Monday, October 7, 2019

Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur, Kak Lily Dah Cuba Dah!

Hi Korang,

Weekend memang masa untuk kitorang jalan-jalan cari makan di sekitar Kuala Lumpur ni. 

Biasalah ini je masa yang ada kan, kalau weekdays dah sibuk dengan kerja bagai, dengan hal-hal kat umah lagi. Kebetulan jugak ada kengkawan duk cerita pasal ada satu café di kawasan Petaling Street ni so why not kita cuba jugak kan. 


Lokasi sebenar Luckin Kopi adalah di Jalan Panggong, kalau korang turun je di MRT Pasar Seni station, keluar sket je dah nampak dah Luckin Kopi ni tapi kalau nak bawak kereta pun boleh sebab depan jalan restoran ni ada parking berbayar tapi siapa cepat dia dapat hehhee 


Kalau korang tengok dari luar, macam kedai kopi cina je tapi bila masuk dalam lain betul. Walaupun dekonya simple tapi sangat sedap mata memandang. 


Dah nama pun kedai kopi haruslah pekena kopi secawan dua ek, not too strong just nice, kurang acidity. I like rasa macam nak mintak lagi secawan tapi sibuk nau ambik gambar terus terlupa hehehe


Menu-menu Di Luckin Kopi


Ini yang penting, menu makan-makan lah nak kena show off dengan korang ni barulah syiok kan. 

Chicken Chop with Sos Salted Egg

Indomee Cheese dan Egg

Nasi Lemak side dish Buttermilk Prawn

Petai Pasta

Fried Mee Siam

Herbal Chicken Soup

Sawadee Pasta

Petai Bun

Assorted Dimsum

Rojak Buah

Ais Kacang


Hampir kesemua menu kak lily rasa hah, sampai tak tau nak cakap yang mana satu best menu bagi kak lily kan eheehee.

geng makan-makan ari tuh (rawlinsm Sally, Eyza)

melepak dengan bebudak meja sebelah plak

Untuk harga pulak, tak delah mahal pun walaupun di tengah-tengah bandar. Just nice untuk budget kita-kita ni.


Jom kite ke:

Luckin Kopi
14, Jalan Panggong, 
City Centre, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Landmark : berdekatan dengan MRT Pasar Seni, depan open parking space

Tel : 016 – 3976898




Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram: 





No comments :