Hi Korang, 
Musim-musim hujan petang kalau dapat pekena menu yang bersup dan di hidangkan panas-panas memang sedap kan.
Itulah kalau dapat makan steamboat memang enak lah.
So Chatz Brasserie di Parkroyal Hotel sedang elok mempromosi Steam Dinner pada setiap hari Ahad hingga Khamis dari 6.30pm – 10.30pm pada harga RM83nett.
Terdapat 4 jenis pilihan sup iaitu Herbal Chicken Soup, Tom Yam Soup, Ma La Soup dan Kimchi Soup. Kesemua sup-sup ini kak lily dah rasa pun hari tuh tau, sedap jugak tau. 
Sup Herbal Chicken adalah sup  yang sesuai dimakan pada hari yang sejuk-sejuk sekarang ni. Jika korang lebih suka menambah sedikit rempah ke sup korang, Tom Yam Soup adalah untuk pilihan terbaik tau. Nak lagi pedas yang unik ? Boleh cuba Ma La Soup yang dihasilkan daripada lada Sichuan. Pihak hotel juga memperkenalkan sup Kimchi, sesuatu pengalaman yang berbeza bagi pencinta Steamboat macam korang ni.
Pelbagai hidangan Hidupan Laut Laut akan membuka selera korang Fresh  Catch  Fish  Fillet of the Day, Sulu  Sea  Prawns,  Half Shell  Sea  Scallops,  Flower Crabs,  Norwegian  Salmon  Fillet,  Jellyfish,  Fish  Rolls,  Fish Balls  dan Crabsticks.  Nikmati hidangan daging putih dan merah seperti Australian  Beef  Tenderloin,  Australian  Beef  Tripe, New Zealand Mutton  dan Free  Range Chicken Strips.
Bahan-bahan sampingan disediakan terdiri daripada Tianjin  Cabbage,  China  Leek,  Cameron  Lettuce,  Hong  Kong  Choy  Sum  hingga ke  Black  Fungus. Pilihan Cendawan pula adalah  Mountain  Mushroom  include  Button,  Enoki, Abalone dan  Shitake.
Kesemua hidangan  ini boleh dinikmati dengan sos yang enak dan lazat  seperti Bawang Putih, Cincang Merah, Sos Soy, Chilli Padi Dip, Saus Sukiyaki dan Sesame Dipping Sesame Black and White. Termasuk dalam set ini ialah Fish  Noodles,  Glass Noodles,  Mee Hoon,  Emperor Noodles,  Bean Curd dan Telur. 
Ermm jom makan ek
Happylah dapat makan steamboat time hujan lebat ni, bertambah-tambah di buatnya sampai kena tambah sup la kan hehehhe
Ermm jom makan ek
jom masukkan semuanya hahaha
first time makan Ma La Soup, unik rasanya tapi not bad
nak makan, so masak sendiri hehehe
sup tom yam dah siap, jom kite
nampak, makan dengan senyapnya enjoyyy
Untuk ‘Steamboat Dinner’ ni, ianya pada setiap Ahad sehingga Khamis  dari 6.30pm - 10.30pm setiap hari. 
Pada harga RM83nett seorang 
Untuk lebih details, sila hubungi 03-27828301  atau email: chatz.prkul@parkroyalhotels.com 
Ini alamatnya :
Chatz Brasserie
PARKROYAL Hotel,
Jalan Sultan Ismail, 
Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur
Phone: 03-2782 8301
Selamat menjamu selera korang...
 
 
 
1 comment :
Fuhh .. makanan simple je, bila masuk hotel, jadi macam makanan mewah lak. Bestnya weihhh dapat makan macam ni.
Post a Comment