Thursday, September 13, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | Travel Menaiki Keretapi (PART 1)

Hi Korang, 

Kak lily memang tak de beria nau plan nak ke Hatyai ni. 

Idea ni datang sebab dah lama kitaorang tak cuti panjang jalan-jalan, asyik-asyik balik kampung, bawak sakip jejalan je kan. Lagi pulak its me birthday so sedang elokkan meraikan sekali. 


Oh ye, trip ni memang tak de budget sebab kak lily rasa apa guna bercuti kalau makan nak kena catu, terpaksa jalan kaki jauh-jauh, tak boleh souvenir, tak dapat manjakan diri bagai kan. So masing-masing bawak duit THB1000 lebih kurang RM1300 duit Malaysia, mak oi banyak tuh yelah nama pun trip tak de budget so ikut lah apa nak belanja. 

bawak beg masing-masing senang, sket je pun barangnya

Kenapa pilih nak keretapi? 

Sebab nak rasa naik ETS lelama, dulu masa pi Hatyai kitaorang naik train yang ada katil tidur tuh, dari malam sampai ke pagi baru sampai Padang Besar la ni nak try yang laju pulak. 

Beli tiket kat KL Sentral, pilih yang GOLD tiket sebab rasanya tak berbaloi ambil PLATINUM tiket tambah RM30 untuk dapatkan air sebotol dan roti kan. Rugi ahkak wokeh kalau beli yang itu. 

Jadi ktorang beli tiket GOLD RM76 seorang so total pi balik RM304 (return trip) 

Settle hal tiket, awal-awal dah beli rasa 2 bulan awal kitorang beli. 

stesyen Ipoh, masa ni semua orang dah naik dah sebab tuh kosong

Disebabkan naik nak train Hatyai yang sebelah petang tuh, maknanya kena ambil 1st ETS train dari KL Sentral iaitu 7.00am sampai Padang Besar pukul 1.00pm cam tuh, memang terlebih sempat wei sampai kena menunggu berjam-jam kat stesyen Padang Besar tuh. Makan dulu, tidur baring dulu sementara nak tunggu kaunter train Hatyai dibuka. 

nak jadik instafames gak ke dear hauhauahuah

Kalau korang nak catch train Hatyai sebelah petang tuh, better korang ambil ETS pukul 9.35am so sampai-sampai je dah boleh terus beli tiket train Hatyai. 

Cafe dalam train, cepat je makanannya habis

Memang ada few tempat train berhenti tapi tak de semua tempat hehehhe, stesyen yang besar-besar je untuk ambil dan turunkan orang, dapatlah sekejap-sekejap kitaorang turun. By the way ada cafĂ© dalam train tapi makanan cepat habis sebab ramai orang lapar, maklumlah sejuk-sejukkan naik train makan jelah kerjanya hehehhee 

Tiket keretapi ke Hatyai 


Kaunter bukak pukul 2.30pm waktu Malaysia, dalam bangunan yang sama dengan stesyen keretapi Padang Besar, korang pi beratur di Platform 2 ek. Once dia bukak je, cepat je urusan beli tiket tuh. Boleh bayar dengan duit Malaysia RM15 atau duit Thai THB100. 

ini tiketnya, nampak 6th Sept my birthday

Memang tak boleh booking tiket at all, first come first serve hanya 300 penumpang yang pertama tau so ini yang nak kena rebut ni. 

waktu membeli tiket train

sila simpan gambar ni ek, penting tuh

Dah beli tiket, tunggulah kaunter imigresen Malaysia dan Thailand di buka, lebih pukul 3.40pm cam tuh,ikut nasiblah. Bila keretapi dari Hatyai sampai dan penumpang yang dari Hatyai tuh turun dan cop passport keluar then barulah korang boleh masuk. 

kene isi kad putih dulu, nanti ada akak kat distribute. Nak kena bawak tiket train dulu then baru dia bagi. Sorang satu kad, kalau salah padan muka huahauhauhau kak lily la tuh kan. Dia suruh cross dan tulis balik itu je.

Sudahnya 4.40pm baru dah lepas cop passport, kat kaunter Malaysia cepat je tapi kaunter Thailand lambat biasalah diorang ramai nak handle hehehehe. 

Bahagia je bila dapat naik train Hatyai wei, memang old school habis. 



Tak de air con, tingkap terbukak, duduk mana-mana seat walaupun tiket ada nombor hahaha 

muka serabai dari pagi sampai ke petang

Perjalanan hanya 55minit untuk sampai ke Hatyai Junction. Seronok dapat tengok kampung orang Thai, lebuh kurang sama je cam kampung kat Malaysia ni. Diorang lebih banyak lay back dan tak de nak rushing sangat macam kita kat KL ni. 


Turun-turun je train keluar je kat depan stesyen tuh berlambak Tuk-Tuk so pilih je yang mana satu nak naik ek. Tapi sesetengah orang jalan kaki je ke hotel memasing ikutlah kan, kitaorang naik Tuk Tuk lah malas nak berjalan lagi dah seharian kot hahahaha 

Simcard Thailand 


Oh ye lupa nak citer pasal simcard ni. 

ini simcardnya

Kak lily beli dalam train je, jenama DTAC - THB240 je. Walaupun mahal sket tapi data unlimited. Sangat-sangat seronok berinsta dan berfacebook sepanjang berada Hatyai. 

nampak abang tuh siap buatkan semuanya, kak lily bagi duit dengan handphone je, sekejapan dah boleh berinternet. Bahagia wei boleh IGS sepanjang waktu hehehe

Laju selaju lajunya internet, atas bukit bawah bukit, dalam spa semua ada internet. Even kak lily dah balik Malaysia, line internet tuh still lagi dapat kat Padang Besar sempat habiskan semua data hehehehe 

Ok settle PART 1, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. The Bed Hotel 

2. Tempat urut sedap 

3. Chabura Dimsum 

4. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 

5. Khlong Hae Floating Market 

6. Khlong Hae Buffet Seafood 

7. Lee Garden Plaza 

8. Central Festival Mall 

9. Big Market 

10. Hatyai Junction 

Tunggu bila masa sesuai akak lily update lagi ek, by the way korang nak baca yang mana dulu ek hauhauhauhauaha














Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

6 comments :

Kak Sue said...

Bestnya Cik Lily.. tak sabar nak baca next entri nie..

ain.ya.nun. said...

We want more, we want more storyy!!

Kalau bawa anak umur 7-2years sesuai ke trip ni kak?

mama tisya said...

kata blogger ..wajib la amik yg unlimited kn..senang nk bersocial hahah....mmg old school sgt tren nya..hehe...ko update ikut turutan la..senang baca hehe

Hazmin Hamudin said...

Salah satu tempat yang ni pergi ni.

el said...

el p hatyai dekat2 5 tahun lepas kut..ni teringin lak nak pi sbb mcm2 ada dah skrg kat sana..

intan said...

Thanks for sharing