/s: Kepada geng comittee 1SuperKids, minggu nie tak dapat join meeting sebab menjalankan tugas untuk negara. Kang kalau tak buat aku di chop anak derhaka plak kang. Apa-apa pun saya bersetuju segala usul dalam meeting itu nanti dan saya juga rela untuk jadi apa2 committee yang di arahkan. Sekian terima kasih.

Tuesday, April 13, 2010

Bercuti di Pantai Persendirian, memang indah

Salam korang,

aku tau korang mesti tertanya-tanya kemane plak aku hilang 2-3 ari nie. Nak kata bercuti ade plak entry on weekend kan.
Us
Sememangnya aku pi bercuti, dengan BFF aku masa kecik2 dulu. Ktorg nie berkawan sejak dari kecik lagi tapi lama x jumpe. Maklumlah anak2 polis depoh kan, mestilah selalu berpindah- randah. Kitaorang jumpe balik dalam FB (credit to facebook okeh)

Tempat percutian kali nie dekat je, kat adalah tempat tu. Tempat yang korang x sangka lah kan. Ktorg pi on weekend. Jumaat dah check in hotel dah. So bermulalah segala aktiviti yang ktorg dah plan beberape minggu yang lepas.
Pas masak, apa lagi makan lah
Malas nak masak, jejalan cari makan plak
Jejaka Malaya
All of us

So memacam kitorg buatlah, selain dari makan dan masak, ktorg bersight seeing di area Pantai timur nie. Segala jenis pantai semua aku singgah, even x turun dari keta but still gambo2 pantai semua aku amik. Sebelah petang melepak kat kolam renang je sampai ke maghrib, tak pun ke private beach yang diorg dah sediakan kat sini. Memang cantik lah, ala-ala Bali lah katakann. Sebelah malam plak, ktorang duk bantai bersembang kisah2 lama. memang menyeronokkanlah. Setiap ari rutinnya cam tu. Segala bendalah ktorg kongsi bersama.
Alamak, ade grammar mistake plak kat situ. Sepatutnya 'were' jadi 'was' plak. Nasib baik ade grammar teacher Cikgu Isabelle kite. Thks
Ultraman taro bersama partner in crime
Anyway journey 3 ari 2 malam nie memang x dapat aku lupakanlah sebab banyak sangat kenangan pahit, manis untuk aku. Aku malaslah nak citer tapi memang mengajar aku erti kesabaranlah dalam sesuatu perhubungan tuh.

p/s: kenape entry aku nie berbaur emo, kan entry pasal bercuti nie ek?apa kene nie..

Monday, April 5, 2010

Sepetang Bersama NurJannah

Salam korang,

last weekend x banyak bende yang ktorg buat pun. Setakat balik kampung kat Sri Rampai,pi food testing kat Mo'men Restaurant Shah Alam (nanti aku citer ek), pi Uptown Danau Kota, pi Jusco Balakong, pi Jusco AU2, tengok tv, makan2 itu jelah.

My BIL bawak balik NurJannah kat umah Sri Rampai. Sapa dia nie? Seorang anak comel yang dibela pakciknya bersama kengkawan pakciknya yang lain. Orangnya sweet sangat, tak banyak ragam, kuat berceloteh walaupun baru berumur 3 tahun. Tahap pemikirannya agak dewasa berbanding dengan budak umur 3 tahun yang lain, maybe dia x penah ade kengkawan yang sama umur denganya. Yang penting pandai bawak diri, very well behave.
Dengan Pah Bedoh, dia panggil my MIL. Maklumlah orang perak
Dengan Mami Siti
With Us

Jadi petang sabtu tuh, berjalanlah kami sekeluarga melayan kerenah si NurJannah nie. Kata my SIL, kite dah lama x bawak budak kan, mesti rasa akward kan. Kene bawak, botol susu, pampers kan.Dia x seperti bebudak yang lain, x kisah nak toys ke apa ke. Bile dia nak sesuatu, dia pegang dan cakap 'mahallah mami', which is dia sendiri tak tau pun harga barang tu berape. Maybe pakciknya Eddy dah biasa ajar dia kot.

Bile kenangkan nasib dia, aku jadi sedih sebab macam mana parents dia bole buat cam tu kan dia. Dia ada mak dan ayah tapi masih2 buat haluan sendiri. Boleh cam tu ek! Kalau akulah, aku jaga betul2 NurJannah nie.

Sesape yang kenal NurJannah nie mesti akan jatuh cinta dengannya. Dia seorang anak yang baik dan sweet sesangat. Even mrBig cakap kalau sesape x nak bela dia, confirm mrBig nak amik dia as anak angkat.

p/s: Kalau korang tengok gambo pun korang cakap dia comel, lom jumpe in person. Mesti korang nak bawak dia balik tau.

Monday, March 29, 2010

Baru Balik Dari Le Paris, Paris.

Salam korang,

lama x update ek. Last week busy sket lah. Macam2 bende kena buat. Yelah surirumah kan. Banyaklah surirumah, last week aku berjalan a.k.a bercuti. Percutian yang langsung x plan, tapi menyeronokkan.

