Monday, October 7, 2019

VIVO V17 PRO – 6 Kamera Untuk Gambar Yang Mantap dan Superb

Hi Korang, 

Vivo dengan rasminya memperkenalkan peranti terbaharu V17 Pro ke pasaran tempatan baru-baru ini dan kak lily berkesempatan menghadiri majlis pelancaran smartphone terbaru keluaran mereka ini. 


Peranti ini menyediakan 6 kamera utama di depan dan belakang untuk pengambilan gambar yang mantap, dengan sokongan dwi-kamera depan jenis pop-naik beresolusi 32MP yang terulung dalam industri, suatu pembaikan yang luar biasa bagi kamera jenis ini yang merupakan suatu ciri ikonik bagi peranti Vivo. V17 Pro juga tampil dengan Super AMOLED Ultra FullView™ Display, kuad kamera belakang beresolusi 48MP, bersama ciri-ciri yang ditambah baik khas untuk gaya hidup pengguna yang muda lagi bergaya. 


Dato Siti Nurhaliza juga turut hadir di majlis pelancaran Vivo V17 ni tau, siap nyanyi  dua lagu lagi tau


“Penciptaan V17 Pro sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna. Peranti baharu dalam siri V ini tersedia dengan sistem kamera yang menakjubkan pada kedua-dua muka peranti dan ia bertujuan untuk memperkasakan pengguna untuk pengambilan gambar melampaui imaginasi,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia. “V17 Pro merupakan suatu rekaan yang amat kami banggakan kerana ia memperkukuhkan kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik di Malaysia.” 



Ciri ikonik Vivo iaitu kamera depannya kini ditambah baik. Peranti terbaharu ini tampil dengan dwi-kamera depan yang premium, earpiece, dan Selfie Softlight. Dengan reka bentuk aloi berbingkai penuh, sistem peranti yang baharu ini dibina untuk bertahan sambil menggabungkan aksi mekanikal dengan keanggunan artistik. 


Kamera depan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP memastikan perincian yang jelas untuk setiap swafoto yang diambil. Sudut lebar swafoto 8MP mampu menangkap gambar dari sudut lebar hingga 105 darjah, menyenangkan lagi pengambilan gambar berkumpulan. 

Untuk menyelesaikan masalah pengguna apabila mengambil swafoto pada waktu malam, V17 Pro menyediakan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan, dan ciri ekslusif Vivo iaitu Super Night Selfie pula menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang yang kemudiannya digabungkan untuk menghasilkan imej terakhir yang menonjolkan wajah pengguna dengan hanya satu klik. 


Penghasilan kualiti fotografi yang canggih dengan AI kuad kamera 48MP 

Ciri- Super Wide Angle

Selfie dengan kamera depan

Mantapkan lagi keupayaan penggambaran anda dengan kamera utama 48MP 6P. Dikuasakan dengan algoritma kecerdasan buatan, V17 Pro menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih jelas. Peranti ini juga tampil dengan ciri Super Wide-Angle yang mampu memperluaskan lagi penangkapan lanskap. 


Untuk melengkapkan lagi pilihan penggambaran profesional, V17 Pro juga tampil dengan 2 ciri yang menarik untuk kecantikan, iaitu Pose Master yang menyediakan lagak aksi yang semulajadi untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pemandangan, dan juga Super Night Mode yang bertujuan untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu siang mahupun malam. 



V17 Pro dalam pilihan warna Knight Black dan Crystal White

Pengguna boleh menikmati kepuasan tontonan dengan rekaan ekslusif Super AMOLED Ultra FullView™ Display yang berukuran 6.44 inci dengan nisbah 20:9, dimana nisbah skrin-ke-badan adalah 91.65%. 

Paparan tanpa gangguan ini direka dengan bijak untuk menyembunyikan dwi-kamera depan jenis pop-naik, earpiece, nyalaan, dan sensor jarak ke dalam badan peranti. Ia merupakan ciptaan yang begitu cemerlang demi penghasilan kepuasan visual yang dapat meningkatkan pengalaman mudah alih para pengguna. 

Peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam skrin. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, pengguna boleh membuka kunci peranti dengan mudah dan selamat. 

Prestasi perkakasan yang kukuh untuk penggunaan yang lancar pada setiap masa 

V17 Pro juga direka khas buat peminat permainan video. Ia dilengkapi dengan Game Mode untuk menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar. Teknologi pecutan Multi-Turbo akan secara aktifnya menaikkan taraf sistem operasi peranti untuk memastikan kepuasan pengguna. 

Peranti ini juga dilengkapkan dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti untuk memastikan pengalaman permainan yang memuaskan. V17 Pro juga menyediakan Voice Changer untuk menyeronokkan lagi pengalaman waktu permainan dengan penukaran suara untuk menyamai watak-watak pemain. 

V17 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + storan dalaman 128GB yang memastikan kelancaran prestasi pengendalian aplikasi dan sistem pada bila-bila masa. Kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin memastikan peranti mempunyai ketahanan yang tinggi untuk penggunaan yang berpanjangan dan selamat. 


V17 Pro yang didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Crystal White boleh didapati di Malaysia mulai hari ini dengan harga RM1,699.

Ermm kena dapatkan jugak ni ek..



No comments :