Hi Korang,
Pertubuhan  Makanan  dan   Pertanian  Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFAO)  menganggarkan kira-kira 15,000 tan metrik lebihan makanan terbuang dalam setahun di Malaysia dan  mengikut skala, Menara Kembar Petronas dapat diisi  dalam hanya 18 hari dengan jumlah lebihan ini. Pembaziran makanan menjadi perkara utama yang membimbangkan   kerana   ia   mengeluarkan   gas    rumah   hijau   seperti   metana,   yang menyumbang kepada pemanasan global. 
Oleh sebab  itu, AEON mengambil inisiatif untuk menangani isu tersebut dengan melancarkan program "AEON Community Food Share". 
Program  "AEON Community  Food  Share"  ini  diadakan selaras  dengan hasrat Kementerian Perdagangan Dalalm  Negeri  dan   Hal  Ehwal  Pengguna  (KPDNHEP)   untuk  mengurangkan pembaziran  makanan,  serta  berkongsi makanan  dan  sumber  dengan  golongan komuniti yang kurang bernasib baik pada setiap  hari.  Untuk  mencapai matlamat  ini,  AEON CO.  (M) BHD. telah bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk mengedarkan jumlah makanan yang  sihat ke  rumah-rumah terpilih pada setiap hari.   Ia  akan bermula  dari AEON Cheras Selatan, dan  seterusnya ke seluruh AEON di seluruh Negara. 
Program ini dirasmikan oleh  Y.B. Dato' Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam   Negeri  dan  Hal Ehwal  Pengguna;  Puteri  Selangor Yang Amat  Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan sukarelawan di Kechara Food  Kitchen serta bergiat aktif dengan kempen pengurangan sampah yang  dikenali #zerofoodwastage;  dan  Shinobu Washizawa,  Pengarah Urusan AEON  CO.  (M)  BHD. Pada majlis  pelancaran ini juga, AEON Ch eras Selatan turut menyediakan makanan untuk dihantar ke rumah-rumah kebajikan yang berdekatan dengan  pusat membeli-belah. 
Di majlis itu, Washizawa  berkata: "Kami memahami cabaran yang dihadapi  oleh masyarakat yang  kurang  bernasib  baik,  oleh  sebab  itu,  program   AEON Community  Food  Share  ini menjadi  komitmen  kami  kepada   masyarakat.  Kami  percaya  dengan  melakukan  banyak perkara yang baik seperti  ini,  akan  ada perkembangan yang lebih  baik di dalam  komuniti dan masyarakat secara keseluruhan. Selain itu, program  AEON Community Food Share juga secara tidak langsung selaras  dengan  salah satu matlamat 'Sustainable Development Goals' oleh UNESCO, yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kebuluran. 
Pengarah Projek Kechara Soup Kitchen, Justin Cheah berkata: "Untuk menyalurkan lebihan makanan  secara  efektif kepada golongan yang memerlukan, kami telah bekerjasama dengan organisasi dan syarikat-syarikat korporat seperti AEON untuk mengisi bank makanan  kami. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan AEON dan berharap skop program ini dapat dikembangkan di mana  kami  telah  membantu ribuan  orang kurang  bernasib baik selama  15 tahun  yang lalu". 
Sebagai  tambahan  kepada   usaha  berterusan AEON  untuk  komuniti,  syarikat juga  telah memutuskan  untuk mengurangkan beban   SST  dengan   memperkenalkan  inisiatif "Price Lock"  di mana  harga barangan tidak  berubah dari  1  hingga  30  September  2018  untuk membolehkan pelanggan  menyesuaikan diri dengan pelaksanaan SST.* 
*'Price Lock'- harga  barang  di AEON tidak berubah  dari 1  hingga 30  September 2018,  kecua/i  barang  promosi  sebelum September 2018,  termasuk,  tetapi  tidak  terbatas pada  makanan yang rosak yang  terdapat di food court,  Delicatessen,  La Boheme, item di bawah  harga  kawalan  seperti rokok, tembakau dan alkohol, serta beberapa  kategori barangan  tertakluk kepada peraturan 6% SST. 
 
 
 
No comments :
Post a Comment