Suppose turn ktrog balik umah mak mrBig kat Setiawangsa. So packlah barang2, dah nama balik kampung kan. So pas pegi kenduri kawin Nia, ops adik Nia., mama call ajak pi melawat cousin ktorg yg accident kat PD, ktrog ok je. So sampai PD, tengah lepak2, tetiba terdengar sesorang cakap cam nie:-

Auntie Jie : Jom tido PD nak?
Mama : Hotel ke? Cari apartment lah. Senang nak lepak2 borak2 kan.
MrBig : Ktorg ok je. X kisah.
Org Lain : La korang je ke? Ktorg?
Auntie Jie : La jomlah, the more is the merrier.

Dah puas soal-selidik cousin ktorg tuh, so reramailah kuar cari apartment. Rupanya bukan mudah nak cari aptment yang kosong time2 weekend nie, even bukan cuti sekolah pun. At last dekat kul 10 barulah dapat. Costa Rica Apartments.Kira not bad gaklah tempat dia. Aku pun baru 1st time ke sini.

So pas check in, tak de buat apa pun. Melepak je borak2 sambil makan2 sambil minum kopi. Kemudian family ktorg yg lain pun datang gak menyinggah sesaje je. Borak punya borak, at last entah pukul berape tido pun x perasan.

Bangun awal, coz tv terlupa nak tutup. So semua orang kene paksa bangunlah. Sempatlah online kejap, memang sekejap pun x sampai 10 minit. Then our uncle bawak b'fast. So yang mane b'fast kat bawah dah turun, yg b'fast kat atas makanlah dulu. Budak2 kecik dah selamat terjun ke swimming pool.

So kenyang, ktorg reramai turun keswimming pool, nak bagi penuh lagi kolam tu dengan orang kan. Berenang pun ala carte je, coz ramai orang. Berenang kejap, berendam je lama. Kemudian dah bosan, jalan2 kat pantai gak. Pantai ok ok je. X mandi pun, malas. Dah jalan2 terjun balik ke dalam pool.  Mandi manda, then naik atas mandi lagi, kemudian pack untuk balik.

Terasa aku nie kecik kan!

Melompat untuk jadi tinggi

Ye, melompat lagi ek!

Us..
Anyway seronok gak, bercuti x plan nie. Senang x yang bende nak bawak. Kalau plan kang, Sibuk nak bawak BBQ set lah, nak masak2 lah. Nie senang je, semua beli kan pasar malam.

Its fun outing dengan family nie. Seronok jadi bebudak balik kan.

p/s: jom pi mandi laut nak?

Friday, March 26, 2010

Meluat Aku Dengan Dialah

Salam korang,

Satu hari x menulis, mengigil plak rasanya kan? Bukan x de entry tapi x sempat nak tulis. Busy nau semalam lah. Sampai umah pun kat kul 11pm. Balik,mandi2 then trus tido. Makan pun tak. Itu yang aku meluat nie. Eh bukan pasal kejelah. Keje mane boleh meluat bahaya tau! Kang hilang periuk nasi kite.


Nie aku nak citer pasal pagi tadi,. on the way pi keje aku dengar SinarFM. La korang ingat SinarFM tu untuk orang tua je ke? Tolong sket eh. Aku pendengar x berape setia tau! So pagi nie pasal masalah, memacam masalahlah yang aku dengar, majoriti pasal keluarga lah.

So ada satu pendengar nie call, orang utara. So aku x bpe tangkap la apa yg dia cakapkan. Nasib baik DJ 3 serangkai tu buat translation, so lehlah paham sket. Citernya cam nie, mak mertua (MIL) dia nie (dia tu menantu pompuan), kalau macam orang x setuju/sokong apa yg MIL dia nie buat, confirm2 MIL dia trus meluat dgn orang tuh, even MIL dia salah pun, then orang cuba tegur, terus MIL dia nie meluat. Yang jadi persoalannya nie, bila MIL dia dah meluat, terus cari menantu dia luahkan rasa meluat2 dia. Itu x kisahlah, dia sebagai menantu kenalah jaga hati MIL dia ni. So dengarlah segala bijik butir kemeluatan MIL dia tu. Tapi yang x syoknya, si MIL nie mengadu domba kat menantu dia nie tak kira masa, bila si MIL nie tengah meluat waktu pagi, dia pi call menantu dia time keje. bile meluat waktu malam, si MIL nie pi ketuk pintu umah menantu dia nie (diorg nie duk dekat2 je). So macam x de privacy langsung si menantu nya nie. 24 jam kene melayan kerenah MIL dia nie lah.

Aku dengar pun rasa bingit gak, yelah nak mengadu domba tu boleh, tapi tengok2lah time orang tu buat apa. Kalau kene dalam meeting, si MIL tu call, tak ke niaya je menantu dia tu. Tak pasal2 dapat warning letter kan. So si DJ 3 serangkai nie, korek2 lah konon nak memperbetulkan keadaanlah. Jawapannya memang kelakar, disebabkan MIL pompuan tu janda, so diorg suggest carikan jodoh dan kawinkan cepat, so senang sket si menantu nie coz confirm2 si MIL akan membebel dengan laki baru dia nanti. Aku yang dalam kereta nie, punyelah gelak sampai x ingat. Hampir2lah nak terlepas simpang nak masuk Cyberjaya nie. Ishk! memang kelakarlah, nak nak cara Salih Yaakob cara style 'akak-akak' kan.

Anyway itu adalah secebisan kisah rumahtangga untuk kali nie. Lain kali kalau citer best2 + kelakar2 bodoh lagi, nanti aku citer kan korang ek!