Tuesday, September 25, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai (PART 7)

Hi Korang,


Sambung lagi travelog ke Hatyai ni, korang boleh baca entry sebelum-sebelum ni ek 



Still cerita hari kedua lagi ek, aduimak memang panjang betul lah menulis kali ni. 

Kan kak lily citer dalam previous entry yang kitaorang booking Tuk-Tuk untuk 2 tempat kan so yang satu lagi ni adalah Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai. Apa lagi tempat makanlah hehehehe


Lokasi tempat makan ni k lily rasa baru je dibuka dalam tahun lepas kot, since Mr Big balik dari Krabi masa trip motor dia hari tuh sebab dia sendiri pun tak tau akan kewujudan tempat ni. Kitorang ni pun ada staff hotel yang bagitau ada tempat makan baru dekat-dekat Khlong Hae ni so alang-alang dah sampai ke sana so singgahlah makan kan hahaha 

Memang dekat dengan Khlong Hae floating market tuh dalam 5 minit itu jalan belakang, jalan kampung-kampung so dapatlah tengok kampung-kampung di Hatyai ni. Sampai tuh driver Tuk-Tuk tinggalkan kitorang dan dalam masa 2 jam dia datang balik, haruslah ok sajorr 

Di sebabkan buffet so all you can eatlah konsepnya, Selagi perut tak meletup then jangan balik hehhehe 

Diorang sediakan 2 dapur, satu untuk steamboat dsan satu lagi untuk BBQ. Of courselah laki akak ni nak yang BBQ je yang steamboat tuh dia suruh kak lily makan hahahaha. 

Ya ampun pelbagai jenis bahan makanan ada kat sini. Rambang mata untuk korang pilihan ooo












Ada seafood, sayur-sayuran, fishball,  daging, ayam dan kambing yang dah siap marinate dengan pelbagai perasa. 

Makanan dah siap pun ada gak.



Nasi putih siap berlauk lagi tau, ada ayam celup tepung, ikan celup tepung lagi. I likeeee 



Yang ini ikan yang di bakar dengan garam kasar, aduimak tak sempat nak cuba yang ini sebab ramai nau orang beratur order hahahhaa.

pilihan air pun melambak wei

Memang menyandar-yandar dibuatnya lepas makan, perut sengkek oi. Lepak tengok orang Malaysia makan-makan sama keluarga kat sini ni.

letak lemak ayam wei untuk ada rasa sket sup steamboatnya








Walaupun ramai orang semua orang tempat ada meja sebab luasnya kawasan ni. Ternyata rakyat Malaysia memang suka aktiviti makan-makan ni walaupun dimana jua mereka berada hahahha


Harga untuk seorang adalah THB289 = RM33 kot ermm murah tuhhh 

Ini alamatnya: 

Khlong Hae Seafood 
Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand 



Alah kalau tanye Tuk-Tuk driver for sure diaorang tau punyalah tempat ni. 

Balik tuh, ktorang suruh Tuk-Tuk stop kat area Lee Garden untuk massage hahahahaha then balik jalan kaki je ke hotel yelah makan dah banyak kan so exercise lah sket. 

Ok settle PART 7, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. Train Ke Hatyai (PART 1) 

2. The Bed Hotel (PART 2) 

3. Lee Garden Plaza (PART 3) 

4. Chabura Dimsum (PART 4) 

5. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 (PART 5) 

6. Khlong Hae Floating Market (PART 6) 

7. Khlong Hae Buffet Seafood (PART 7) 

8. Kim Young Market 

9. Central Festival Mall 

10. Big Market 

11. Hatyai Junction 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

19 comments :

Sherry Go Sharing said...

many years no go Thailand, passport also have expired. Glad you share your trip , wow got buffet to try, shall buzz my dear on this place!

Cindyrina Rina said...

