MY HISTORIC MOMENTS

Monday, December 5, 2016

Kimball Cooking Workshop Bersama Chef Sherson Lian

Hi Korang,

Last week ada event masak-masak so haruslah aku excited kan tapi apakan daya on that day, aku kena outstation pulak so tak boleh lah pi huhuhuhu...

Tak per next time ada lagi jadi meh aku kongsikan sedikit apa yang menarik di cooking workshop tuh ek

Kimball, jenama popular untuk sos, pasta dan produk makanan lain yang dihasilkan dengan pengalaman lebih dari 40 tahun, baru-baru ini telah mengadakan satu bengkel masakan untuk menambahkan drama ke dalam hidangan harian dengan cara yang jimat dan lazat sebagai salah satu daripada aktiviti dalam kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’.


Tumpuan pada bengkel masakan ini ialah untuk menunjukkan bahawa memasak hidangan yang jimat, penuh rasa dan dramatik di rumah adalah senang dan mudah dengan menggunakan sos dan pasta yang berkualiti keluaran Kimball. Hidangan-hidangan yang dipersembahkan boleh dimasak oleh seseorang yang berpengalaman memasak ataupun ‘newbie’ tanpa kesukaran dan mempunyai impak rasa serta persembahan untuk memberikannya drama di dapur dan di meja makan. 

Para peserta bengkel ini dipilih berdasarkan penghantaran gambar-gambar paling dramatik mereka sewaktu di dapur atau di meja makan dalam internet, selaras dengan kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ Kimball. 

Para pemenang pertandingan bersama pasangan mereka akan menerima hadiah berbentuk pertemuan dengan chef selebriti, Sherson Lian yang pada ketika ini sedang menghoskan rancangan ‘5 Rencah 5 Rasa’ di stesen televisyen tempatan. 

Para peserta dari latar belakang, umur dan kemahiran memasak berbeza ini digabungkan oleh cinta mereka terhadap masakan untuk mempertajamkan kemahiran memasak; menikmati hidangan enak dan diraikan kerana memilih Kimball sebagai jenama pilihan dalam masakan mereka.

Selain demonstrasi dua resepi meggunakan produk-produk Kimball, sesi berkenaan diperkayakan dengan tip dan teknik di dapur yang boleh membantu peserta menjadi lebih cekap di dapur.


Chef Sherson telah menunjukkan cara penyediaan ‘Cendawan Tomato Concasse dengan Ayam dan Penne Kimball’ yang mempamerkan keserbagunaan dan rasa Sos Spageti Cendawan Kimball serta betapa mudahnya Penne Kimball boleh digunakan untuk menghasilkan hidangan berkhasiat yang disukai oleh kanak-kanak dan dewasa. Hidangan ini boleh disediakan dengan pantas bergantung kepada kemahiran dapur individu, namun ia tetap menghasilkan hidangan kualiti yang bertaraf restoran di dapur rumah anda.

Para peserta juga diajar untuk memasak ‘Udang Goreng Cili Asam Kimball’ yang digemari oleh rakyat Malaysia dengan menggunkan Sos Cili Kimball dan Sos Tiram Kimball. 

Resipi udang yang digoreng dengan asam jawa dan cili amat popular di kebanyakan restoran, selalunya jarang dimasak di rumah kerana kebanyakan orang menghadapi kesukaran untuk mengimbangkan rasa pedas dan masamnya. 

Namun demikian, Kimball telah berjaya menyelesaikan masalah berkenaan dengan menghasilkan resepi yang boleh disediakan di rumah. Kedua-dua Sos Cili dan Sos Tiram Kimball digabungkan untuk memberikan asas perisa udang-udang yang digoreng itu. Rasa masam pedas hidangan ini menjadikan ia amat enak dihidangkan dengan nasi panas. 

Bengkel masakan ini diakhiri dengan sesi ‘makan-makan’ di mana para peserta dijamukan dengan jamuan hidangan lazat yang terdiri daripada menu yang disediakan khas menggunakan produk-produk Kimball. 

Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ yang fokusnya ialah menambahkan sedikit produk Kimball ke dalam hidangan yang paling ringkas bagi memaksimakan rasa tanpa membebankan perbelanjaan anda, Kimball juga menaja rancangan televisyen masakan ‘5 Rencah 5 Rasa’ yang ditayangkan di TV3. 

Rancangan tersebut yang dihoskan oleh Chef Sherson, memaparkan satu resepi khas Kimball pada setiap episod. Ia menunjukkan keserbagunaan produk Kimball dalam pelbagai hidangan, sekaligus meneraju konsep hidangan mampu milik yang dikenali sebagai ‘Jimat & Lazat’ dalam rancangan tersebut.


Menurut Pengarah Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Stephane Vilquin, bengkel masakan mini ini merupakan pentas untuk mempamerkan betapa mudahnya untuk menyediakan hidangan lazat yang menjimatkan di rumah selain menunjukkan penghargaan kepada pelanggan Kimball yang setia. 

“Sejak lebih daripada 40 tahun, Kimball telah menjadi salah satu daripada pemain utama dalam insustri makanan, hasil sokongan para pelanggan kami yang setia. Kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ untuk menambahkan keseronokan drama dan rasa ke dalam hidangan tanpa membebankan belanja hanya dengan menambah sedikit produk Kimball boleh dikatakan amat berjaya.

“Kami mahu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menggunakan produk-produk Kimball kerana ia amat mudah untuk digunakan bagi menghasilkan hidangan yang menjimatkan lagi lazat. Sos-sos dan pasta-pasta kami mempunyai kepelbagai guna sehinggakan kedua-duanya amat sesuai untuk menu Barat dan Asia,” kata Stephane.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan-pilihan resipi enak yang menjimatkan, sila lawati laman web Kimball Malaysia 


atau log ke Facbook Kimball 


1 comment :

Intan Saffyna said...

hi sis cik lily putih.. saya datang singgah sini..tp tak tau nak follow kat mana .. :)