Hi Korang,
Last week ada majlis sesi tandatangan perjanjian '360 Talent Management' di antara Universal Music dan Fazura di Le Meridien Kuala Lumpur.
Alah orang ajak so mak pi la nok
Telah terlebih dahulu mencetak  nama sebagai aktres kelas pertama dalam dunia lakonan, ternyata ia belum mampu menoktahkan  kebebasan Fazura untuk meneroka lapangan hiburan dengan lebih jauh. 
Seiring dengan berkembangnya  tawaran lakonan sehingga ke Indonesia,  Fazura tidak mahu momentum kariernya terarah kepada satu bidang sahaja. 
Fazura yang menjadi penyanyi wanita pilihan group terkenal Estranged  menerusi kolaborasi dalam hit Hancur Aku pada 2015, terlebih dahulu melahirkan single perdananya, Sayangi Dirimu pada 2014. 
Seperti tersusun cantik dan tidak mahu menoleh ke belakang, Fazura yang sebelum ini tidak pernah mempertaruhkan karier seninya di bawah pengurusan sebuah syarikat telah mengambillangkah  berani apabila kini secara rasmi  mengikat kontrak bersama syarikat rakaman gergasi  Universal  Music. 
Namun, kontrak yang ditandatangani bukan sahaja sebagai seorang  penyanyi, sebaliknya,  Fazura memberi  kepercayaan  penuh terhadap Universal Music untuk menguruskan segala urusan karier seninya termasuk kontrak sebagai duta dan hal berkaitan. 
Keputusan tersebut diambil  bukan sekadar untuk memastikan  kerjayanya  dalam bidang seni lebih kukuh, tetapi Fazura mahu memastikan  impak yang besar dan lebih positifterjadi kepada karier seninya. 
"Pihak kami telah lama mengikuti  perkembangan  karier Fazura. Sebagai anak seni, beliau memiliki perjalanan  karier yang baik dan memberi pengaruh  besar terhadap banyak peminatnya. Apabila melihat kepada perjalanan  kariernya yang positif dan semangat  beliau untuk terus berkembang  maju, Universal  Music tidak teragak-agak  mengikat  kontrak dengan Fazura dan mengambil  tanggungjawab besar serta memainkan  peranan untuk mencorakkan  kerjaya seninya  daripada segenap segi. Besar harapan kami, agar kerjasama yang dijalinkan  ini akan memancarkan  lagi pesona Fazura dalam dunia hiburan,"  ujar Pengarah  Urusan Universal  Music Malaysia & Singapura,  Encik Kenny Ong. 
Sehubungan  itu, Universal Music dengan bangganya mempersembahkan  single kolaborasi Fazura bersama pemenang The Voice Filipina musim ke-2, Jason Dy.
Menepati janji mereka, single tersebut menyaksikan Fazura tidak duduk dalam zon selesa negara sendiri apabila beliau menjalin kolaborasi bersama Jason Dy untuk lagu berjudul "Nothing Like Pag-lbig".
Kolaborasi  itu sekali gus menyaksikan  Fazura bakal menakluk pasaran muzik Filipina, sama seperti beliau sukses memikat hati peminat di Indonesia dengan bakat lakonannya.
"Untuk 'salam perkenalan' pesona Fazura, pihak kami berbangga mempersembahkan kolaborasi  beliau bersama Jason Dy, seorang penyanyi di Filipina. Kolaborasi  ini secara tidak langsung membuktikan Universal Music begitu komited dan serius untuk memberi anjakan  besar terhadap karier nyanyian Fazura. Seperti yang kita sedia maklum, beliau sudah berjaya menawan hati peminat Indonesia dengan lakonannya, saya percaya menerusi single duet Nothing Like Pag lbig, peminat Filipina akan terpesona  pula dengan bakat nyanyiannya,"  ujar Kenny lagi.
Sementara  itu, Fazurajuga berbesar hati dan cukup teruja untuk melihat perkembangan positif selepas beliau menyerahkan masa depan karier seninya kepada Universal Music.
"Saya mengambil keputusan memberi kepercayaan penuh untuk Universal Music menguruskan karier seni saya kerana portfolio syarikat rakaman ini cukup baik. Dari segi nyanyian, banyak penyanyi hebat bernaung dengan Universal termasuk Yuna dan Dato' Siti Nurhaliza yang menyerahkan kerja pengedar album kepada Universal. Justeru saya terpanggil untuk duduk di bawah Universal Music agar bukan sahaja kerjaya nyanyian saya dikembangkan dengan lebih baik, tetapi memastikan karier seni saya lebih terurus dan terjamin. Dan saya percaya bahawa Universal Music akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik," ujar Fazura.
Sepertimana  Universal Music, Fazura cukup teruja menantikan  respons terhadap kolaborasi  perdananya dengan Jason Dy, sementelah  ia merupakan  kerjasama pertamanya dengan anak seni dari Filipina.
Pihak pengurusan Universal Music juga telah merangka dan menyusun projek istimewa Fazura di luar bidang nyanyian seiring dengan kepercayaan yang diberikan untuk memperkembangkan karier seninya.
All the best Fazura...
3 comments :
fazura tu..hihi
Thanks to a brilliant effort in publishing your article. One can be more informative as this. There are many things I can know only after reading your wonderful article
assalamualaikum CLP...bestnya Fazura yer...:)
** Mama Maszull
Post a Comment