Thursday, December 31, 2009

Happy New Year - 2010


Mungkin ini entry terakhir kot dalam tahun 2009 nie. Bangga gak aku coz dalam masa yang singkat aku bole menulis lebih dari 100 entry.(banyak yang merepek dr fakta)

Ermm majoriti blog yang aku singgah semuanya pasal azam tahun baru. Ada yang berazam nak keje kuat lagi, yg nak kurus sket, nak bantu mak ayah, nak study sungguh2, nk kumpul duit pg melancong dan macam2 lagi lah.

Bagi aku plak, bukan malas nak berazam untuk tahun 2010 nie, tapi azam2 yang tahun2 lepas masih dok tak tercapai lagi.

Apa2 pun aku still simpan niat untuk capai azam2 yg lelama tu.

Salah satu drpdnya adalah:
  • Semoga aku dikurniakan zuriat. sekarang masih dalam proses mencuba, dah banyak aku jumpa doctor. Majoriti jawapannya  adalah kene kuruskan badan dulu, baru boleh buat memcm test. Itu kata doctor, tapi kata mak aku plak, banyak2 bersabar lom ade rezeki lagi.
  • Semoga aku boleh keje kat MWZ lebih lama lagi.Seronok keje kat sini. Macam2 aku dapat belajar dari diorg nie. Klu dapat pegi training kat German pun lagi bagus kan. hehehehhe..
  • Semoga aku bebas dari sakit gigi yang kronik. Bukan ape, dentist private skrg nie dah mahal. Dah tu kene appointment plak tak leh nk walk in. Dulu masa duk Setiawangsa leh la pegi Klinik gigi kerajaan kat Jelatak tu. Kejap je diorg buat. Doctor bebaik2 plak tu. So skrg kenalah pepandai aku jaga gigi. Dahlah orang tak cun, gigi pun jgnlah tak cun ye...
  • Semoga aku dapat kawal kemarahan aku nie. Aku cepat sangat panas baran. tak boleh lebih kurang sket. Even mr Big lagi cool dari aku. Nasib baiklah dia ada. Dialah yang selalu suruh aku banyak bersabar selain dari mak aku. Ermm kene masuk anger management course nie.
 Ada lagi lah bende2 lain yang aku berharap sangat tapi ala bende kecik2 je.  Semoga apa yang aku citakan akan diberkati dan tercapai jua hendaknya.

2 comments:

ieQa sWetLuv said...

semoga segalam impian dan azam akan tercapai.. kak, teruskan usaha untuk dapat baby tau chaiyok3.. =)

Mad About Everthing said...

insyallah. mintak2 lah ye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails