MY HISTORIC MOMENTS

Monday, February 20, 2017

Shopee Melancarkan ‘Mobile Madness’ Sepanjang Bulan Februari

Hi Korang,

Shopee, pasaran sosial mudah alih pertama dengan rekod 25 juta muat turun di rantau Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen ‘Mobile Madness’ di Malaysia sepanjang bulan Februari, menawarkan jualan harga runtuh telefon bimbit yang pasti mengujakan penggemar produk berasaskan teknologi.


Sehingga Februari 2017, Shopee Malaysia telah merekodkan lebih daripada 2 juta muat turun dan dalam masa yang sama menjadi satu-satunya platform yang menyediakan kemudahan Penghantaran Percuma dan Komisyen Sifar (0) untuk peniaga dan pengguna. Dengan kemudahan tersebut, Shopee menjanjikan penjimatan kos apabila peniaga menawarkan produk secara langsung kepada pengguna dan menjamin harga terendah telefon bimbit di seluruh negara. 

“Dengan kelebihan perbezaan harga, kategori telefon bimbit kami merupakan salah satu kategori produk yang menunjukkan peningkatan tertinggi di Shopee. Pada masa hadapan, kami mahu meletakkan Shopee sebagai platform pilihan pertama rakyat Malaysia apabila membeli telefon bimbit baharu. Sepanjang kempen ini, Shopee akan bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka seperti Samsung, OPPO, Xiaomi, Huawei, ASUS, Honor dan Lenovo dalam menawarkan promosi terbaik untuk pengguna kami. Dengan Shopee, pengguna dijamin dapat menikmati harga telefon bimbit terendah di seluruh negara,” menurut Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho. 

Kemuncak Kempen ‘Mobile Madness’, ‘8 Days of Mobile Madness’ akan berlangsung dari 21 hingga 28 Februari, menampilkan jenama kegemaran anda yang boleh dibeli pada harga serendah RM150! Setiap hari, Shopee akan melancarkan promosi berbeza dengan menawarkan harga runtuh untuk semua telefon bimbit. Teruskan mengikuti Shopee App untuk memilih telefon bimbit dan aksesori yang menepati citarasa mudah alih pengguna bagi tahun 2017. 

Sebagai permulaan momentum kempen tersebut, pengguna boleh menyertai pertandingan ‘Show Your Crack’ yang berlangsung dari 9 hingga 24 Februari 2017. Pengguna tegar telefon mudah alih boleh memuat turun gambar skrin pecah pada telefon bimbit mereka di Facebook & Instagram untuk memenangi sebuah telefon bimbit Huawei P9. Setiap penyertaan akan diberi ganjaran berbentuk baucar bernilai RM50 yang sah digunakan untuk membuat pembelian telefon bimbit. 


Selebriti/penggiat media sosial seperti Anzalna Nasir, Kamal Adli, Faiz Dickie dan Ucop turun menyertai kegirangan sepanjang Kempen ‘Mobile Madness’ Shopee. Teruskan mengikuti ikon anda untuk mengetahui lebih lanjut. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Shopee: www.shopee.com.my dan nantikan berita terkini di aplikasi Shopee, boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play.


1 comment :

hainom OKje said...

Suami mesti suka web ni...dia sukalah kalau pasal gadget gadget ni