Tuesday, February 5, 2013

Samsung GALAXY Camera Workshop Sangat Best.

Hi Korang,

Tup-tup geng Samsung plak panggil pi join Samsung GALAXY Camera workshop ni kat Mid Valley hari tuh. 



Nasib baik buat Sabtu pagi so aku heretlah MrBig sekali, sambil tu boleh shopping sket sempena CNY kan. Dah macam aku raya plak ek.


Class tak ramai pun dalam 10 orang gituh. Objektif workshop ni adalah untuk memperkenalkan lagi kehebatan Samsung Galaxy camera ni. Walaupun aku dah pernah buat review tapi ada banyak lagi function yang aku tak tau dalam Galaxy Camera ni.


Cam biasa simple briefing dari Product Manager Samsung. Dah memacam plak menda yang aku dapat tau. Cara ambil gambar yang betul, editing gambar, uploading semuanya boleh buat dengan camera canggih ni.

Kemudian, ktorg di bawa jejalan around Mid Valley ni.




So sambil jalan tu sambil lah diorg briefing sket function-function mantap dalam camera ni. Aku suka tu time buat slow motion video, memang superb sangat. Boleh slowkan air fountain yang membuak memancut tu tau. Ambil gambo lompat yang cantik dan ada lagi lah.




Mana plak video ni, jap aku pi cari dulu ek


Memang workshop ni bukak mata aku lagi mengenai Samsung GALAXY camera ni dan bertambah kuatlah keinginan aku nak beli kan.

Jawabnya,


Kena keja kuat lagi tulis blog untuk beli camera ni. Bak kata blogger Taiko Sepang, beli camera ni pakai duit blogging baru masyuk kan. Kira nampak hasil berblogging selama ni.

Jadi mari mengupdate blog sentiasa ye.


Monday, February 4, 2013

BE MINE by Tasha Manshahar

Hi Korang,

Aku tak paham cam ne orang boleh kerja dalam keadaan senyap sunyi.

That it so not ME!

Bagi aku senyap dan sunyi ni bila time kita tidur. Barulah nyenyak dibuatnya.

Lately ni kat opis aku ni cam tu lah, sunyi sepi bagai di langgar geroda. Kekadang tu dari pagi sampai ke petang senyap je. Yelah sampai satu apa pun tak dengar melainkan bunyi keyboard di ketuk dan mouse di tekan.

Memasing cam serious giler kyushuk mengadap menda petak HITAM tu kan sebab nak tau apa yang terkini kat dunia hari ni. Yang best tu sampai tak bercakap pun ada, kecuali bila ada hal penting je.

Cakap orang plak, aku pun sama gak ek.

Sibuk melayan you tube video klip Tasha Manshahar ni

Mehla tengok sket, alah aku tau korang pun tengah boring gak kan



Simple dan sweet je kan video klipnya.

Lirik plak catchy, pasal cinta masa kini. Dah 6-7 kali aku view coz nak hilangkan ngantuk.  Budak pompuan yang nyanyi ni pun not bad cantik. Hijabster la katakan.

Dah tu je, malas nak tulis pepanjang.


P1 MX 230 Sememangnya Jadi Idaman

Hi Korang,

Ok kite flash back balik 2 entry terdahulu iaitu dapat MX 230 dan outing dengan P1Mudah sket korang nak paham kan.

Sambung balik kisah MiFi MX 230 ni


Pengalaman dapat guna device canggih dari P1 ni memang best. Mana tak nya kemana-mana je berjalan dengan internet. Kira macam HOTSPOT plak tuh. Senantiasa WiFi di tangan.

Aku pun check it out kat website P1 ni ternyata ada kempen baik punya untuk device MX230 ni



Not bad jugak pakej yang di tawarkan.


Yang penting, saiznya yang kecil dan muat-muat masuk poket so senangla nak bawak berjalan.

Boleh la sesiapa yang tak de On the Go device ni mencuba kan.

Cuba dulu kemudian baru tau.