MY HISTORIC MOMENTS

Friday, February 10, 2017

Mana Dapat Triple Pay Gaji Kalau Kerja Hari Cuti!

Hi Korang,

Ye aku tau semalam public holiday Thaipusam, wah seronoklah korang bercuti ek siap sambung cuti sampai hari ahad kan.

Huahuahuahuahua

Mak kojo noks 😒 😒 😒 😒 😒 😒

Kami di Company German ni tak ambil cuti ni so kerja cam biasa ye.

Errmm untunglah ko Cik Lily Putih oit, dapat triple pay gaji hari tu ek!

Dapek apo?? Amik ni dush dush dush ✊ ✊ ✊ ✊

sambil keja sambil nyanyi-nyanyi wokeh

Dah bertahun aku kerja dengan orang-orang German ni dan belum pernah aku dapat cuti hari Thaipusam ni ek, memang gazette cuti bagi negeri Selangor tapi company aku tak ambil pun. 

Eh, baik report kat Jabatan Buruh yang ko kena kerja!

Dah kenapa nak ber report pulak kan, sebab setiap company berhak untuk tentukan cuti-suti sampingan macam cuti awal muharram, cuti Thaipusam sebab ini bukan cuti yang wajib pun. Macam company aku, HR dah gazette 16 hari cuti untuk staffnya sekata dengan site office lain dalam Malaysia ni. Jadi kitaorang just ambil cuti wajib macam Raya, CNY, Krismas, Deepavali, National Day, Hari Malaysia. So yang lelain tu tak amiklah. 

Alah time nilah korang keje tanpa gangguan sebab korang je keje orang lain cuti, so dapatkan siapkan report-report yang terbantut, buat filling, housekeeping, buat claim bagai kan. 


Oooo dapatlah gaji triple pay ek?

Banyak ko punya triple pay ek, belum pernah sekali pun dalam seumur hidup aku dapat triple pay ni sebab bila gaji seseorang tuh dah lebih daripada RM1500 secara automatiknya dia dah tertakluk di bawah akti Industrial Act, yang mana semua undang-undang tertakluk kepada company yang dia kerja dan Jabatan Buruh tak boleh masuk campur at all. 

Melainkan gaji korang bawah RM1500 ye and yang tuh korang boleh fightttt

Kenapa nak sedih pulak kena kerja time cuti, aku ok je. Sebab dah biasa even Mr Big pun tak kisah pun, lagipun aku suka sebab bila balik umah je kain baju dah basuh dan kekadang ada rezeki siap nasi goreng hehehe Mr Big masak kan.


At least cuti tuh kitaorang dah ada plan so ambil jelah cuti, bukan susah pun.

Itu je.. selamat bekerja semuanya..

9 comments :

Jueliza Jamani said...

akak pergi keje pagi tadi mesti tak jem kannnn.. hehhehe..

Siti(zoey) said...

as salam.selamat bekerja ;)

MAY said...

sempoi la.... ;)
mmg sng bekerja time org lain cuti sbb tiada gangguan.

el said...

hahaha kalau mcm ni nak jugaklah p kerja time cuti sbb ada org tolong masakkan hahaha untunglah

Kesuma Angsana said...

Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! Kuat kerja tu he3 yg penting kerja dgn ikhlas yer

Hasliynda Umairah said...

amboii kan main lagi..

ArELeEz said...

it's ok.. deliver je tugas & t/jwb sesungguh2nye. in shaa allah.. barakah.

Azian Elias said...

memang susah kalau sesetengah drp kita ni tak tau hal2 yg bersangkutan cuti waktu public holiday ni. tau nak report je.

Anonymous said...

Ingatkan semua pekerja wajib bayar triple pay time cuti umum.

Ada akta pulak, nak baca akta tu dulu lah kan. Best jugak ada info mcm ni.