Hoh! murah ya amat kot. Berbaloi betul. Tengok seafood dia segar bugar and montel montel pun. Hari tu gi Hatyai tak singgah pun.

tenku butang said...

wah.. bestnya sis dapat jalan-jalan ke Hatyai.. dapat pi macam-macam tempat lak tu.. huhhh.. memang kaki travel ni.. kalau TB yang pi mesti tak banyak tempat kami masuk.. huhu.,.

adianiez AIDA said...

menarik nyer, lily.
tapi tu la, aida da gi hatyai ari tu.
takkan nak gi sekali lagi ha ha ha ha ha...
menarik seafood nyer tu. puas makan ekk :)
nak kena repeat baca entry lily sebelum-sebelum ni nih...

Mohamad Faris said...

Freshnya seafood kt Hatyai. Memang dalam plan dah nk pergi ke sana. Banyak perkongsian dapat ni. Thanks Lily =D

RunawayBella said...

Alaa haritu pergi Hatyai tak pergi sini pun. Ada baca pasal tempat ni tapi macam jauh gak dari hotel lepas tu masa pun pendek je pergi sana. Hmm adakah ini maknanya nak kena pergi Hatyai lagi? :P

Hasif Hamsyari said...

Ya Allah... Seronoknya! Teringin juga ke Hatyai tapi sampai sekarang belum berkesempatan. Haha. Kalau ajak kawan-kawan sekepala ni mesti best! Tengoklah makanan-makanan tu pulak. Pergh mengancam!

mama tisya said...

meriah btul seafood buffetnya...trus aku lapar wei....mmg puas la korang mkn

Wawa Ashihara said...

bestnya dpt ke hatyai... dulu kita berangan nak ke hatyai utk shopping je,,, sebab brg dia murah giler.. sumpah tak tipu! rupanya makanan kat sini pun murah2.. dahlah seafood... ini kalau duduk sini mau hari2 makan seafood je.. hehehe...

Mrs Liez said...

Kita tak pernah smpai hatyai lagi.. tp dlm plan nak pergi next year.. leh ambik info cik lily buat nota nak kesana nnt.. tak sabarnya nak ke sana

Hanny Abdullah said...

Kita ke Hatyai awal tahun hari tu...sampai le ni tak buat entry lagi...sampai dah lupa dah..hehehe. Gambor2 banyak lagi tersimpan kat phone ni..mana le phone tak hang..:D

Dik bee said...

Bestnya buffet kat sana.. dah la nampak segar seafoodnya, murah plak tu. Ok, na masuk dalam list la tempat ni. Mana tau one day nanti nak ke sana kan.. hihi

Ibu Syurga said...

Wah ramai pula yang review makanan seafood hari ni kan sis. Tiba tiba teringin pula nak makanan seafood kat tempat sedap macam ni

AyuArjuna BiGoshh said...

ni yang buat aku lebih excited nak pergi hatyai...syurga makanan kot macam2 ko beli telan hahahahahaha..yang bestnya makan dia murah jugaklah kan...banding negara lain

Shermyn Lim said...

Hatyai memang terdapat banyak seafood.Semuanya fresh.
Pernah try yang ikan letak gram tu, sedap juga.
Menanti-nantikan Part 8, hehe...teringin hendak ikut list CIk Lily
sebab plan nak pergi ke sana bulan december ini.

sya mimie said...

Tak pernah sampai ke hatyai.
Teringin nak jnjln tempat orang.
Tp kna survey dulu la tempat tempat best kn.
Harga mkn seorang Rm33? Murahnya..

idayu nim said...

Mak aiii banyaknyerr pilihan seafood kat situ, juling biji mata tengok. Murah pulak kan

Angel Poi Woon said...

my mum likes to go hatyai for a shopping~ because of the affordable price. thank you for sharing~

Mawardi Yunus said...

Tak pernah lagi sampai Hatnyai ni kak. Asyik dok plan banyak kali tak jadi2. Hahhahaa